Ujian Otak

dua, tiga hari lepas ika ade buat ujian otak . errr . saje je nak try apps online tu . tengok ramai pulak yang try kat fb . so, tak salah pon kalau nak mencuba jugak . kalau korang nak cuba jugak, boleh la ke link kat bawah nie :)


then, bila dah masuk laman web tu, korang akan nampak cam gambar kat bawah nie . just tekan MULA . lepas tu korang kena jawab la soalan-soalan yang dia bagi tu . soalan dia senang je cuma bergantung pada diri masing-masing la kan cara kita jawab soalan tu .


bila dah habis korang jawab soalan tu, maka akan dapatlah keputusan sama ada korang nie lebih banyak guna otak KIRI atau KANAN . dan keputusan yang ika dapat ialah ika lebih banyak menggunakan otak KANAN berbanding otak KIRI . 


meh la ika share sikit mengenai otak kanan dan jugak otak kiri .

Otak Kanan :

mencari ilham (intuisi)
berfikir secara kreatif
berkaitan seni
menggunakan imaginasi
bersifat subjektif 
retma (rentak/intonasi)
memahami tanpa lisan
perasaan (emosi)
 berfikir menggunakan gambaran
menghayati irama lagu
ada visi

Otak Kiri :

berfikir dan mentafsir secara turutan satu persatu
menganalisi secara terperinci
berfikir secara linear (pengelolaan)
menguasai matematik
menggunakan logik
memahami bahasa
memahami lisan
peka kepada fakta
berfikir menggunakan perkataan
mengingat lirik lagu
perlukan rasional

so, korang pulak lebih banyak guna otak kanan atau kiri ?


4 comments:

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com