Khidmat Cemerlang 2013 | Terima Kasih JAKOA Perak & Kedah !

24 Januari 2014 . ika terlibat dengan Majlis Perhimpunan Awal Tahun dan Amanat Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia . so, memang tiap-tiap tahun akan ada majlis perhimpunan awal tahun nie . so, tahun nie majlis diadakan di Gerik, Perak . nun jauh di sana . wuwuwuwu .

ika nie malas la nak pegi . sebab jauh dan banyak lagi baucer elaun yang ika tak setelkan . nak kena re-check balik benda tu . tapi tiba-tiba ada pulak nama ika dalam senarai staf yang terlibat untuk ke sana T_T



dalam pada berat hati nak pegi, kemain lagi bergaya sakan . hahahaha . itupon gigih bawak surat nak bagi kat daerah . semangat bekerja habaq hang . ehhh :P

tempat pendaftaran :)

feveret photo of the day ! ^^

girls generation :P

pesen mengumpat dulu sementara tunggu vip . kahkahkah !

oh ya ! majlis haritu dirasmikan oleh Ketua Pengarah JAKOA Malaysia . 

Ketua Pengarah JAKOA :)

Pengarah JAKOA Negeri Perak & Kedah :)

ucapan alu-aluan oleh Dato' KP :)

seperti biasalah keje budak pukpuk nie bila kena dengar taklimat, mulalah dia buat macam-macam pesen muka . hahahahaha ! ingat dia tahan ke nak dengar . dengar tu memang la dengar tapi tak boleh nak concentrate . mata tak kuat . wuwuwuwu


and guess what i've got ?? hahahahaha . pekerja cemerlang untuk tahun 2013 ! hahahahaahaha . sebenarnya memang tak sangka langsung dapat benda nie . kadang fikir macam tak logik pon hadooo . iyolah . den baru kejo 1 tahun lebih kot . rasa bersalah pon hado sebab macam ramai lagi yang lebih layak .

tapi itulah namanya rezeki . Allah SWT dah tetapkan rezeki masing-masing . apa yang kita boleh buat ialah bersyukur :) syukur dengan segala nikmat yang telah diberikan . Alhamdulillah ^^



untuk majlis pada haritu, ada 8 staf jabatan yang dapat . 3 daripada ibu negeri sendiri . dan lagik 5 adalah daerah memandangkan jabatan ika kt Perak nie ada 5 daerah kesemuanya . pape pon ika ucapkan tahniah buat semua yang mendapat anugerah pada haritu . heeeee :)


ika nak ucapkan berbanyak terima kasih buat yang memilih ika . buat yang menghargai . terima kasih banyak-banyak . masih banyak yang perlu ika pelajari . masih banyak yang perlu ika kutip pengalaman . terima kasih !




mungkin ika tak layak pada sesetengah orang tapi itu rezeki masing-masing . ika masih belajar benda baru . ika masih di level beginner . masih memerlukan tunjuk ajar daripada staf-staf lain :)

pape pon, terima kasih sekali lagi buat Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Perak & Kedah :)


Read More

Restoren SH Saleem, Ipoh, Perak

baru-baru nie ika ada la ikut orang dalam ofis ika nie p makan . mulanya memang ika tak tahu diorang nie nak p makan kat mana . hahaha . masuk dalam kete, terus berkhayal . bila dah park je kete, ika tanya, "mana kedai makan nye ?" . kenapa ika tanya camtu ? sebab ika nampak kedai spare part motor/kete je . takde pulak ika nampak kedai makan . pasrah kejap ika . inilah jadinya bila kepala dok pikiaq benda lain .

credit pic : here :)

so, hari tu kitorang p makan di Restoren SH Saleem . ika rasa macam penah pegi makan kat situ . tapi macam tak penah pulak . haih la ika . tahap kronik dah tu . malas nak fikir panjang . dah orang bawak makan kat situ, makan je lah ye .

Alamat :
90A, Batu 2,
Jalan Kuala Kangsar,
Tasek,
30010 Ipoh,
Perak .

