Novel 72 :: Sayang Cikgu Ketat-Ketat - Rafina Mimi Abdullah

update novel ke 72 . rajin pulak baca novel sejak akhir-akhir nie . ehhh . mana tak rajin nye . dok rumah bukan nak buat ape pon . balik-balik kemas rumah . pastu kemas lagi sampai rumah tu pon dah bosan asyik kena kemas . hahahaha ! 

novel nie ika dah penah baca dulu tapi ika stop kat tengah-tengah jalan sebab jalan cerita dia macam slow sikit . sekarang baru ika ade masa untuk sambung balik baca novel nie .

SAYANG CIKGU KETAT-KETAT
 - RAFINA MIMI ABDULLAH


SINOPSIS :
Nurul Anis adalah seorang anak yang bercita-cita tinggi mahu mengubah nasib keluarganya yang hidup di dalam serba kekurangan. Di sekolah dia menjadi perhatian Cikgu Safarin yang sering membantunya. Pelbagai cara telah dibuat oleh Cikgu Safarin semata-mata untuk menarik perhatian Nurul Anis. Setiap kali perasaannya cuba diluah, ada saja perkara yang menghalang sehingga memaksa Cikgu Safarin meluahkan rasa hati melalui ‘tulisan’ di belakang buku rujukan milik Nurul Anis. Dalam usaha Cikgu Safarin memikat Nurul Anis, ternyata, cinta yang lahir dari lubuk hati Cikgu Safarin itu bersahut jua. Antara pelajar dan guru, kasih sayang dipupuk dan disemai sehingga membawa ke jinjang pelamin di waktu usia Nurul Anis masih muda.



“Jadi... Anis sudah buat keputusan? Anis akan terima lamaran saya?”



“Cikgu... saya cintakan cikgu tapi untuk berkahwin dengan cikgu dalam usia saya yang semuda ini, sangat berat bagi saya. Cuma itu aje yang cikgu kena faham.”



Kebahagiaan melayari rumah tangga mula dikecapi di awal pernikahan. Namun SMS daripada bekas tunang Cikgu Safarin mula menghantui fikiran Nurul Anis. Pertemuan di antara Cikgu Safarin dengan Aida untuk menyelesaikan masalah dan menjelaskan semuanya membawa bahana yang besar di dalam rumah tangga mereka sehingga terjadinya satu malapetaka yang hampir-hampir meragut nyawa Cikgu Safarin. Nurul Anis mula dihimpit rasa bersalah setelah Cikgu Safarin terlantar koma. Dalam pada itu juga, kehadiran Aida seringkali menyakiti hati Nurul Anis dengan mendakwa dirinya bakal menjadi isteri kedua kepada Cikgu Safarin. Betapa luluhnya perasaan seorang isteri apabila mendengar pengakuan itu.



“Awak terlalu naif Nurul Anis. Saya adalah cinta pertama Arin. Awak ingat senang-senang ke dia nak lupakan saya? Tak mungkin!”



Berjayakah Aida mencuri kembali hati Cikgu Safarin? Apakah masih sempat Nurul Anis membisikkan ucapan hikmat ‘sayang cikgu ketat-ketat’ kepada suaminya?

bagi ika novel nie biasa je . jalan cerita dia ok la . nak cakap ada konflik besar tu takde la sangat sebab kesian la jugak dekat si Anis tu . yelah . lepas habis SPM, terus kahwin . kahwin pulak dengan cikgu sendiri . memang la kahwin atas dasar suka sama suka tapi muda lagi kot . Anis tu macam kebudak-budakan lagi .

till then, 
xoxo

1 comment:

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com