Beryl's Chocolate Wonderland

sebelum balik ke Ipoh, kitorang singgah pulak di Beryl's Chocolate Wonderland . first time ika pegi sini . dan sememangnya ika taktau pon pasal Beryl's Chocolate nie . hahahaha ! orang bawak, ika pon ikut je lah kan . beronok-ronok la camnie . huhuhu

kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai Beryl's Chocolate nie, boleh la ke laman web diorang di http://www.berylschocolate.com/ 

Alamat :

No 2, Jalan Raya 7/1
Kawasan Perindustrian Seri Kembangan
43300 Seri Kembangan
Selangor


yang kitorang pegi nie dekat dengan UPM Serdang . nak pegi sini pon pakai waze . maklum lah kami bukan orang Kuala Lumpur . taktahu jalan . sesat pulak nanti . heeeee


first time sampai sana . teruja ! rasa nak melompat-lompat masuk dalam kedai tu . hahahaha . giler lah ikapukpuk nie . seriously comellll hoi kedai dia . nak pegi lagi lepas nie . yeayyyyy !

sebenar tempat kitorang pegi nie kilang dia . kilang Beryl's . dalam kawasan kilang nie, ada satu kedai yang mana diorang jual coklat-coklat keluaran Beryl's nie . tapi tak boleh la kan sampai nak masuk dalam kilang dia tu .





gambar-gambar kat atas tu antara suasana dalam kedai tu . banyakkan coklat ? boleh tahan korang nak pilih . macam-macam perisa ada . macam-macam bentuk ada . yang penting, sedappppp ! :)

bila dah habis shopping cekelat, kitorang pon lepak-lepak la depan kedai tu . sebab kat depan tu ada satu tempat yang comel . hahaha ! habis semua benda yang diorang letak kat situ, ika amik gambar . hahahahhaa ! bila lagi entah dapat jejak kaki kat situ . so, alang-alang dah ada kat situ, amik je gambar . weeee :P








seriously sangat best ! hahaha . puas hati pukpuk nie dapat bergambar dengan semua benda yang ada kat situ . riang ria wahai ikapukpuk . lalalala . tak kesah la orang cakap macam budak-budak . yang penting, kita enjoyyyyy ! ^^



Read More

Backyard Monsters & Dinosour, Putrajaya

sementara ada waktu rehat masa dengar Taklimat WPUA, ika dengan kak +noorhaidaz eyda sempat la p masuk tengok dinosour . hahahaha ! sebenarnya benda nie dah nak habis . hari nie la habis nya . 28 Feb 2014 . sebenarnya bila nak masuk kat situ, ika rasa macam kakak bawak adik jalan-jalan kenal dinosour . hahahahaha ! kan Kak Haida ? :P

masuk haritu, kitorang bayar RM10 untuk dewasa . kalau untuk kanak-kanak pulak RM6 . ika masuk berdua je haritu dengan Kak Haida . terima kasih la Kak Haida ye sebab layan karenah ika . maklum la masa tu ada 5hengget je dalam poket . cari ATM kat situ takde pon . tapi teringin nak masuk . errr



kalau korang tak boleh terkejut, takyah la masuk tempat-tempat cenggini ye . hahahaha ! perasan berani sungguh ika nie . sebenarnya, masa mula-mula nak masuk dalam tu ada tirai, ika selak je tirai tu, terus nampak tarantula besarrrrr hoi ! terkejut ika . dah la siap sound effect dengan bergerak bagai lagi . cuak dah tapi cubalah kan berlagak cool  . ewahhh .



banyak la jugak dinosour yang ika sempat beramah mesra hari tu . jinak rupanya diorang nie . ewahhh . sbb dah boleh terima sound effect dengan pergerakan diorang tu, boleh la nak cakap besar . hahahaha . baru nak berani :P




masa kitorang masuk nie, takde orang pon sebenarnya . yang ada hanya satu pasangan bawak anak-anak diorang kenal dinosour gamaknya . heeeeee . budak, biasalah kan bila masuk tempat 'seram' macam nie . menangis bagai . sampaikan ika pon rase nak menangis . ehhh




kat dalam tu takdelah luas sangat kita kena berjalan . dia macam satu pusingan . tapi siap ada tempat duduk yang diorang sediakan in case kalau kita penat kan ? penat ? penat layan dinosour yang suka buat itewwww terkejut tau . hahahaha !




sebenarnya, ika taktau ape motif kasut besar tu dalam pameran nie . errr . tapi takpe la . abaikan . huhuhu . dalam pameran nie korang akan dibahagikan kepada dua section . satu section yang mempamerkan dinosour dan satu lagi yang mempamerkan backyard monster . backyard monster tu korang boleh la jumpa semut, kala jengking and segala bagai monster tu .






