Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

minggu lepas, ika sempat ke Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh . sebenarnya nie kali kedua ika ke sana . sebelum nie ika dah pernah pegi dengan housemate ika . so, kali nie ika pegi dengan EncikSayang pulak . tapi kali nie lain sikit panorama yang kitorang tengok . ewahhh . hakikatnya kitorang taktau nak pegi mana . last-last ika ajak dia pegi Gunung Lang . dia pon tak penah sampai lagi sana . 


disebabkan kitorang pegi time weekend, makanya ramai lah orang kat sana . apa yang menarik kat Taman Rekreasi Gunung Lang nie ? jap lagi ika gtau ye . heeee



perkara pertama yang best kat sini ialah, korang boleh bagi makan kat ikan-ikan yang begitu banyak dan besar kat sini . macam mana tak sihat ikan-ikan nie ye kalau dah orang dok selalu bagi makan . hahahaha . makanan ikan nie korang boleh beli di kaunter . murah sajooo . jangan risau . 

yang kedua, kat taman nie jugak ada kedai makan ataupun cafe . sambil bagi ikan makan, sambil korang boleh makan-makan kat cafe tu . so, takde la korang tercari-cari kedai nun jauh di luar sana kalau dah lapar ataupun haus .

dan yang ketiga, yang nie paling menarik . korang boleh naik bot untuk ke seberang sana . bot nie kena bayar RM3 seorang bagi dewasa . nie naik bot beramai-ramai ye . apa yang menarik di seberang sana ? tungguuuuu . . .



korang ada nampak tak satu taman lagi kat sebelah sana tu ? so, kat sana la ika pegi . first time . sebelum nie ika setakat bagi ikan makan je, so kali nie lain sikit sebab naik bot untuk tengok pemandangan dari sana :)

so, meh la tengok pemandangan sekitar taman tu . time ika pegi nie, cuaca tengah panas terik . seriously panas hoi . tapi sebab nak pegi jugak, so, tahan je lah . masa nie pon rumput-rumput semua dah kering . pokok-pokok pon banyak yang macam dah kering . tapi still cantik lagi la .







cantik kan pemandangan kat taman tu . serius berbaloi bayar RM3 sbb bila korang sampai kat seberang tu, ikut suka korang la nak dok bape lama . maksudnya, bot yang hantar kita tadi akan patah balik utk amik penumpang lain . so, bila dia hantar penumpang lain ke seberang tu, korang naik la kalau korang rasa dah nak balik . just, tggu je bot tu datang . dia datang kerap . dont worry :)

kalau korang nak mencari ketenangan, boleh ke sini sbb kawasan nie sunyi tapi ada je orang . nak joging pon boleh . kat sini, ade je orang jual air dan makanan . so, takyah la korang risau . just enjoy . heeee


6 comments:

  1. Cantiknye :)
    dah lama teringin nk pegi tp xtau jln,huhu,.

    ReplyDelete
  2. baru sampai last weekend..tempat ok..tapi macam tak ter urus sgt kan..yg penting berbaloi bayar rm3 :)

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com