Novel 71 :: Aku Yang Kau Tinggalkan - Alina Haizar

last ika review novel adalah bulan 11 tahun 2013 . dah setahun la maknanya ika tak baca novel . pergghhh ! hahahaha . tiba-tiba tergerak hati nak baca novel nie 2,3 hari yang lepas . mungkin disebabkan kebosanan terlampau . so, meh la ika review sikit novel yang ika baru je baca nie .

AKU YANG KAU TINGGALKAN - ALINA HAIZAR


SINOPSIS ::

Perkahwinan adalah ikatan terindah di antara dua jiwa yang saling mencintai yang berjanji akan sehidup semati. Tetapi bukan bagi perkahwinan Nia Atirah dan Zaril Ikhwan. Nia memerlukan wang bagi membantu keluarganya, Zaril Ikhwan pula memerlukan seseorang untuk menjaga dirinya yang sakit.

Cinta datang kepada Nia tanpa dia sedari. Secara perlahan-lahan, Nia jatuh cinta dengan suaminya sendiri. Tetapi Nia disingkirkan setelah Zaril Ikhwan pulih dari sakitnya.

Nia meninggalkan Zaril Ikhwan lalu membawa hati yang lara ke Turin dan meneruskan hidupnya sendirian di kalangan orang asing bertahun-tahun lamanya.

Takdir menemukan mereka di bumi Turin. Pertemuan itu telah mencetuskan perasaan benci, marah dan dendam yang terbuku di dalam hati masing-masing.

Walaupun masih ada dendam dan rahsia yang dipendam, demi untuk meneruskan kehidupan ini, yang terbaik untuk mereka berdua adalah berpisah secara rasmi dan tidak perlu lagi menyalahkan takdir walaupun Nia dan Zaril Ikhwan merasakan diri masing-masing yang sebenarnya telah ditinggalkan.


 "cinta datang tanpa disedari . walaupun ditinggalkan, 
cinta tetap bersemadi di dalam hati . . "

bagi ika novel nie best . highly recommended ! hehehe . kadang bila ika baca novel nie, ika rasa macam baca buku pelancongan . hahaha ! sebab nya banyak pasal Turin, Itali, dan banyak lagi lah tempat yang superbly menarik sampai rasa macam nak pegi jugak tempat tu .

tapi apa yang menarik ika unttuk terus baca novel nie ialah sebab Zaril Ikhwan . ika dok bayangkan si Zaril tu punyalah handsome . hahahahahahhaa ! takde laa . cuma geram kat dia . ego sangat haih . sama ego dengan wife dia si Nia Athirah tu . elok sangatlah bila dua-dua ego .

macam biasalah bila orang miskin kahwin dengan orang kaya, mesti ade yang tak suka . tambah pulak mertua sendiri yang tak suka . sama lah jugak dalam novel nie . tapi bagi ika, novel nie seriously best . korang akan rasa kesian kat si Nia, korang akan rasa geram kat mak si Zaril, korang akan rasa betapa sayangnya Puan Zainun kat Nia & Zaril . semualah korang akan rasa :P

till then, 
xoxo

 

5 comments:

  1. Dah pernah baca . Memang best,.. sekali blh blaja bahasa italian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan ? sambil baca cerita diorang, sambil belajar bahasa itali :)

      Delete
  2. tapi...macam stereotype kan..huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. Tengah cari novel nie, ade nak jual tak sbb nak baca ssngat2 😭

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com