No Telefon :
05 - 506 0060

jangan risau kalau korang nak cari kedai nie sebab kedai nie tepi jalan besar . konpom nampak . kalau tak nampak lagi cam ika nie, tak tahu la kan . heeee


meh la kita beralih arah pada hidangan makanan pulak . ewahhh . hahahaha . kat bawah nie antara makanan yang kitorang sempat menjamu selera hari tu . ehhh





sebenarnya kan . . . sebenarnya kan . . . ika first time makan nasi briyani T_T . hahaha . sadisnya hidup . ye laa . ika kenal nasi putih je . nasi lain ika mana layannnn . wuwuwuwu . haritu tergerak hati nak try nasi briyani . lepas makan tu, tibe-tibe fikir . . patut nya ika makan nasi briyani dari awal lagi . sebab sedapppp weiii . tapi taktahu la kan kot memang nasi briyani kat kedai nie sedap . kat tempat lain tak penah lagi rasa .

so, boleh la korang try makan kat Restoren SH Saleem nie kat Ipoh ye . dijamin berkesan . ehhh . dijamin sodapp :)


Read More

Selamat Pengantin Baru Baharim & Syazwana :)

baru teringat untuk buat entry . perghhh ! maafkan guwa ye baharim . hahahaha . awal-awal tahun nie biasalah kalau dapat undangan ke majlis kahwin . tambahan pulak bulan Januari 2014 nie banyak cuti . so, Cuti Thaipusam haritu, ika dapat la satu undangan ke majlis kahwin . sebenarnya dia adik kepada abang ipar ika . 

mula-mula tu memang bajet nak balik . sebab majlis diorang tu time Cuti Thaipusam . sudah terang lagi bersuluh la kan cuti . tak payah ika nak apply cuti bagai . maklumlah, tahun nie tahun jimatkan cuti bagi ika . blerghhhh .


gigih dia poskan kad kahwin nie dekat ika dengan harapan ika dapat p majlis tu . wkwkwkwkw . tapi apakan daya ku ini . kita hanya mampu merancang, Allah juga penentu segalanya . tak dapat la den nak balik . ada hal yang tak dapat dielakkan . hikss . maafin guwa ye Baharim .

gua curik kt fb Kak Wana . lalalala


pape pon, ika ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU buat Baharim dan pasangannya, Syazwana . semoga kebahagiaan sentiasa bersama korang :)


*mohon cepat bagi Amani tu sepupu . ehhh


Read More

Astro e-Billing Reward – enjoy Zalora discount RM50 !

baru-baru nie ika ada dapat baucer dari Astro . baucer nie untuk shopping di Zalora . weeee . walaupon ika tak penah shopping online kat Zalora . hahahaha .


so, a big thanks to Astro sebab sudi membagikan baucer nye pon . walaupon ika sampai sekarang tak tahu nak beli apa kat Zalora . nak beli kasut, kasut dah terlampau banyak . almari kasut dah penuh . kalau beli kasut, makanya kena tambah rak kasut . wuwuwu .

nak beli handbag, takde pulak yang berkenan . adoiii . nak beli apa nie wahai ika . huuuuu . takpe la . lambat lagi nak expired baucer tu . sabar je lah dulu . hehehe . beli dan simpan untuk majlis tunang . boleh ? ehhh


Read More

Victoria Bridge, Karai, Kuala Kangsar

destinasi terakhir sepanjang perjalanan dari Tambun - Lenggong - Karai - Tambun . so, nak share satu lagi tempat menarik . kali nie di Karai, Kuala Kangsar, Perak . ika pon baru tahu pasal tempat nie sebenarnya . hahahaha ! teruja habaq hangggg .



serba sedikit mengenai Victoria Bridge :)

Victoria Bridge adalah jambatan kereta api tunggal yang terletak di Karai, Kuala Kangsar, Perak . Ia adalah salah satu daripada jambatan kereta api tertua di negara ini, telah dibina di antara Disember 1897 dan Mac 1900 oleh Perak Government Railways . Jambatan ini merentangi Sungai Perak untuk perkhidmatan industri perlombongan bijih timah tempatan .


Perasmian jambatan tersebut dihadiri oleh Sultan Perak, Sultan Idris Mursyidul Azam Shah dan Raja Perempuan Perak, Residen Perak, J.P. Rodger dan isteri, dan orang-orang kenamaaan pada tahun 1900 . Jururtera yang bertanggungjawab terhadap pembinaan jambatan ini ialah g.w. Fryer, Jurutera Divisyen dan C.R Hanson .

Jambatan Victoria kekal digunakan sehingga tahun 2002, apabila jambatan galang konkrit selari yang lebih luas dibina untuk menggantikan jambatan lama telah siap untuk mengambil alih peranan mengendalikan lalu lintas kereta api .


Jambatan baru adalah lebih luas, dengan ruang untuk menyokong trek kedua, tetapi pada awalnya ia hanya diperlukan untuk mengendalikan satu trek sehingga landasan berkembar dan elektrik telah dijalankan di antara Ipoh - Padang Besar pada lewat 2000-an dan awal 2010s .

