Birthday Gift

birthday dah lama lepas tapi nak update jugak . hahahaha ! so, untuk birthday ika yang ke 24 tahun bulan Julai yang lepas, ika dapat lah seketul hadiah drpd bff ika since kecik lagi nie haaa . biasanya dia akan bagi hadiah bear . tapi tahun nie lain sikit . dia cakap bear ika dah banyak . 

so, dia tanya ika nak hadiah apa . memandangkan masa tu jam tangan ika dah rosak, makanya, ika pon cakaplah nak jam tangan . terus dia bawak pegi kedai jam kat Berjaya Times Square . lagipon mmg masa tu kitorang ade kat sana . tunggu waktu berbuka . so, jalan-jalan lah dalam tu cari kedai jam .

jumpa la kedai jam nie haaa . so, dia suruh la ika pilih mana yang berkenan . tapi ika takmau . ika suruh dia pilihkan untuk ika . hahahahaha . ika cakap la nak jam yang tak nampak girlish sangat . last-last dia pilih yang nie :)



cun tak ? hahaha . itulah hasilnya jam yang ika takmau nampak girlish sangat walaupon nampak jugak girlish nya . siap pink lagi kat jam tu . hehehe . pape pon, appreciate la sbb lelaki kot yang pilih jam nie . bff sejak kecik yang dah masak sangat perangai kawan dia sorang nie camne . hahahahaha !

then, kitorang pegilah berbuka puasa kat Sushi King . for the first time ika pegi makan kat situ .  tak penah ika masuk makan kat Sushi King . sebab manalah ika tahu makanan kat situ camne . kikikiki . disebabkan kawan ika tu tahu ika tak penah makan kat situ, so, dia orderlah makanan kat bawah nie untuk ika . see, dia pilihkan makanan untuk bff dia nie :P

kitorang kawan sejak kecik lagi . disebabkan rumah kitorang agak dekat la . sebab tu rapat sampai sekarang . dialah satu-satunya bff ika yang lelaki . dia faham sangat ika nie . bila ada masalah, dialah tempat ika potpet . dia pasrah je dengar luahan ika . hahaha . dan dialah seorang pendegar yang setia . seorang pemberi nasihat yang terbaik . seorang kawan sejati yang takkan pernah terpisah . he know me so well .

terima kasih sahabat untuk hadiah jam tangan nie . terima kasih juga untuk hubungan persahabatan yang utuh nie . semoga hubungan persahabatan kita kekal hingga ke akhir hayat :)


8 comments:

  1. mmg untung kalau ada kawan cmtu.
    harap2 ada ler berita gembira dari kamu berdua:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaa . berita gembira ? no lah . kitorang kawan saje lah :P

      Delete
  2. Cantik jam tu! Ena suka jam colour gold! heheh bertuah dapat kawan baik macam tu..

    ReplyDelete
  3. untungnya ika dpt bff mcm tu.hehehe

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com