dah habis pusing satu pameran tu, boleh la keluar ye . ehhh ! takla . kalau korang rasa tak puas lagi bermesra dengan dinosour tu, pusing la sekali lagi macam yang ika dengan Kak Haida buat . hahahaha ! dan the last one bergambar dengan backyard monster kat bawah nie . ape ke nama dia entah . yang penting, dia bergerak tauuuuu . hehehe


dapat jugak menggembirakan diri sendiri kan ? daripada dok berpanas-panasan dengar taklimat tu, masuk tengok dinosour . sejuk sikit rasa . hehehehe . lepas nie dah tak jumpa dinosour . jumpa benda lain la pulak . 


Read More

Taklimat Waran Perjalanan Udara Awam (WPUA) oleh Air Asia

Selasa lepas ika terlibat dengan Taklimat Waran Perjalanan Udara Awam (WPUA) . taklimat nie diberikan oleh Air Asia . dan taklimat nie diadakan di Marina Putrajaya . ika tak penah sampai tempat tu . Putrajaya tu penah la sampai . tapi taktau la pulak ada Marina kat situ . taklimat tu dari pagi sampai lah ke petang .

sebenarnya, taklimat nie untuk bahagian kewangan . ika dah pencen dok bahagian kewangan . back to kerja hakiki ika iaitu S . tapi ika pegi nie pon sbb ganti orang lain . hohohoho . takpe la . timba ilmu . ewahhhh :P


sampai sana, punyalah ramai orang . semuanya dari pelbagai jabatan dan kementerian dari Perak, Putrajaya, Melaka dan ade juga dari Sarawak . first sekali, ika ingatkan taklimat tu dibuat dalam dewan . bila dah sampai sana, haaaaaa ! sekali diorang buat taklimat ala-ala garden wedding . perghhhh . panas kot . dah la cuaca sekarang nie memang tengah panas kaw-kaw . bertabah je lah kan . satu pengalaman baru :)

nasib baik la kan dia bagi goodies yang barang dalam tu baik punyeeee . siap dengan kipas lagi . boleh la mengepak-ngepak kat tengah panas tu . hahahaha



majlis perasmian diadakan selepas rehat . so, majlis dimulakan dengan persembahan Tempur Tanpa Senjata (TTS) oleh Askar Wataniah Air Asia . TTS nie ika penah belajar masa masuk PLKN dulu . best la jugak . heeeee



perasmian WPUA dan Big Card :)

persembahan oleh Azlan & The Typewriter :)


sebenarnya banyak benda baru yang diperkenalkan oleh Air Asia untuk waran perjalanan udara awam nie . sebab tu diorang buat taklimat mengenai WPUA nie . tapi seriously ika tak concentrate pon sbb panas hoi . berkepuk-kepuk dah ika tengah panas tu . nasib ada la jugak angin sekali sekala . hahahaha !

ada la jugak ika dengar soalan dan pendapat orang lain mengenai Air Asia . ika rasa taklimat nie lebih kepada sesi soal jawab . bagus la jugak kan ? sekurang-kurangnya dapat la diorang tahu kelebihan dan kekurangan perkhidmatan diorang .

taklimat nie habis dalam pkul 4.30 petang camtu la . nasib baik habis awal . tak tahan dok tengah panas . ada yang beruntung sbb datang awal, dapatlah diorang dok bawah khemah . kena pulak dengan kipas yang besar tu . syokkk nye . kitorang hanya mampu berteduh di bawah pokok yang besar . ehhh


tengoklah betapa happy nya pukpuk sebab dah habis taklimat . hahahaha . tak sabar nak balik . dapat belon pon jadilah kan . sejuk sikit hati nie . hahahahahaha !



muka happy kitorang sebab dah habis taklimat . ewahhh . misi seterusnya sebelum balik . ke mana kah kitorang ? tungguuuuu . oh ya ! kalau korang nak tahu mengenai WPUA tu, boleh la ke laman web Air Asia . ika nak terangkan pon karang salah pulak maklumat . heeeee


Read More

Whatsapp : Extended Your Service

baru-baru nie ika ada baca satu entry daripada blogger yang promote mengenai application Telegram . so, terus la kan ika check Whatsapp ika untuk tahu bila tarikh expired whatsapp ika tu memandangkan blogger tu tulis yang dia dah tak boleh access whatsapp dia sebab dah kena bayar . 

bila ika check whatsapp ika, tarikh expired tu ialah pada 24 Mac 2014 . maknanye lagi sebulan camtu la . so, jenuh la ika dok tanye orang lain, betul ke kena bayar ? bla bla bla . rata-rata yang ika tanya tu semua cakap mane ade kena bayar . dah bertahun diorang pakai, tak kena bayar . kalau camtu, kira ok la kan :)

