Chor's Cafe, Ipoh, Perak

jalan-jalan cari makan lagik . kali nie ika jalan-jalan cari makan dengan kak +noorhaidaz eyda pulak . heeee . lepas pegi balai polis buat report, kitorang singgah makan kat kedai basikal pulak . ehhh . sebelum nie ika penah pegi tapi tak singgah la kedai nie sebab pegi untuk urusan peribadi sikit . so, jeling-jeling camtu je lah . teringin nak masuk sebab nampak menarik sangat ! heeee


Alhamdulillah, semalam berkesempatan jugak untuk singgah kat kedai makan nie . kedai nie nama dia Chor's Cafe . meh la ika share sikit tentang kedai makan nie :)

Alamat :
Taman Meru 2B,
30020 Ipoh, Perak

No Telefon :
012-5454963

Waktu Operasi :
6.00 pm - 2.00 am

FB Page : CHOR's CAFE


meh la tengok suasana dalam Chor's Cafe nie . mana la tau kan kot korang pon teringin nak ke sana lepas tengok gambar nie . hehehe . ika pon excited bila dah masuk . sebab kemain banyak basikal dalam kedai makan nie . dan ade jugak barangan antik . weee











dah tengok kan suasana dalam kedai makan nie ? so, meh la pulak kita tengok makanan dan minuman yang kitorang order :)





kat sini makanan dia western la . korang nak makan chicken chop ? segala bagai chicken chop ade kat sini . lamb chop pon hadoo . tunggu nak pilih je . oh ya, burger pon ade jugak kat sini . boleh tahan sedap la makanan diorang nie .

time kitorang pegi tu, kedai baru je nak bukak . so, dok tunggu la dulu dalam kete . sebab takmau pegi makan kat kedai lain punya pasal . hehehe . nak jugak try makanan kat kedai nie . so, tunggu je lah diorang bukak kedai . sempatlah amik gambar-gambar tu semua ^^

selamat mencari ye korang ! ehh
Read More

report ! report ! report !

kali nie ika nak share pengalaman ika pegi balai polis . seriously nie memang first time ika masuk kawasan balai polis tu . ye la kan . nak buat ape pegi balai polis tu kalau takde urusan . hahahaha ! sebelum pegi tu dah cakap kat kak +noorhaidaz eyda  . kak haida siap cakap, nak takut ape benda nye . diorang bukan nak tangkap ko pon ika . hahahahahaha

ramai yg mesej ika bila ika upload gambar report nie kt fb dan wechat . ade yang ika bagitau apa sebenarnya yang jadi . dan ada juga yang ika tak sempat nak story . ramai sangat . jenuh mak jemah nie nak kena cerita sorang-sorang . hehehehe . maaf la ye yang mana ika tak sempat nak cerita tu .


pengalaman pegi buat aduan nie memang lain macam sikit . sebab tak pernah pon pegi buat aduan .kalau jadi pape hal pon, buat rileks sudah . so, kali nie memang dah tak dapat nak elak lagi . kakak pon dah bising suruh buat report sebelum benda jadi makin teruk .

sebenarnya benda yang jadi dekat ika nie daripada tahun lepas lagi . tapi bila ika dah kena tu, ika jumpa la pihak yang sepatutnya . tanya itu ini . then, responnya kurang menggembirakan . apa yang ika boleh buat masa tu adalah terima dengan pasrah . ewahhh . walau pon tak berapa nak pasrah .

then, sampai satu masa ika rasa macam malas la nak layan . sebab bukan ika pon yang buat . ika senyap, pihak berkenaan pon senyap . baru-baru nie ika ade dapat panggilan dan jugak mesej daripada pihak berkenaan tu suruh ika buat bla bla bla sebelum diorang ambil tindakan tanpa budi bicara . gitulah gamaknya msj dia . 

so, pukpuk nie dah mula la cuak . terus call kakak . suruh kakak setelkan benda tu kat Kota Bharu . bila kakak nak setelkan je benda tu, pihak sana pulak cakap tak payah setelkan . buat report je dulu . bila ika fikir balik, kenapa pihak tu tak suruh ika buat report awal-awal masa ika pertama kali pegi jumpa diorang untuk tanya pasal benda yang jadi nie . dah nak masuk setahun baru lah benda nie jadi besaqqqq sangat .

nak tak nak, memang kakak suruh jugak buat report . selagi tak buat report, akan makin ramai yang kena . so, sekurang-kurangnya bila dah buat report nie, ika akan ade jaminan la sikit . kalau jadi lagi lepas nie, taktahu la kan . erm . . 