Walaupun jambatan lama ditutup kepada lalu lintas kereta api, jambatan yang bersebelahan masih dibuka kepada umum untuk motosikal dan pejalan kaki . credit [LINK]



ika saje singgah sebab ada baca kat banner besar gedabak yang ada majlis kat jambatan nie sebenarnya . tapi majlis tu keesokkan harinya . so, kitorang pon usya la dulu kan . hehehe . masa ika sampai tu, memang orang dah ramai . semua pakat dok buat photoshoot atas jambatan tu . ye lah . dah tempat tu lawa, konfem la ramai orang . hahahaha .

kitorang dok kejap je kat situ . makin lama, makin ramai pulak orang . ehhh . dengan model, pengantin, family dan ramai lagilah kan . so, kitorang terus gerak balik . weeeee :)


Read More

Hutan Lipur Lata Kekabu, Lenggong, Gerik

destinasi kedua ika di Gerik . lepas balik dari melawat Muzium Arkeologi, kitorang singgah jap di Pesta Makanan Tradisional Lenggong . yang tu ika tak buat entry sbb takde gambar pon yang ika amik kat sana . punyalah ramai orang . wuwuwuwu .

so, balik dari pesta makanan, kitorang bergerak ke Hutan Lipur Lata Kekabu . kat sini saja lah singgah sebab ika pon tak penah masuk dalam tu . singgah kejap je . alang-alang dah ada kat Gerik .


meh la baca serba sedikit mengenai Lata Kekabu nie .

Hutan Lipur Lata Kekabu merupakan taman rekreasi dalam kawasan Tasik Chenderoh . Jalan ke Hutan Lipur Lata Kekabu terletak kurang dari satu kilometer dari jalan utama Kuala Kangsar ke Lenggong, Perak . Papan tanda taman rekreasi ini jelas terpampang di papan tanda di jalan utama . Dengan melalui jalan yang berturap, pengunjung akan sampai ke tempat meletak kereta yang luas .


Dari situ, laluan pejalan kaki akan membawa pengunjung ke pintu masuk . Terdapat peta disediakan yang menunjukkan kawasan air terjun dan kawasan sekitarnya . Terdapat kemudahan awam yang kemas dan terjaga di taman ini . Kawasan berkelah, chalet kayu, tempat rehat berbumbung disediakan . Bilik persalinan dan tandas juga ada . Terdapat juga beberapa gerai jualan yang menawarkan minuman dan makanan pada pengunjung . Laluan pejalan kaki yang berturap konkrit dibina bagi memudahkan pengunjung berjalan antara pokok di kawasan ini .



Di penghujung tempat berkelah, air terjun setinggi 4 meter mencurah ke dalam kolam perkelahan . Terdapat jambatan gantung disediakan bagi pengunjung yang ingin menjelajah hutan di sebelah ulu .

Hutan Lipur Lata Kekabu terletak di Banjaran Bintang, dan diselaputi hutan hujan tropika, sungai yang bengkang-bengkok dan air terjun setinggi 50 meter . Ia terletak 10 kilometer dari bandar Lengging dan 25 kilometer dari Kuala Kangsar . Hutan Lipur Lata Kekabu berada di bawah penyelenggaraan Jabatan Perhutanan Perak . Kebanyakan pokok diletak tanda nama bagi memudahkan pengunjung mengenali jenis-jenis pokok yang terdapat di sini .




Laluan ini berakhir di air terjun Lata Kekabu selepas mengekori beberapa selekoh sungai . Dengan laluan mendaki yang agak landai dan mudah dilalui, kolam berdinding di bawah air terjun memudahkan pengunjung berenang .

Hutan Lipur Lata Kekabu terletak berhampiran dengan Muzium Arkeologi Lenggong, hanya 2 kilometer di laluan yang sama . credit [LINK]



time ika pegi tu orang tak ramai . tapi tu yang ika nampak kat bahagian bawah la . kat bahagian air terjun yang lain tu tak nampak pulak . tapi kenderaan banyak la jugak walaupun kawasan nie dah agak suram sebenarnya . dan seriously memang ada peniaga kat dalam tu ye . heeee

tengok air yang mengalir tu syok jee . teringin nak mandi tapi disebabkan tak bawak pakaian untuk mandi dan sebab niat sebenar nak pegi jalan-jalan je . hahahahah . ok . daaaaa :P


Read More

Galeri Arkeologi, Lembah Lenggong, Gerik

nak share satu tempat menarik untuk korang .weekend yang takde program jabatan, ika akan pegi berjalan-jalan untuk memenuhi waktu lapang . ewahhh . so, untuk minggu itu, ika ke Gerik pulak . banyak la jugak tempat menarik kat Gerik tu yang ika singgah . so, untuk entry kali nie, ika share dulu mengenai Galeri Arkeologi Lembah Lenggong, Gerik .

