sudah JATUH ditimpa TANGGA

minggu lepas ika dapat mc untuk 2 hari . seronok ? memanglah seronok . yang tak menjadikannya seronok sebab sakit . hahaha ! tapi sebenarnya takde la sakit sangat . sebelum dapat mc 2 hari tu, ika dah dapat mc 1 hari sebab demam . tapi seminggu sebelum kejadian mc 2 hari la .

sabtu lepas ika pegi amik kawan dekat Medan Kidd, Ipoh . ika dari Meru . dekat Meru, hujan turun memang lebat sangat dah . ika pulak dengan motor . maklumlah tak mampu lagi nak beli kete . ehhh . padahal lesen kete pon tengah nak belajar . so, dengar motor tu laa ika redah pegi Ipoh amik kawan ika tu . tapi dekat Ipoh tak hujan pon . kikikiki

sampai Ipoh, ika dah lencun . so, terpaksa cancel la plan nak terus pegi jalan-jalan sebab ika totally masa tu dah lencun . nak taknak memang kena balik rumah dulu . so, kitorang patah balik rumah . masa tu still lagi hujan tapi tak selebat masa ika otw pegi amik kawan .

bila dah sampai rumah ika, biasalah ika nie kelam kabut sikit . terus naik tingkat atas, amik towel . sekali haaaaa turun tangga . ika bukan turun, ika menggelongsor terus . hahahahaha ! lepas dah jatuh tu baru ika perasan yang ika pijak kaki seluar ika yang labuh tuu . seluar memang dah basah teruk . lepas tu ika pijak pulak . memang la menggelongsor terus .


bila dah jatuh tu, memang terus stuck . tak boleh nak bangun . tapi masalahnya kaki ika tak sakit pon . hahahaha . tempat lain yang sakit . ehhhh . tapi still buat muka selamber badak kononnya, 'ika okey la' . cewahhh . padahal dalam hati, 'sakitnyaaaa wei !' . hahahaha

haritu kitorang tak keluar pegi mana-mana pon . dok lepak je kat rumah memandangkan hujan tak berhenti . bila nak tidor, memang terasa sakit sangat . susah nye nak tido malam tu . bangun pagi esok, tengok takde pon lebam ke ape ke . okey je lagi cuma sakit tu dah mula rasa la . tapi bila balik dari hantar kawan ika kat stesen bas petang Ahad, baru ika perasan yang memang ade lebam !

masa tu, memang dah panik . terus mesej kakak . mulanya malas la nak mesej kakak-kakak nie sebab biasalah kakak-kakak nie mudah bebenor risau . hahaha . adik kat sini steady je . steady la sangat :P . so, kakak suruh pegi check la kan kot ade retak ke ape . sebab lebam tu boleh tahan la besaq . dan serius memang sakit .

sebelum masuk keje, ika pegi klinik dlu . pagi-pagi dah terpacak depan klinik . pegi klinik gov . malas nak pegi swasta . gov kan hadoo . pagi takde la ramai sangat orang . so, dalam pukul 8lebih ika dah setel semua . doktor bagi mc 2 hari . ika ingatkan 1hari je . sekali tengok, ehhh, 2 hari la . huhuhu . seronok baq hang :P

Alhamdulillah, takde patah ke, retak ke atau yang lain-lain . tapi kita taktahu la kan efek masa hadapan . kan ? so, doa je lah yang baik-baik sahaja . lepas kejadian nie, naik tangga kat rumah tu, mesti sopan sangat-sangat haih . sebab dah trauma . hehehehe

till then, 
xoxo
 

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com