so, kepada mereka-mereka yang sudah mahupun sedang menyusahkan hidup pukpuk nie, berhentilah . kesian pukpuk nie . dia bukan kaya raya pon sampai korang nak buat camni kat dia . wuwuwuwu . tibe-tibe nak buat ayat sedih . hahahahaha !

pape pon, untuk korang semua, hati-hatilah dengan keadaan sekeliling kita . jangan mudah percaya dengan keadaan mahupun orang sekeliling kita . peringatan untuk diri ika jugak yang sudah menjadi mangsa keadaan . ehhh

happy pukpuk ! ^^


Read More

Taklimat NextGen eP bagi PTJ

minggu lepas ika ade join satu taklimat . taklimat nie berkaitan dengan keje yang ika buat sekarang . budak baru nak belajar . banyak benda nak kena tahu . so, baru-baru nie ada satu taklimat yang dianjurkan oleh Commerce Dot Com . taklimat nie berkaitan dengan NextGen eP .

ade antara korang yang tahu apa itu eP . ada jugak yang tak tahu . kalau korang pembekal atau kontraktor yang selalu berurusan dengan kerajaan, confirm korang tahu apa itu eP . eP tu sebenarnya singkatan kepada ePerolehan . apa itu ePerolehan ? mohon google sendiri . hahahaha . meh la ika share sikit mengenai ePerolehan nie .

Sistem perolehan elektronik itu yang lebih dikenali sebagai ePerolehan, akan memudahkan aktiviti perolehan kerajaan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan .
ePerolehan akan menukarkan proses perolehan tradisional (secara manual) di dalam jentera kerajaan kepada perolehan elektronik menerusi Internet .
ePerolehan membolehkan para pembekal mempamerkan produk mereka di dalam jaringan web sedunia, menerima, mengurus dan memproses pesanan pembelian serta menerima bayaran daripada agensi-agensi kerajaan menerusi Internet .
Katalog produk para pembekal akan ditukarakn ke bentuk katalog elektronik atau eCatalogue, yang boleh dilihat dari mana-mana desktop menggunakan perisian pelayar web .
Pembekal juga berupaya menghantar sebutharga, mendapatkan dokumen tender dan menghantar tawaran tender menerusi ePerolehan . ePerolehan membolehkan para pembekal mendaftar atau memperbaharui pendaftaran mereka dengan Kementerian Kewangan menerusi Internet .
Para pembekal akan dapat menghantar permohonan, memeriksa status permohonan dan membayar bayaran pendaftaran melalui ePerolehan .


itulah ePerolehan . panjang berjela pulak rasa . hahaha . korang boleh dapatkan maklumat lebih padat mengenai eP nie kat SINI :)


taklimat yang ika hadir tu lebih kepada pengenalan kepada ePerolehan yang baru . eP yang baru nie akan start on Januari 2015 kalau ika tak silap la kan . Inshaallah . so, sementara nie, eP yang baru tu dikenali sebagai NextGen untuk membezakan antara eP sedia ada dengan eP baru nanti . bila dah di'launch'kan nanti, tetap akan jadi eP jugak . hehehe

taklimat NextGen eP nie diadakan di Auditorium RTM, Ipoh, Perak . first time ika ke sana . masuk je dalam auditorium tu, kemain lagi teruja sebab santekkkkkk sangat . seriously santekkk :))



auditorium nie kemas . dan boleh tahan luas . dah nama pon auditorium . hahahahah ! tak sempat nak amik gambar penuh sebab orang dah ramai . hiks . kerusi dia selesa habaq hang :P


tak sabar pulak dengan kemunculan NextGen eP nie . ehhh . semoga ilmu nie berguna untuk ika . Inshaallah ^^


Read More

0.05 sen

sejak dah berpindah rumah nie, sekali je ika bayar bil elektrik . itupon bulan pertama pindah . bil elektrik sampai RM 30.70 . ika pon taktahu la apa yang ika buat kat rumah tu sampai bil elektrik camtu . start pindah betul-betul pon dah pertengahan bulan 4 . sekali bil elektrik hujung bulan 4 tu sampai . . perghhh ! hahahaha

pukpuk nie ape lagi kan . mesej lah owner rumah tu cakap bil banyak tu . bukan takmau bayar . tapi macam curious je . baru je duduk bape hari . bila dah termaktub dalam perjanjian sewa rumah yang mana pukpuk nie kena bayar bil elektrik start dari tarikh sign agreement, makanya bayoooo je lah . hahahahaha !


