2nd time Cashout Nuffnang

cashout Nuffnang untuk kesekian kalinya . Alhamdulillah . dah dapat pon cek nya tapi belum ditunaikan lagi . walaupon jumlahnya takde la segah mana tapi syukur Alhamdulillah untuk rezeki yang tak pernah putus nie . heeeee


thanks Nuffnang ! ^^

Read More

Pangkor with Love !

lepas kitorang dah penat berjalan sakan pusing satu Pulau Pangkor, so, kitorang lepak lah pulak kat tepi pantai tu . menikmati udara yang superb nyaman :)

sementara tu, sempat la ika teman kakak shopping baju dan jugak cenderahati kat kedai-kedai di Teluk Nipah tu . kat sana memang banyak pilihan dan harganya murah saja . lagi satu kena lah pandai cari kedai yang korang senang nak tawar menawar . heeee




seriously memang best bila dok tepi pantai nie . angin sepoi-sepoi bahasa je . bestttt . nyaman sekali dong ! hahahaha . tambah pulak dok tengok orang mandi manda kat situ . ehh . teringin nak pegi snorkeling tapi baju spare pulak tak banyak . maklumlah pompuan nie banyak benda nak kena tukar . itu yang susah . kalau tak, dah beli dah baju kat situ :'(

satu benda yang buat ika rasa seronok masa kat Pangkor nie bila tengok 2 orang anak saudara ika nie . betapa teruja nya tengok pantai . hahahaha !






diorang suka pantai . maybe ? ataupon suka jalan-jalan macam aunty diorang nie . ehhh ! :P 

pape pon, Alhamdulillah family trip dengan family kali nie berakhir dengan senyuman manis leting . hahahahaha . diorang happy, ika pon happy . walaupon ade banyak tempat yang tak sempat kitorang pegi melawat . diorang cakap nak datang lagi nanti . wohaaaaa ! seronoknyaaaaa :))


Read More

Kilang Satay Ikan Seng Hin, Pulau Pangkor

habis singgah di Mini Tembok Besar Cina, kitorang gerak ke Kilang Satay Ikan Seng Hin . kilang nie agak femes la kat Pangkor . memang ramai yang akan ke kilang nie untuk beli ikan bilis, satay ikan dan macam-macam lagilah .


ikan nie menarik perhatian pukpuk ^^






ika takde beli ape pon kat sini . teman kakak beli ikan bilis mata biru habaq hang . hahahaha ! tapi serioulsy kat sini memang banyak pilihan . korang nak ape ? semuanya ada . kat sini pon ade jugak jual cenderahati kenangan . harga pon takde la mahal . masih mampu milik . ehhh .

lepas dah habis kakak-kakak dan abang-abang ika tu shopping, kitorang pegi lepak kat tepi pantai tu pulak :)


Read More

Taman Foo Lin Kong @ Mini Tembok Besar China, Pulau Pangkor

lepas dari kitorang singgah kat Kota Belanda tu, PakCik tadi bawak pulak kitorang ke Mini Tembok Besar China ataupon nama dia Fu Lin Kong . seriously memang ika tak pernah tahu pulak ade tempat nie kat Pulau Pangkor . hehehe . so, memang excited la kan .


sampai je kat tempat tu, terus nampak betapa banyak nya fridge magnet yang dijual kat situ . dah la murah sangat hoiiii ! hahahaha . kakak dengan abang ipar ika ape lagi kan . diorang terus beli untuk kawan-kawan diorang . huhuhuhu

so, meh la ika share pasal tempat nie walaupon ika dah usaha untuk google pasal tempat nie tapi menghampakan . ewahhh . Taman Foo Lin Kong nie sebenarnya sebuah tokong . gambar tokong macam kat bawah nie ye . nama tokong tu Foo Lin Kong . 





so, apa yang menarik kat Taman Foo Lin Kong nie . yang menariknya kat sini, korang boleh rasa ala-ala kat Tembok Besar Cina . hehehe . sebab tempat nie lebih dikenali sebagai Mini Tembok Besar Cina . kat atas tu ade bukit . so, ade tangga yang akan korang lalui untuk sampai ke puncak . tapi ika tak naik sampai atas pon sebab cuaca yang hujan renyai-renyai time tu :'(





kawasan nie memang menarik untuk dikunjungi tapi kalau kena dengan cuaca yang elok, lagi cun ! huhuhu . nie pegi time musim hujan . hahahaha . takpe lah . lain kali Inshaallah nak panjat sampai atas . ehhh :P


Read More

Kota Belanda, Pulau Pangkor

untuk hari kedua family ika di Perak, ika bawak diorang ke Pulau Pangkor memandangkan diorang tak pernah lagi sampai ke sana . ika pernah la . tapi sekali je . hahahaha ! 

so, kitorang pegi tapi tak stay sana . kitorang balik hari . pegi pagi, balik petang . tak sempat nak tido sana sebab pagi esoknya ika dah kena masuk keje . wuwuwuwu . tapi takpe la kan asalkan dapat jugak pegi . hiks


gambar atas nie, anak saudara ika . nama dia Amani . dia excited sangat dapat tengok laut . hahahaha ! mula naik feri tu family ika semua dok kat bawah . pastu ika nie dah mula bosan . mulalah bawak si Amani tu naik atas . syokkkk !

