Bengkel Prinsip Perakaunan Kerajaan Persekutuan Tahun 2014

update lagik ! rajin pulak update sekarang nie . hahaha . kebetulan ade masa free, update la sampai ke sudah . nie pon terpaksa schedule kan . kalau tunggu nak update, memang takde masa lah . so, ika nak share bengkel yang ika join baru-baru nie di Kluang, Johor . nie kali kedua ika ke Kluang . weeee



ika kursus kat sana selama 4 hari 3 malam . lama kan ? hahahaha . pape pon kenalah pasrah pegi kursus . barulah enjoyyy ! ehhh . kursus nie kitorang belajar pasal prinsip perakaunan . tak lama lagi dah nak start akruan, so kenalah belajar . prinsip perakaunan nie ika penah la blaja masa kt u dulu . itupon blajar yang basic je lah . dah lama sangat dah tinggal zaman u . 

bila masuk bengkel nie, mulalah blur . hahaha ! dah rase macam student akaun pulak . kena kira akaun syarikat . debit credit . ledger, jurnal and semua-semua tu laa . dah lama tak dengar . nie dengar pulak istilah tu . kikikiki
 

tapi seronok jugak la sebab takde la kena dengar ceramah je . kena perah otak jugak la nak kira semua akaun tu . nak kena balance kan . perghhh ! mencabar minda untuk orang yang dah lama tinggal akaun nie tapi bila dah balance, perghhhhh ! rase nak melompat kegirangan . hahahahah
 

disamping mengira segala bagai akaun tu, ika jugak ade kira akaun syarikat ika sendiri . ehhhh . bukanlah . dok main game . frust tak dapat nak balance kan, so main lah game dulu . tengah addicted dengan satu game nie . nantilah ika share dengan korang . seronok ! ^^
 


untuk 4 hari ika berbengkel kat Kluang tu, seriously banyak sangat benda baru yang ika belajar . sangatlah tak rugi ika pegi bengkel jauh-jauh bila dapat timba ilmu yang sangat berguna nie .

 

dalam pada kitorang berkursus di Kluang, Johor, kami dikejutkan dengan pemergian En. Haziman iaitu urusetia kursus kami menghadap penciptaNya pada hari terakhir kami di sana . terkejut sangat kami pada pagi kejadian tu . Al Fatihah buat En. Haziman . .


4 comments:

  1. betol ke mengira tu... main game je lebih ni

    ReplyDelete
  2. Haha! Menyempat lagi main game tengah2 kursus.. Nakal nih.. Hehe.. Akak dulu minat gak ngan akaun ni tapi silap cabang bila form 4 gi masuk aliran sains.. Huhu..
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com