KFC Meru Raya, Ipoh KINI DIBUKA !

dah 9 bulan ika tinggal kat area Meru Raya, Perak . dah macam mengandung pulak . hahaha ! dalam 9 bulan dok Meru Raya nie dah macam-macam pembangunan ika tengok . makin lama, Meru nie makin best sebab makin banyak kemudahan . heeee

Meru Raya nie tengah membangun sebenarnya . dengan stesen bas yang besar pon kat sini . pastu ade Mydin Mall . bangunan kerajaan pon banyak kat sini . kedai memang berlambak la kat sini . semua pon ada . Klinik 1 Malaysia pon ade :)


tapi yang paling best bila KFC dah dibuka di Meru . hahahaha ! selama nie dok tengok Mc Donalds je kat Meru . sejak boikot, dah lama tak singgah Mc Donalds . dalam Mydin Mall tu memang ada banyak kedai makan . tapi KFC nie best sebab bangunan dia kat tepi jalan je . siap ade drive thru lagik :P


selama nie kalau nak makan KFC, kena pegi pekan Ipoh la . kalau dari office memang la dekat . tapi kalau dari rumah ika nak ke pekan Ipoh tu, mahu dalam setengah jam lebih jugak . lepas nie dah takyah nak pegi KFC kat pekan . hahaha ! seronok :P



korang yang ade berhampiran Meru, boleh la p makan KFC nie dekat Meru . bangunan dia sebaris je dengan Mc Donalds . tapi jauh sikit la dari Mc Donalds tu . area Klinik 1 Malaysia . dan sangat dekat dengan Mydin Mall . seriously senang je nak cari KFC nie .

till then,
xoxo

2 comments:

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com