bila dah sampai sana, kitorang cari van pink . sebab kitorang nak pusing satu pulau . so, dapatlah sorang pakcik nie . nama dia Abdullah . dia bagi harga RM 80 untuk pusing satu pulau . kira ok lah sebab van dia baru kot . comfortable . siap ade aircond . hehehehe . lagi pulak dia tak berkira pon . sangatlah baik hati ! ^^

destinasi pertama yang kitorang pegi ialah Kota Belanda . tapi serius tak best sebab masa sampai kat tempat tu, hujan turun dengan jayanya . wuwuwuwu . tapi ika pegi jugak amik gambar seketul dua . jadilah kan daripada takde .



meh la ika share dengan korang serba sedikit mengenai Kota Belanda nie :)

Kota Belanda terletak di Pulau Pangkor, kira-kira 100 meter dari pantai.
1670 Kota Belanda ini dibina oleh Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) untuk menyimpan bijih timah yang diperolehi dari negeri Perak.

  • 1690 Rakyat tempatan yang tidak bersetuju dengan cara Belandamemperolehi bijih timah tersebut dan telah membinasakan Kota Belanda ini .
  • 1749 Belanda telah membinanya semula dan menempatkan seramai 80 orang pengawalnya di sini
  • Selepas tahun 1779 Kota Belanda tidak digunakan lagi kerana Belanda menumpukan kepada perdagangan rempah di Maluku, Indonesia . Belanda juga berhadapan dengan Perang Napoleon di Eropah .
  • 1824 Belanda dan Inggeris secara tak rasmi membahagikan wilayah penguasaan masing-masing di Nusantara.
  • 1973 Kota ini telah dibina semula oleh Jabatan Muzium dan telah diwartakan sebagai monumen lama dan tapak tanah bersejarah di bawah Akta Bendapurba 1976 dalam Seksyen No. 247 , Warta Kerajaan Negeri Perak bertarikh 31 Mac 1970.
  • 1997 Kerajaan negeri Perak telah memajukan lagi kawasan ini sebagai kawasan perlancongan negeri Perak. Beberapa rumah limas tradisional negeri Perak telah dibina di sini. Pelbagai gerai makanan pakaian dan cenderamata ada di sini.

Beberapa bahagian kota ini telah dibaki semula dan diperindahkan di persekitaran perkampungan nelayan Melayu.





sumber : Wikipedia 

next destination kitorang ? ke mana pulak ye PakCik tu nak bawak kitorang . hehehe


Read More

Zoo Taiping & Night Safari, Taiping, Perak

next destination ialah Zoo Taiping, Perak . memandangkan bawak 2 orang budak kecik yang super hyper active tu, so, kitorang singgahlah ke Zoo Taiping . seriously memang ramai btol orang time tu . biasalah kalau dah pegi time cuti sekolah . bila dah masuk dalam tu, kenalah beratur untuk naik train . kemain lama nak tunggu . ramaiiiiii .


bila dah naik train tu, memang susah la nak amik gambar bagai kan . faham je lah . train tu takkan berhenti lama kat satu-satu tempat tu . kadang tu tak berhenti pon . hahahaha ! so, kalau korang nak amik gambar segala bagai kat situ, ika syorkan korang jalan kaki saje lah . hiksss




bila dah habis pusing satu zoo tu dengan train, kitorang jalan kaki pulak tapi takde la pusing satu zoo tu sekali lagi . just lepak-lepak kat kawasan tu je . tengok je la binatang kat situ . paling ika suka tengok for sure la gajah . hahahahaha ! tapi haritu yang lebih menarik perhatian ika nie ialah zirafah . hewhew  



     


Zoo Taiping nie seriously sangat best sebab segala bagai jenis binatang ade kat sini . dari yang korang dah biasa tengok sampailah kepada yang korang tak pernah tengok . hehehe



     



dah banyak kali sebenarnya ika ke Zoo Taiping nie . hahahaha . pegi banyak kalo pon tak bosan . tiap kali pegi, tiap kali tu la rase teruja nak tengok binatang kat sana tu . best woooo .


Read More

Royal Belum, Gerik

lepas dah berhenti rehat kejap kat Hentian Titiwangsa tu, kitorang singgah pulak kat Royal Belum nie . ika pon memang tak pernah singgah kawasan nie . so, amik peluang la kan bila dah datang dengan family . dapatlah singgah tengok tempat dia kejap .

sebenarnya kitorang tak masuk pon dalam tu . kitorang just singgah kejap je . lagipon diorang macam tengah renovate je tempat tu . huhuhu . tempat nie kalau korang lalu jalan Gerik - Jeli, korang akan perasan la kat tepi jalan tu .









Royal Belum nie sebenarnya banyak tempat menarik yang korang boleh lawat . tapi kitorang nie tak melawat pon tempat tu . just singgah kejap je . tapi bila search, macam best pulak Royal Belum tu . nnt ade masa dan duit lebih, Inshaallah nak jugak lah merasa ke sana :)



next destination : Zoo Taiping :)


Read More

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com