agak teruja la jugak nak tengok next bil elektrik tu . balik je rumah 20/5 tu, dapatlah bil elektrik nie haaa . sekali tengokkkk ! apehal lain macam je bil elektrik nie kan . erm . ke ika salah tengok . ermm . .

bila tengok betul-betul, memang betul la kena bayar 0.05 sen . kan betul ika tak pakai elektrik banyak pon . yang bulan sebelum tu sampai 30hengget kena bayar . bulan nie ika rase lagi banyak ika guna sebab mama dengan abang ika ade kat rumah . tapi bil yang dapat 0.05 sen .

boleh tak kalau nak pandang sebelah mata je bil nie . bayar bulan depan je lah . ehhh :P
Read More

Saman :)

baru-baru nie banyak betul roadblock . so, nak tak nak kenalah hadap jugak kan . dah tu, nak ikut jalan mana lagi . ikut jalan lain pon, ade jugak . so, dengan pasrahnya lalu sajalah . hahahaha ! dah tahu diri tu bersalah, yang pegi lalu jugak tu apehal . dah macam menyerah diri pulak . hehehe . biasalah, budak skema memang camtu . ehhh

so, dapatlah saman seketul . sambil tunggu surat saman tu, sempatlah jugak sembang dengan tukang saman tu . saje nak sedapkan hati . ye dak ? daripada dok berduka lara kena saman, baiklah pegi sembang dengan dia . 


sebenarnya ini kali kedua ika kena saman . first dulu ika penah kena kat Kuantan, Pahang . dulu kes lain . yang nie kes lain . hehehe . yang dulu tu, kena saman lepas pegi temuduga untuk jawatan sekarang . last-last lulus pulak temuduga tu . hehehe . yang nie taktau la kan pulak rezeki apa yang nak dapat . ehhh .

pape pon, terima kasih la abam JPJ sebab saman ika . hahahaha ! kalau tak, sampai ke sudah la budak nie degil takmau buat . heeeee :P



Read More

Godzilla | Movie 78

nak review movie lagikkk . kali nie ika tengok citer Godzilla pulak . kemain semangat nak tengok movie . pegi tengok wayang, kemain banyak masa yang diorang buat tayangan tu . hahahaha . boleh tahan nak pilih nak tengok pukul brapa .

ika pon taktahu laa kan kenapa excited sangat nak tengok movie nie . mungkin ika nak tengok camne rupa godzilla tu atau erm . . entah la . hahahahaha !

GODZILLA


SINOPSIS ::

At the scene of the Bikini Atoll nuclear bomb test in 1954, a huge figure with jagged spikes rises from the water as the bomb is detonated.

In 1999, scientists Serizawa (Ken Watanabe) and Graham (Sally Hawkins) are called to a quarry in the Philippines where a colossal skeleton and two egg-shaped pods have been discovered. One has hatched and something has escaped to the sea. In Japan, the Janjira nuclear plant experiences seismic activity. Plant supervisor Joe Brody (Bryan Cranston) sends his wife Sandra (Juliette Binoche) and a team into the core to look for damage. As the team makes its inspection, an explosion occurs, threatening to release radiation to the outside. Sandra and her team are not able to escape, and the plant collapses into ruin. The disaster, attributed to anearthquake, results in the quarantine of the Janjira area.

Fifteen years later, Joe's son Ford (Aaron Taylor-Johnson) is an explosive ordnance disposal officer in the United States Navy, living in San Francisco with wife Elle (Elizabeth Olsen) and son Sam (Carson Bolde). When Joe is arrested for trespassing in the quarantined area, Ford travels to Japan. Intent on uncovering the true cause of the disaster, Joe convinces his son to accompany him to their old home to retrieve floppy disks containing vital information. 

After recovering the disks, they are arrested and taken to a secret facility within the power plant's ruins. Inside is a massive chrysalis, which is being studied by Serizawa and Graham. The chrysalis hatches and unleashes a colossal winged creature, which devastates the facility and flies off. Joe is critically wounded and eventually dies from his injuries. Serizawa, Graham and Ford join US Navy Admiral Stenz (David Strathairn) on the aircraft carrier USS Saratoga (CVN-88) to track the creature.

Ford is told that the creature was a MUTO (Massive Unidentified Terrestrial Organism), an ancient creature which feeds off radiation. As the earth's radiation subsided, it moved underground. It in turn is hunted by “Godzilla”, a much larger animal that was awoken during a deep sea expedition in 1954. Its existence has been continually covered up following numerous failures to kill it with nuclear weapons. Ford reveals that Joe had tracked a form of echolocation from the Janjira area, which leads the scientists to believe the MUTO was communicating with something else.

