report ! report ! report !

kali nie ika nak share pengalaman ika pegi balai polis . seriously nie memang first time ika masuk kawasan balai polis tu . ye la kan . nak buat ape pegi balai polis tu kalau takde urusan . hahahaha ! sebelum pegi tu dah cakap kat kak +noorhaidaz eyda  . kak haida siap cakap, nak takut ape benda nye . diorang bukan nak tangkap ko pon ika . hahahahahaha

ramai yg mesej ika bila ika upload gambar report nie kt fb dan wechat . ade yang ika bagitau apa sebenarnya yang jadi . dan ada juga yang ika tak sempat nak story . ramai sangat . jenuh mak jemah nie nak kena cerita sorang-sorang . hehehehe . maaf la ye yang mana ika tak sempat nak cerita tu .


pengalaman pegi buat aduan nie memang lain macam sikit . sebab tak pernah pon pegi buat aduan .kalau jadi pape hal pon, buat rileks sudah . so, kali nie memang dah tak dapat nak elak lagi . kakak pon dah bising suruh buat report sebelum benda jadi makin teruk .

sebenarnya benda yang jadi dekat ika nie daripada tahun lepas lagi . tapi bila ika dah kena tu, ika jumpa la pihak yang sepatutnya . tanya itu ini . then, responnya kurang menggembirakan . apa yang ika boleh buat masa tu adalah terima dengan pasrah . ewahhh . walau pon tak berapa nak pasrah .

then, sampai satu masa ika rasa macam malas la nak layan . sebab bukan ika pon yang buat . ika senyap, pihak berkenaan pon senyap . baru-baru nie ika ade dapat panggilan dan jugak mesej daripada pihak berkenaan tu suruh ika buat bla bla bla sebelum diorang ambil tindakan tanpa budi bicara . gitulah gamaknya msj dia . 

so, pukpuk nie dah mula la cuak . terus call kakak . suruh kakak setelkan benda tu kat Kota Bharu . bila kakak nak setelkan je benda tu, pihak sana pulak cakap tak payah setelkan . buat report je dulu . bila ika fikir balik, kenapa pihak tu tak suruh ika buat report awal-awal masa ika pertama kali pegi jumpa diorang untuk tanya pasal benda yang jadi nie . dah nak masuk setahun baru lah benda nie jadi besaqqqq sangat .

nak tak nak, memang kakak suruh jugak buat report . selagi tak buat report, akan makin ramai yang kena . so, sekurang-kurangnya bila dah buat report nie, ika akan ade jaminan la sikit . kalau jadi lagi lepas nie, taktahu la kan . erm . . 

so, kepada mereka-mereka yang sudah mahupun sedang menyusahkan hidup pukpuk nie, berhentilah . kesian pukpuk nie . dia bukan kaya raya pon sampai korang nak buat camni kat dia . wuwuwuwu . tibe-tibe nak buat ayat sedih . hahahahaha !

pape pon, untuk korang semua, hati-hatilah dengan keadaan sekeliling kita . jangan mudah percaya dengan keadaan mahupun orang sekeliling kita . peringatan untuk diri ika jugak yang sudah menjadi mangsa keadaan . ehhh

happy pukpuk ! ^^


2 comments:

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com