dear DIARY

last update blog, 17 Sept yang lepas . almost a month . phewwww . ke'busy'an melanda jiwa dan raga . so, hari nie ika nak update something yang berkaitan dengan diari . tak semua orang ada diari . kan ?

ika start ada diari sejak tahun 2003 . masa tu ika form 1 . dan time tu jugak ika dok asrama . ape yang ingat, diari pertama ika tu dihadiahkan oleh papa . sejak itu, setiap tahun ika akan sediakan diari . so, sekarang ika dah ade 12 diari . serius ehh ? hahahaha

bila kita bercerita mengenai diari, semua orang akan ingat diari tu lebih kepada catatan harian kita tentang apa yang berlaku pada hari tersebut . tapi diari ika bukan ke arah tu . hahahaha ! ika lebih suka catat apa yang ika nak ingati seperti tarikh lahir insan-insan yang penting . kadang, ika ade jugak tampal segala bagai tiket wayang, tiket bas dan macam-macam tiket lagilah dalam diari tu . ngeeee




tidak dinafikan ade jugak ika tulis catatan ape yang berlaku pada ika pada hari-hari tertentu tapi takdak pulak madah berhelah dalam diari ika tu . diari tu dah macam tak private pulak . semua orang pon boleh belek tengok isi dalam tu . errr

diari ika kebanyakan ika akan hias macam-macam dalam tu . beli diari yang simple tapi ika ubah ikut apa yang ika nak . sebab kalau cari kat kedai seperti apa yang kita nak, memang jarang sangat dapat jumpa . so, beli dan diy lah sendiri . barulah puas hati :)

diari ika sejak tahun 2003 ika masih simpan sampai sekarang . separuh ade kat kampung . dan ade jugak yang ika bawak sampai ke Ipoh nie haaa . ika pon tak pasti apesal ika bawak diari lama tu ke sini . hahahaha . pape pon best sangat bila ade diari . bila bosan, belek la semula diari-diari lama tu lepas tu gelak sorang-sorang . errr

till then, daaaaa :P


8 comments:

  1. hahaha eqah meme gtu!!! suka bawak brg dr kelate ke ipoh banyak2! hehehehe

    ReplyDelete
  2. tengok diary teringat diary eda yang dah kena gigit anai-2. benci betul, simpan dari form 1.. hurm

    ReplyDelete
  3. pernah ada diary.. tapi.. tapi jadi buku kira2 bulanan plak isk2

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com