Special Forces team finds the wreckage of a Russian nuclear submarine in a Hawaiian forest and finds the MUTO feeding on its reactor. The military attacks the MUTO and a battle ensues at Honolulu International Airport. Godzilla arrives, causing a tsunami that devastates Waikiki. The MUTO, however, flies away. At the Yucca Mountain nuclear waste repository, the second Philippines pod hatches into a larger, female, MUTO which escapes and destroys Las Vegas. Serizawa and Graham conclude that the two creatures will meet to breed.

The Navy follows Godzilla and determines the monsters will meet in San Francisco Bay. Stentz approves a plan to kill all three monsters with a powerful nuclear weapon, over the objections of the scientists, who claim that Godzilla can destroy the MUTOs. A train —loaded with two warheads— heads to the city, but is destroyed by the female, which consumes one of the warheads. The other warhead is airlifted to San Francisco, where it is put on a boat and armed. The male steals the warhead and the female constructs a nest around it in downtown San Francisco.

After the military is defeated in a confrontation with Godzilla at the Golden Gate Bridge, Stentz agrees to allow Godzilla to fight. While the MUTOs fight Godzilla, Ford and a team of soldiers attempt to disarm the warhead in the nest, entering the city by HALO jump. The warhead is damaged and cannot be disarmed so they take it to a boat for disposal at sea. Ford destroys the nest, distracting the female from the fight. 

Godzilla then kills the male by smashing it into a skyscraper which collapses onto Godzilla. At the dock, the female kills the team at the boat. Godzilla attacks the MUTO by firing his atomic breath down her throat, decapitating her, then collapses. Ford gets the boat out to sea and is saved by a rescue team just before the warhead detonates.

In the aftermath, Ford is reunited with his wife and son. Godzilla unexpectedly awakens and returns to the ocean, hailed as the "King of the Monsters" and "The City's Savior" by the media.


okfaing . . sinopsis dalam bahasa omputeh . hahahaha ! jenuh cari sinopsis dalam bahasa melayu . yang kuar nye banyak indon je :'( . taktau nak buat camne . 

bagi ika la kan movie nie best . cuma tang godzilla tu awal tu takde la dia kuar sangat . so, takde la nampak sangat rupa dia camne . bila part dia dah lawan dengan 2 ekor lagi raksasa tu baru lah nampak jelas godzilla tu camne . dia tak kacau orang pon sebenarnya malahan tolong penduduk kat situ untuk hapuskan 2 ekor raksasa tu . 

sebelum nie dok tengok superman je kan dok lawan raksasa . kali nie kita tengok godzilla pulak selamatkan penduduk daripada raksasa . hehehe


Read More

Happy Cookies by Rainbow_Wardrobe | PROMOTE

kali nie nak share dengan korang satu online shop yang jual biskut sedapppp . heeee . sebenarnya biskut nie cik abg yang bagi dekat ika masa kitorang pegi makan kat O'oi & Comrades tempoh hari . 

so, on the way nak pegi tengok wayang tu, sempatlah kitorang rasa seketul dua . bila dah rasa tu, memang sedappp la kan . hahahaha . terus cepat-cepat simpan . satgi tak sempat sampai rumah, dah habis dingapnya . hahahahaha !


biskut nie nama dia Happy Cookies . memang happy la kan dapat biskut nie . dah la warna dia ceria . macam-macam warna hadooo . sedap pulak tu . weeeee



kalau korang nak order, boleh la klik kat link kat bawah nie ye :)

Rainbow_Wardrobe (FB Page)
rainbowwardrobe (Instagram)

happy cookies korang ! ehhh :P


Read More

O'oi & Comrades, Ipoh

excited sebenarnya nak share dengan korang satu tempat makan yang superbbbb best nie . hahahaha . kedai nie kat Ipoh, Perak . mula-mula ika tahu pasal kedai nie bila baca satu blog http://alwaystravelicious.com/2014/01/01/ooi-comrades-cafe-ipoh/ .

so, ika dgn cik abg tu pon usahalah dok cari kedai nie . dua-dua tak kenal jalan tu kat mana . hahaha . nak tak nak, kitorang pon pakailah waze untuk cari jalan kedai nie .

