PULIH tidak sepenuhnya

seminggu sudah blog tidak berupdate . banyak sebab blog tidak berupdate . sebab takde idea dan jugak sebab kesihatan yang tidak mengizinkan . hukhuk .

minggu lepas dah start demam . belum habis demam, datang pulak sakit gigi sekali dengan pakej bengkak pipi . perghhh ! sakit hoiii . menguji kesabaran sungguh . dengan demam, selsema, batuk ditambah dengan gigi yang sakit T_T

hari Ahad malam tu ajak housemate pegi klinik dekat rumah nie . pusing punya pusing, klinik banyak yang tak bukak . badan dah tak tahan dah masa tu . dengan selsema kuat sangat . menangis tu takyah cakap la kan . hahahaha

Alhamdulillah, jumpa jugak klinik yang bukak . tunggu la jugak bape minit sebelum klinik tu dibuka . erm . takpe la kan asalkan dapat jumpa doktor, dapat makan ubat . habis cerita . heeee


so, malam tu dapat la cuti sakit untuk sehari . takyah la masuk keje hari Isnin tu . memang la best sebab badan memang seriously tak larat langsung . flat terus . balik dari klinik malam tu, terus terbongkang atas katil . dapat la gula-gula 5 bijik . ehhh

hari Selasa dah start keje semula, tapi ini haaaaa . rasa lain macam pulak kat pipi belah kiri . rasa macam apesal kembung semacam nie ? hahahaha . sakit dia takde la sangat tapi memang kalau makan, tak boleh kunyah pakai gigi bahagian kanan tu . takpe, tahan lagi . tunggu hari Rabu .

bengkak -_-

hari Rabu, dah makin bengkak . tapi still pegi jugak ofis . kalau tengok sekali, memang tak perasan pipi ika bengkak sebelah sbb pipi ika mmg gemok pon . hahahaha . tp kalau tengok betul-betul, memang bengkak kat pipi kiri tu . nak tak nak, petang Rabu tu terus gerak pegi Klinik Gigi kat UTC Ipoh nie .

pegi klinik tu dengan harapan doktor cabut la gigi yang sakit tu . sbb setahu ika memang gigi tu berlubang . dah tampal banyak kali . wuwuwu . so, baik cabut je lah . tapi tak boleh nak cabut . doktor bagi ubat untuk kurangkan bengkak tu dlu . dalam masa 5 hari, ika kena pegi XRay pulak kat bahagian gigi yang rosak tu .

ubat demam + ubat sakit gigi :)

tapi ika nie, tengok pipi tu dah surut balik, dah lupa diri la nak pegi XRay . hahahaha ! sbb dah tak sakit kan ? tunggu sakit pulak baru pandai nak cari doktor . haihhh la ika . takpe la . asalkan kesihatan dah makin pulih walaupun tidak sepenuhnya . ini pun batuk dengan selsema tak habis lagi . 


see ! dah boleh senyum . hahahahahaha ! sebab pipi dah tak bengkak . ewahhhh . ada yang cakap pipi jadi bengkak camtu sebab gigi geraham bongsu nak tumbuh . tapi ika pon taktau la sbb doktor gigi takde cakap pape pon pasal gigi nak tumbuh . tapi hakikatnya memang terasa woiii gigi belah kiri tu sakit even tak kerap .

oleh itu, marilah kita gosok gigi ! ehhhh :P


6 comments:

  1. Get well soon dik Ika pukpuk..;-)

    ReplyDelete
  2. banyaknya ubat tu ika...dah berseri balik dah muka lepas baik sakit kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg banyak tp ika tak makan semua . takut . hahahaha ! baru boleh senyum . heeeee

      Delete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com