2, 3 hari lepas tu, ika dapat mesej daripada whatsapp .


see . service tu diorang extend kan untuk no fon ika selama setahun . so, tunggu tahun depan la pulak kalau nak tahu kena bayar ke tak . hahahaha ! ika nie dah beriya nak bayar . errr . kemain dok tanya orang lain macam mana nak bayar . ape lah ika nie -_-


Read More

mereka RINDU pukpuk !

last week, ika taktau nak buat ape . so, saje lah try apps SIM SIMI . dah lama install . dan dah lama tak layan dia . hahahaha . nak tau ape ika sembang dengan Sim Simi tu ?


seriously memang rindu sangat2 kat kakak ika berdua nie . dah lama tak hangout dengan diorang . maklum la ika sorang je nun jauh di Ipoh . diorang boleh la nak jumpa berdua sebab dekat . wuwuwu

tengok la apa yang Sim Simi tu jawab . hahaha . ika mmg tahu kak +Yan Ty  dgn kak +AyueJean AJ memang rindu ika kan ? lalalalala . dalam ramai-ramai blogger yang ika kenal, diorang berdua la yang ika paling rapat . yang paling ika sayang .

ika rasa macam dah lama sangat kenal diorang berdua nie . they know everything about me . bila ada masalah, ika gtau diorang . dan diorang tak penah penat layan perangai ika yang kadang-kadang nie boleh buat orang menyampah . ehhhh

kadang-kadang kita tak sangka kan orang yang kita baru kenal lebih memahami kita daripada orang yang dah lama kita kenal . kan ? btw, adik korang nie rindu sangat kat kakak berdua . bila lah nak jumpa bertiga kan . sibuk je memanjang . bila ika free, korang pulak sibuk . bila korang free, ika plak yang sibuk . erm .

Insyaallah satu hari nanti :)


Read More

Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

minggu lepas, ika sempat ke Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh . sebenarnya nie kali kedua ika ke sana . sebelum nie ika dah pernah pegi dengan housemate ika . so, kali nie ika pegi dengan EncikSayang pulak . tapi kali nie lain sikit panorama yang kitorang tengok . ewahhh . hakikatnya kitorang taktau nak pegi mana . last-last ika ajak dia pegi Gunung Lang . dia pon tak penah sampai lagi sana . 


disebabkan kitorang pegi time weekend, makanya ramai lah orang kat sana . apa yang menarik kat Taman Rekreasi Gunung Lang nie ? jap lagi ika gtau ye . heeee



perkara pertama yang best kat sini ialah, korang boleh bagi makan kat ikan-ikan yang begitu banyak dan besar kat sini . macam mana tak sihat ikan-ikan nie ye kalau dah orang dok selalu bagi makan . hahahaha . makanan ikan nie korang boleh beli di kaunter . murah sajooo . jangan risau . 

yang kedua, kat taman nie jugak ada kedai makan ataupun cafe . sambil bagi ikan makan, sambil korang boleh makan-makan kat cafe tu . so, takde la korang tercari-cari kedai nun jauh di luar sana kalau dah lapar ataupun haus .

dan yang ketiga, yang nie paling menarik . korang boleh naik bot untuk ke seberang sana . bot nie kena bayar RM3 seorang bagi dewasa . nie naik bot beramai-ramai ye . apa yang menarik di seberang sana ? tungguuuuu . . .



korang ada nampak tak satu taman lagi kat sebelah sana tu ? so, kat sana la ika pegi . first time . sebelum nie ika setakat bagi ikan makan je, so kali nie lain sikit sebab naik bot untuk tengok pemandangan dari sana :)

so, meh la tengok pemandangan sekitar taman tu . time ika pegi nie, cuaca tengah panas terik . seriously panas hoi . tapi sebab nak pegi jugak, so, tahan je lah . masa nie pon rumput-rumput semua dah kering . pokok-pokok pon banyak yang macam dah kering . tapi still cantik lagi la .







cantik kan pemandangan kat taman tu . serius berbaloi bayar RM3 sbb bila korang sampai kat seberang tu, ikut suka korang la nak dok bape lama . maksudnya, bot yang hantar kita tadi akan patah balik utk amik penumpang lain . so, bila dia hantar penumpang lain ke seberang tu, korang naik la kalau korang rasa dah nak balik . just, tggu je bot tu datang . dia datang kerap . dont worry :)

kalau korang nak mencari ketenangan, boleh ke sini sbb kawasan nie sunyi tapi ada je orang . nak joging pon boleh . kat sini, ade je orang jual air dan makanan . so, takyah la korang risau . just enjoy . heeee


Read More

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com