Taklimat NextGen eP bagi PTJ

minggu lepas ika ade join satu taklimat . taklimat nie berkaitan dengan keje yang ika buat sekarang . budak baru nak belajar . banyak benda nak kena tahu . so, baru-baru nie ada satu taklimat yang dianjurkan oleh Commerce Dot Com . taklimat nie berkaitan dengan NextGen eP .

ade antara korang yang tahu apa itu eP . ada jugak yang tak tahu . kalau korang pembekal atau kontraktor yang selalu berurusan dengan kerajaan, confirm korang tahu apa itu eP . eP tu sebenarnya singkatan kepada ePerolehan . apa itu ePerolehan ? mohon google sendiri . hahahaha . meh la ika share sikit mengenai ePerolehan nie .

Sistem perolehan elektronik itu yang lebih dikenali sebagai ePerolehan, akan memudahkan aktiviti perolehan kerajaan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan .
ePerolehan akan menukarkan proses perolehan tradisional (secara manual) di dalam jentera kerajaan kepada perolehan elektronik menerusi Internet .
ePerolehan membolehkan para pembekal mempamerkan produk mereka di dalam jaringan web sedunia, menerima, mengurus dan memproses pesanan pembelian serta menerima bayaran daripada agensi-agensi kerajaan menerusi Internet .
Katalog produk para pembekal akan ditukarakn ke bentuk katalog elektronik atau eCatalogue, yang boleh dilihat dari mana-mana desktop menggunakan perisian pelayar web .
Pembekal juga berupaya menghantar sebutharga, mendapatkan dokumen tender dan menghantar tawaran tender menerusi ePerolehan . ePerolehan membolehkan para pembekal mendaftar atau memperbaharui pendaftaran mereka dengan Kementerian Kewangan menerusi Internet .
Para pembekal akan dapat menghantar permohonan, memeriksa status permohonan dan membayar bayaran pendaftaran melalui ePerolehan .


itulah ePerolehan . panjang berjela pulak rasa . hahaha . korang boleh dapatkan maklumat lebih padat mengenai eP nie kat SINI :)


taklimat yang ika hadir tu lebih kepada pengenalan kepada ePerolehan yang baru . eP yang baru nie akan start on Januari 2015 kalau ika tak silap la kan . Inshaallah . so, sementara nie, eP yang baru tu dikenali sebagai NextGen untuk membezakan antara eP sedia ada dengan eP baru nanti . bila dah di'launch'kan nanti, tetap akan jadi eP jugak . hehehe

taklimat NextGen eP nie diadakan di Auditorium RTM, Ipoh, Perak . first time ika ke sana . masuk je dalam auditorium tu, kemain lagi teruja sebab santekkkkkk sangat . seriously santekkk :))



auditorium nie kemas . dan boleh tahan luas . dah nama pon auditorium . hahahahah ! tak sempat nak amik gambar penuh sebab orang dah ramai . hiks . kerusi dia selesa habaq hang :P


tak sabar pulak dengan kemunculan NextGen eP nie . ehhh . semoga ilmu nie berguna untuk ika . Inshaallah ^^


No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com