Alamat :

No 20,
Jalan Lapangan Terbang,
Kampung Melayu,
31350 Ipoh, Perak.

bila dah sampai kat Jalan Lapangan Terbang tu, kitorang dah lost . hahahaha ! sbb nye still tak nampak kedai nie kat mana . last-last ika try msj diorang kat page fb O'oi & Comrades . diorang reply dan bagitahu la kedai tu kat mana . so, kitorang pon teruskan misi mencari . Alhamdulillah ! finally jumpa jugak :))


kedai nie banglo sebijik besar gedabak habaq hang ! heeee . jangan risau sebab kat sini ruang parking memang besaq . boleh tahan nak parking . luas bebenor . hiks . meh la tengok dalam kedai makan nie pulak camno .









cool ! right ? barang-barang dalam kedai nie soooo vintage . bagi korang yang suka dengan barang-barang vintage tu mesti akan teruja ke kedai O'oi & Comrades nie . meh la ika share sikit waktu diorang bukak kedai . kang korang pegi, diorang tak bukak pulak . jenuh plak nak patah balik .

Sabtu - Khamis : 12pm - 2am
Jumaat : 3pm - 12am

suasana dalam kedai korang dah tengok kan ? so, meh la tengok menu apa pulak yang kitorang makan kat sana :)




nie yang kitorang makan kat kedai tu . seriously memang sedap . ika nie kalau bab spaghetti kurang la sikit . yang hantu spaghetti tu cik abg sorang tu . tapi haritu saje la kan nak try makan spaghetti . Alhamdulillah, boleh pulak tekak nie terima spaghetti kat situ sebab seriously memang superbbb sedap ! ^^

korang yang ade sekitar Ipoh tu boleh la try makan kat kedai nie . diorang punya servis memang cool dan sangat mesra . so, no tension ok ? heeeee

selamat menjamu selera ! ^^
Read More

Suria KLCC

baru-baru nie ika sempat la ke Kuala Lumpur . itupon kejap je . pegi pon sebab ada hal . kalau takde hal, rasa dah malas nak pegi KL sekarang nie . baik dok rumah je kat Ipoh . ehhhh


so, bila dah jarang-jarang sekali pegi KL, sempat la jumpa kawan . kitorang lepak la kejap kat Suria KLCC tu . tengok air warna-warni . memandangkan kawan dia nie kan budak-budak lagi . bila dah tengok air warna-warni tu mulalah teruja bagai . kejap je pon tengom air tu sebab ramai yang amattttt dong orang kat situ .




air warna-warni nie lebih kurang kat depan KTM Ipoh la tapi yang nie lagi meriah . cool ! siap ade muzik bagai . teruja habaq hang ! hahahaha . lagipon dia punya warna tu lagi menarik . cantik sangatttt . nie kalau ika dok KL, mahu tiap-tiap hari pegi lepak depan tu . hahahahahhahaha !





lampu-lampu nie ika taktau waktu sebenar dia start pasang pukul berapa . dalam pkul 7 lebih camtu dah ade la kot . tapi kalau yang ada muzik tu, dalam pkul 8 camtu la . itupon jenuh nak tunggu -_-


lain kali nak pegi lagilah . macam best je . macam syok je . macam seronok je . hehehehe . kalau korang nak pegi, mohon ajak ika . ika sukaaaaa tengok benda nie . wuwuwu . sampai sekarang dok teringat . hahaha . melampaunya :3


Read More

Milo Dinosaur

sebelum ika gerak pegi Kuala Lumpur baru-baru nie, ika ade singgah minum kat satu kedai nie dengan kak +noorhaidaz eyda . terkejut kitorang bila tengok kat kedai tu ade air milo dinosaur . nak la jugak tahu cmne bentuk dia kan ? apa lagi order la .

dan milo dinosaur tu adalah macam gambar kat bawah nie . hehehe . rasenye biasa je . ika pon taktau nape dia letak nama air nie milo dinosaur -_-


:)


Read More

Kedai Makan Upin dan Ipin, Mydin Meru Raya, Ipoh

review kedai makan lagi . weeeee ! kali nie nak review Kedai Makan Upin dan Ipin . kedai nie di Mydin Meru Raya, Ipoh, Perak . so, yang dok dekat Meru, Ipoh tu mesti tau kedai nie kat mana :)

Contact Info :

Lot G 16,
Mydin Meru Raya Mall,
Jalan Meru Bestari B2,
Bandar Meru Raya,
30020 Jelapang, Ipoh,
Perak.

Tel : +605 5263740


antara makanan yang kitorang makan kat Kedai Makan Upin dan Ipin tu :)




seriously memang best makanan kat sini walaupon nama kedai tu budak-budak . hahahaha ! ika dah banyak kali pegi makan kat kedai makan nie sebenarnya . kebetulan haritu bawak kawan jalan-jalan . so, dia teringin nak try makan kat situ . ika pon layan je lah . heeee ^^


Read More

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com