Kota Belanda, Pulau Pangkor

untuk hari kedua family ika di Perak, ika bawak diorang ke Pulau Pangkor memandangkan diorang tak pernah lagi sampai ke sana . ika pernah la . tapi sekali je . hahahaha ! 

so, kitorang pegi tapi tak stay sana . kitorang balik hari . pegi pagi, balik petang . tak sempat nak tido sana sebab pagi esoknya ika dah kena masuk keje . wuwuwuwu . tapi takpe la kan asalkan dapat jugak pegi . hiks


gambar atas nie, anak saudara ika . nama dia Amani . dia excited sangat dapat tengok laut . hahahaha ! mula naik feri tu family ika semua dok kat bawah . pastu ika nie dah mula bosan . mulalah bawak si Amani tu naik atas . syokkkk !

bila dah sampai sana, kitorang cari van pink . sebab kitorang nak pusing satu pulau . so, dapatlah sorang pakcik nie . nama dia Abdullah . dia bagi harga RM 80 untuk pusing satu pulau . kira ok lah sebab van dia baru kot . comfortable . siap ade aircond . hehehehe . lagi pulak dia tak berkira pon . sangatlah baik hati ! ^^

destinasi pertama yang kitorang pegi ialah Kota Belanda . tapi serius tak best sebab masa sampai kat tempat tu, hujan turun dengan jayanya . wuwuwuwu . tapi ika pegi jugak amik gambar seketul dua . jadilah kan daripada takde .



meh la ika share dengan korang serba sedikit mengenai Kota Belanda nie :)

Kota Belanda terletak di Pulau Pangkor, kira-kira 100 meter dari pantai.
1670 Kota Belanda ini dibina oleh Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) untuk menyimpan bijih timah yang diperolehi dari negeri Perak.

  • 1690 Rakyat tempatan yang tidak bersetuju dengan cara Belandamemperolehi bijih timah tersebut dan telah membinasakan Kota Belanda ini .
  • 1749 Belanda telah membinanya semula dan menempatkan seramai 80 orang pengawalnya di sini
  • Selepas tahun 1779 Kota Belanda tidak digunakan lagi kerana Belanda menumpukan kepada perdagangan rempah di Maluku, Indonesia . Belanda juga berhadapan dengan Perang Napoleon di Eropah .
  • 1824 Belanda dan Inggeris secara tak rasmi membahagikan wilayah penguasaan masing-masing di Nusantara.
  • 1973 Kota ini telah dibina semula oleh Jabatan Muzium dan telah diwartakan sebagai monumen lama dan tapak tanah bersejarah di bawah Akta Bendapurba 1976 dalam Seksyen No. 247 , Warta Kerajaan Negeri Perak bertarikh 31 Mac 1970.
  • 1997 Kerajaan negeri Perak telah memajukan lagi kawasan ini sebagai kawasan perlancongan negeri Perak. Beberapa rumah limas tradisional negeri Perak telah dibina di sini. Pelbagai gerai makanan pakaian dan cenderamata ada di sini.

Beberapa bahagian kota ini telah dibaki semula dan diperindahkan di persekitaran perkampungan nelayan Melayu.





sumber : Wikipedia 

next destination kitorang ? ke mana pulak ye PakCik tu nak bawak kitorang . hehehe


8 comments:

  1. waduh..
    best dh bercuti nie..
    kirim keychain ler bleh kew..
    hehehe

    ReplyDelete
  2. Untunglah dapat pergi pulau pangkor. Ena ni orang perak, tapi tak pernah lagi pergi. Huaaaaaaaaaaaaa Sedih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahah ! jom buat trip pegi pangkor :)

      Delete
  3. pernah pegi pangkor thn 96 dulu.... dh berbelas thn... ntah bile nk smpi sana lg.... huhuhu

    ReplyDelete
  4. wah bestnya..
    dah lama tak pergi sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat best . ika dah 2 kali pegi sana . hehehe

      Delete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com