2 Tahun

tiup habuk sikit . fuhhhhh . lamanye tak menaip kat sini . busy bebeno T_T . tapi dalam ke'busy'an tu, still dapat ingat tarikh mula-mula lapor diri untuk keje sekarang nie . 

so, pada 27 Ogos haritu, genaplah 2 tahun ika bekerja sebagai Pembantu Pembangunan Masyarakat . Alhamdulillah . berjaya jugak ika bertahan sampai dah 2 tahun . pejam celik pejam celik dah 2 tahun ika bekerja . weeeee



 "sesungguhnya Allah SWT menyukai apabila seseorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun"
(Hadis Riwayat Abu Daud)

selama 2 tahun bekerja nie, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar . pahit manis semua ada . hahahaha . dalam usaha untuk mintak tukar walaupon tahu jawapan yang akan dapat . ehhhh . so, sabar la dulu untuk setahun dua ye pukpuk . hiksss .

tugas . dulu tak suka . sekarang sudah mula belajar untuk terima dan suka, walaupun masih tak berapa nak suka . ehhhh ! hahahaha . tahu hakikat tugas yang perlu itu ini . perlu jumpa orang itu orang ini . perlu berdepan dengan orang luar yang tak pernah kita kenal . apa pun itu semua pengalaman yang perlu kita kutip .

dah 6bulan lebih dengan tugas baru . dalam masa 6bulan, dah banyak benda baru yang pukpuk belajar . dan masih banyak benda lagi yang harus pukpuk belajar . setiap hari belajar benda baru . tak semua benda pukpuk boleh cerna dalam kepala . buat silap itu sudah menjadi lumrah . apatah lagi 'Assalamualaikum' pon boleh lupa bila nak bentang . tapi itulah proses pembelajaran . belajar dari kesilapan . dan itu jugaklah pengalaman dan yang pastinya satu kenangan . 

bak kata Puan Seri, "minat dan cinta pada apa yang kita buat memang sangat perlu, barulah kerja boleh berjalan lancar ." dan sebenarnya masih dalam proses untuk minat buat keje nie . lalalalala >_< teruskan belajar pukpuk !


8 comments:

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com