Program Jalinan Kasih bersama Orang Asli Kg Sungai Perah | Day 01

pada 5 & 6 Mac yang lepas, ika terlibat dengan Program Jalinan Kasih bersama Masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Perah, Daerah Perak Tengah dan Hilir Perak . kampung nie terletak di Parit, Perak . dan ini adalah pertama kali ika ke kampung tersebut . ika pegi pon sebab menggantikan staf lain yang tak dapat hadir .

dan ika pon tak banyak amik gambar pakai fon ika . tapi nak jugak share gambar program tu dengan korang . credit to Encik Zamri untuk gambar-gambar nie . heeee


Program dimulakan dengan taklimat daripada Pegawai Daerah JAKOA Perak Tengah dan Hilir Perak . briefing untuk apa yang kitorang kena buat sepanjang program nie .

so, untuk aktiviti pertama, kitorang akan buat program ziarah ke semua rumah di Kampung Sungai Perah untuk membuat bancian penduduk dan jugak menghulurkan sedikit bantuan untuk mereka di samping mendekatkan diri dengan penduduk di kampung tersebut .



sebelah petang pulak kitorang adakan aktiviti sukaneka bersama penduduk kampung . sukaneka nie terbuka kepada semua peringkat umur .

sesi pendaftaran :)

perlawanan sepak takraw :)

gubahan berasaskan barangan terpakai :)

kaki gergasi . hahahaha !

musical chair :)

gusti lengan :)

jalinan kasih keluarga :)

andaman :)

kepit kelapa :)

habis je sukaneka petang tu, kitorang rehat jap . penat hoii . tengah-tengah panas pulak tu tapi best sebab penduduk kampung seriously nampak diorang enjoy sukaneka tu .

sebelah malam pulak, kitorang adakan sesi Ceramah Keselematan oleh PDRM dan disambung dengan pertandingan karaoke oleh penduduk kampung .


hectic day . seriously .

*to be continued to Day 02 ^^

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com