ika dan housemate gerak dari Tambun awal pagi . memandangkan perjalanan ke Gerik tu makan masa dalam 2 jam jugak la . disebabkan kitorang nie suka menyinggah, kenalah gerak awal . heeee .



dan ini adalah pertama kali ika ke muzium nie . hahahaha ! masa nak sampai tu kemain teruja . lagipon jalan masuk ke sana agak sunyi lah . terlintas jugak kat fikiran ika nie, betul ke ada muzium dalam nie ? ehhhh . so, meh la baca serba sedikit mengenai muzium nie .

Muzium Arkeologi Lenggong atau 'Muzium Arkeologi Kota Tampan' terletak di Kota Tampan berhampiran bandar Lenggong, Perak . Ia merupakan tapak prasejarah bertarikh 74,000 tahun dahulu .

Bandar Lenggong terletak sekitar 100 kilometer ke utara Ipoh melalui jalan Kuala Kangsar ke Gerik . Ia merupakan tapak penempatan aktiviti manusia tertua di Semenanjung Malaysia . Muzium Arkeologi Lenggong ini turut mempamerkan Orang Perak, penduduk Semenanjung Malaysia tertua dijumpai di dalam gua di kawasan yang dipamerkan di situ . Rangka ini bertarikh antara 10-11,000 tahun silam, merupakan manusia Zaman Batu, dari tempoh Paleolitik .

Muzium Arkeologi Lenggong terletak berhampiran dengan Hutan Lipur Lata Kekabu, hanya 2km di laluan yang sama . credit [LINK]



taktau pasaipa senyum cenggitu -_-


seriously banyak barang yang korang boleh tengok kat dalam nie walaupon bagi ika muzium nie takde luas sangat tapi padat dengan informasi :)



Perak Man

Orang Perak atau Perak Man merupakan rangka manusia tertua yang pernah dijumpai di Malaysia . Tulang rangka Perak Man telah dijumpai pada 1991 di dalam Gua Gunung Runtuh terletak di Bukit Kepala Gajah, di Lembah Lenggong, Hulu Perak pada ketinggian lebih kurang 105 meter dari paras laut .

Penemuan ini adalah hasil dari penyelidikan yang dibuat oleh Malaysian Archaelogical Research Centre, USM yang diketuai oleh Datuk Prof Zuraini Majid, dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia . Antara penemuan terpenting adalah rangka tulang Perak Man yang berumur antara 10,000 - 11,000 tahun .


Perak Man adalah rangka tulang manusia dari zaman batu era Palaeolithic hampir sempurna yang ditemui di Asia Tenggara dan merupakan tulang prasejarah yang mempunyai congenital deformity yang dikenali sebagai Brchymesophalangia . Perak Man telah dikebumikan dengan posisi "foetal", iaitu kedua kakinya berlipat ke arah dada dengan tangannya memegang beberapa jenis daging . Ia dikebumikan dengan beberapa peralatan batu dan beribu-ribu kerang sungai .
Melihat kepada kedudukan cara pengkebumiannya dan peralatan yang ditanam bersamanya, adalah dipercayai bahawa Orang Perak merupakan ahli penting bagi puaknya .

Perak Man adalah lelaki berumur 40-45 tahun dengan ketinggian 157cm, menjalani kehidupan sihat, memakan makanan berfiber dan berjalan dengan membongkok . Dia memiliki tangan kiri yang lemah ("atrophied") dan satu jari cacat .

Gua Teluk Kelawar terletak di Gunung Batu Kapur, Kepala Gajah . Gua ini telah membentuk beberapa tempat berteduh yang didiami oleh beberapa keluarga sejak 10,000 tahun dahulu seperti yang didapatu melalui penyelidikan yang dijalankan oleh Malaysia Archaeological Research Centre USM .

Perak Woman pula telah ditemui pada 2004 . Ia merupakan tulang berumur 8,000 tahun yang dijumpa di dalam Gua Teluk Kelawar di Lenggong . credit [LINK]

itulah serba sedikit mengenai Perak Man . Perak Man nie agak femes di Lenggong . ika pon baru tahu pasal Perak Man nie time p muzium nie . hehehe







lupa pulak nak bagitau . masuk dalam nie free sahaja . korang just tulis nama dalam buku rekod kedatangan kat kaunter depan sahaja . then, boleh la menjelajah masuk ke semua sudut dalam muzium tu . seriously best dan berbaloi .


Read More

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com