Mini KUD Zon Tengah, RTC Gopeng | Hari 1

baru-baru nie ika terlibat dengan Mini KUD Zon Tengah yang bertempat di RTC Gopeng, Perak . Mini KUD kali nie berlangsung dari 5 Disember 2014 sehingga 8 Disember 2014 . makanya, 4 hari lah ika berkampung di RTC Gopeng tu .


memandangkan jabatan ika kerja pon terlibat, ika pon kenalah turut serta . jabatan ika terlibat dengan sukan rakyat . so, untuk 4 hari tu, kitorang adakan sukan rakyat la untuk pengunjung Mini KUD .

entry kali nie ika share untuk hari pertama kitorang di Mini KUD . sukan rakyat yang kitorang adakan tu adalah pada sebelah petang . so, untuk hari pertama nie, kitorang kemas tempat untuk diadakan sukan rakyat tu .



pada sebelah pagi di hari pertama Mini KUD, diadakan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak tadika . memang syok la tengok budak-budak nie dok mewarna sakan . rasa nak join sekali mewarna . hahahaha !



dalam pada kanak-kanak dok mewarna, kitorang sempat bergambar dengan badut . hahahaha ! badut tu pon layan je lah ika dengan kawan ika . ok la kan sebab kitorang bukan nak belon . kitorang nak bergambar je :P
 

kat bawah nie gambar ootd kitorang . hahahaha ! ootd lah sangat . untuk hari pertama tu temanya kuning hitam . perak kan ? semangat perak nie :P


antara sukan rakyat yang jabatan ika sediakan ialah Dam Ular Gergasi, Keretapi Laju, Pancing Botol, Kukur Kelapa, Sepak Raga Bulat dan jugak Gelek Rim . memang sukan rakyat la kan semua tu . hahahaha ! paling budak-budak suka for sure la Dam Ular Gergasi . besar kotttt dam nye . dan ika dengan kawan ika tu laa yang dok jaga benda nie .
  


cukuplah kot sampai kat sini sahaja untuk hari pertama ika di Mini KUD Zon Tengah . nanti ika update untuk hari kedua pulak :)

till then,
xoxo

4 comments:

  1. haaa..comelnye dam ular tu..rase nak lompat2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau takpe kak . last round, kitorang bagi mak ayah yg main . hahaha

      Delete
  2. salam ika,
    nak tanya kat mana ye nak tempah dam ular gergasi tu? :)

    ReplyDelete
  3. salam ika, kat mana ya bole tempah dam ular gergasi tu? :)

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com