Interview @ UTP Seri Iskandar

minggu lepas ika teman kawan ika pegi interview kat Universiti Teknologi Petronas kat Seri Iskandar . ika teman je . bukan ika yang kena interview . hehehe . first time masuk dalam kawasan UTP nie . so, macam excited la . hahahaha !


kitorang gerak dari Ipoh tu awal pagi . naik teksi ke sana . tambang ? jangan ditanya . hahaha . jauh kot dari Ipoh nak ke Seri Iskandar tu . takpe la kan . janji selamat sampai pada masa nya . time balik, kitorang naik bas . jimat sikit . kikiki
 

bff ika . get ready untuk interview . ika ? ika hampir terlena kat kerusi empuk dalam library UTP nie . zzzz . dalam pukul 10 lebih kot kawan ika tu habis interview . then, jumpa adik dia kejap sebelum balik . dan yang paling penting, sebelum balik, haruslah amik gambar . bila lagi kan nak masuk dalam UTP nie :P
 



otw balik, kitorang berjalan kaki dari dalam UTP tu ke bus stop depan tu . dalam hujan pulak tu . so, agak menyayat hati la jugak . hahahaha . hujan makin lama makin lebat . kejap kejap kitorang berhenti . kang redah lencun pulak . nak sampai ke bus stop tu kemain lama :P

then, sesi tunggu bas pulak . boleh tahan lama nak dapat bas . bukan nak bebel . memang kitorang faham kawasan tu bas susah . so, kenalah sabar . bukan kawasan yang sesak . bas pon datang takde la banyak .naik bas dari Seri Iskandar ke Medan Kidd . serius best sebab dapat kenal kawasan orang . hahahaha !

sampai kat Medan Kidd, kitorang jalan kaki pulak pegi Stesen Keretapi Ipoh . bagi la can kat kawan ika tu jarang-jarang sekali datang Ipoh nie kenal bandar Ipoh  . heeee
 


tapi macam ika pulak yang lebih-lebih amik gambar . ehhh :P

till then,
xoxo

6 comments:

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com