Dataran Lang, Pulau Langkawi

alang-alang dah ade kat Pulau Langkawi, haruslah pegi kat Dataran Lang . heeee . after 14 years . barulah dapat amik gambar sekali lagi dengan burung helang nie . excited beno nak pegi amik gambar kat burung helang nie . ye la . bila lagi kan nak pegi Pulau Langkawi nie . so, sementara dah ade kat sana, moh la kite amik gambar :P



Dataran Lang (Dataran Helang) merupakan mercu tanda Langkawi dan juga merupakan tugu tumpuan pelancong yang terkemuka di pulau LangkawiMalaysia. Ia merupakan patung helang setinggi 12 meter yang menggambarkan helang yang dari mana Langkawi mendapat namanya. Kedudukan patung helang gergasi ini terletak bersebelahan dengan pelantar jeti Kuah, dengan sayap berkepak sedia untuk menyusur keudara menjadikannya satu pemandangan yang mengkagumkan bagi para pelancong sedia untuk mendarat di pulau ini.

Rakyat tempatan mencatatkan helang sebagai satu simbol di mana nama langkawi berasal “Lang” adalah sama atau dikata singkatan “helang” manakala “kawi” bermaksud perang merah di zaman Melayupurba.





sakan dok amik gambar dengan burung helang tu . hahahaha . dah ade monopod . lagilah kemain nak amik gambar . tak payah dah nak suruh orang tolong amikkan . ehhh :P


hari terakhir di Pulau Langkawi . esoknya tu dah nak gerak balik Ipoh . petang tu la kitorang habiskan masa jalan-jalan sekitar Pulau Langkawi dan ika pulak ikut je diorang shopping . ika nak shopping ? memang tak la . hahahha . setakat beli keychain dan fridge magnet tu je :P



itu sahaja lah yang nak disharekan dengan korang kali nie . dah tak tahu nak taip ape . hahahaha . btw, Pulau Langkawi sangat menyeronokkan . ade rezeki, nak pegi lagi . Inshaallah :)


6 comments:

  1. wah bestnya gi langkawi..tringin nak gi sana, tapi mak slalu kat sana bkn ada apa pun kt sana.. wuargg T_T sedehhh sampai bila-2 pun xdpt pi..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaallah one fine day ika akan ke sana jugak . takmo sedih ye ^^

      Delete
  2. macam nak pi langkawi lagi je...seronok sesangat

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com