Kuih Tradisional yang BEST !

nak share dengan korang kuih tradisional yang sangat best ! favourite . kebanyakannya kuih kat Kelantan la . paling ika suka kuih lompat tikam . hahaha . walaupon namanya agak ganas, tapi rase dia sedappppp :P

 KUIH ASAM GUMPAL

 credit SINI :)

Kuih asam gumpal merupakan sejenis hidangan kuih tradisional Melayu yang lemak manis yang dihasilkan dengan menggunakan sagu mata ikan/ sagu biji dengan inti dan dimasak dalam kuah santan. Kuih asam gumpal disediakan dengan menggunakan sagu biji yang telah direbus dengan air yang dicampurkan dengan garam bagi membangkitkan rasa. Selepas itu sagu yang telah dimasak akan diisi dengan inti dan dijemput dengan tangan kepada bentuk akhir. Biasanya asam gumpal ini akan digumpal menjadi bulat sebesar satu gumpalan tangan (ukuran lama). Ia kemudiannya akan dimasak dalam kuah santan sehingga pekat. Campuran gula merah, halia dan halba juga ditambah bagi menambahkan perisa.

 KUIH NEKBAT

credit SINI :)

Kuih nekbat merupakan sejenis kuih tradisional pembasuh mulut yang diperbuat daripada tepung beras dan telur, yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Kuih nekbat biasanya disediakan dalam dua fasa. Pada fasa pertama, adunan tepung dibakar dan dimasak sehingga gebu seperti bahulu tetapi tawar dan lebih keras. Nekbat yang telah dimasak akan disimpan kering atau dijual kepada pelanggan yang akan menyediakannya sebelum dihidangkan. Nekbat kering ini tahan lebih lama dan boleh disimpan di dalam peti sejuk. Pada fasa penyediaan akhir, nekbat ini akan disira dalam air gula yang dimasak dengan daun pandan dan cengkih bagi memberi bau wangi, dan dibiarkan jelira sebelum dihidangkan berkuah dengan air gula tersebut. Apabila ia kembang dan bertukar kekuningan ia sedia untuk dihidangkan. Nekbat yang telah disira tidak boleh dibiarkan lama, kerana ia akan menjadi kembang dan hancur. Istilah ini juga digunakan bagi menggelar mereka yang bertubuh gempal sebagai seperti nekbat kembang.

KUIH BUNGA TANJUNG


Kuih bunga tanjung merupakan sejenis kuih tradisional Melayu. Kuih ini popular di negeri Kelantan dan merupakan hidangan istimewa di sana. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur bercampur tepung dan disira dalam air gula. Kuih bunga tanjung berbentuk titisan air dan bewarna kuning. Ia dibentuk dengan menggunakan acuan dan dibentuk menurut cita rasa pembuatnya di dalam air gula. Kuih buah tanjung agak cerewet membuatnya, dengan itu biasanya ia tidak buat dan dijual dengan meluas seperti kuih-kuih lain. Ia lebih kepada kuih istimewa bagi majlis istimewa seperti bagi merai majlis perkahwinan. Baki putih telur yang digunakan biasanya digunakan bagi membuat kuih tahi itik.

 KUIH LOMPAT TIKAM


Kuih lompat tikam merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Pahang, Kelantan dan Terengganu. Ia diperbuat dari tepung beras dan santan. Kuih lompat tikam mempunyai dua lapisan, iaitu lapisan tepung yang biasanya bewarna hijau di bahagian bawah dan lapisan santan yang bewarna putih di bahagian atas. Bahagian ini dibuat tawar kerana ia dimakan bersama air nisan atau gula kabung.

 KUIH CEK MEK

credit SINI :)

Cek mek molek atau lebih dikenali sebagai cek mek ialah sejenis kuih tradisional yang amat popular di Kelantan dan Terengganu. Ia diperbuat dengan ubi keledek yang dilenyek dan tepung gandum sebagai adunan, gula sebagai inti, kemudian digoreng. Sekiranya tidak dimakan dengan hati-hati, inti gulanya mudah tumpah/ memancut.

 KUIH TEPUNG PELITA

credit SINI :)

Kuih tepung pelita merupakan sejenis kuih tradisional yang sedap dan enak rasanya. Tepung pelita merupakan sejenis kuih yang manis tetapi tidak tahan lama. Tepung pelita merupakan pada asasnya dibuat daripada santan dan tepung beras dan dimasak dalam bekas yang diperbuat dari daun pisang. Ditengah-tengahnya pula diisi dengan air gula yang menjadikannya rasa lemak manis. Ia mudah rosak dan tidak tahan lama. Pada asasnya tepung pelita terdiri daripada dua bahagian, iaitu bahagian atas atau dikenali sebagai kepala, lembut dan dibuat daripada santan dan bewarna putih. Bahagian bawahnya pula dibuat dari tepung beras dan biasanya bewarna kehijauan dan lebih keras sedikit dari bahagian kepala tetapi masih dibuat lembut.

semua kuih kat atas nie ika penah try . heeee . sebenarnya memang ada banyak lagi kuih yang ika nak share dengan korang, nanti ika update lain pulak kuih-kuih tu . karang penuh satu blog nie entry pasal kuih . hahaha !

till then,
xoxo

11 comments:

  1. Suka semua kecuali kuih bunga tanjung. Kalau boring-boring selalu jugak buat kuih cek mek molek.

    Time saya cuti pulak mak saya selalu buat sagumpal, best!! Tapi dia jarang buat lompat tikam sebab leceh nak buat katanya,so makan pun kalau balik kampung dekat Kelantan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lompat tikam mmg leceh nak buat tapi sangatt sedapppp . hahaha

      Delete
  2. kuih lompat tikam tahu...yang lain tak heeee

    http://iolacaviarofficial.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. btw, anis follow back sini taw.. :)

    ReplyDelete
  4. btw, anis follow back sini taw.. :)

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com