Victoria Bridge, Karai, Kuala Kangsar

destinasi terakhir sepanjang perjalanan dari Tambun - Lenggong - Karai - Tambun . so, nak share satu lagi tempat menarik . kali nie di Karai, Kuala Kangsar, Perak . ika pon baru tahu pasal tempat nie sebenarnya . hahahaha ! teruja habaq hangggg .



serba sedikit mengenai Victoria Bridge :)

Victoria Bridge adalah jambatan kereta api tunggal yang terletak di Karai, Kuala Kangsar, Perak . Ia adalah salah satu daripada jambatan kereta api tertua di negara ini, telah dibina di antara Disember 1897 dan Mac 1900 oleh Perak Government Railways . Jambatan ini merentangi Sungai Perak untuk perkhidmatan industri perlombongan bijih timah tempatan .


Perasmian jambatan tersebut dihadiri oleh Sultan Perak, Sultan Idris Mursyidul Azam Shah dan Raja Perempuan Perak, Residen Perak, J.P. Rodger dan isteri, dan orang-orang kenamaaan pada tahun 1900 . Jururtera yang bertanggungjawab terhadap pembinaan jambatan ini ialah g.w. Fryer, Jurutera Divisyen dan C.R Hanson .

Jambatan Victoria kekal digunakan sehingga tahun 2002, apabila jambatan galang konkrit selari yang lebih luas dibina untuk menggantikan jambatan lama telah siap untuk mengambil alih peranan mengendalikan lalu lintas kereta api .


Jambatan baru adalah lebih luas, dengan ruang untuk menyokong trek kedua, tetapi pada awalnya ia hanya diperlukan untuk mengendalikan satu trek sehingga landasan berkembar dan elektrik telah dijalankan di antara Ipoh - Padang Besar pada lewat 2000-an dan awal 2010s .

Walaupun jambatan lama ditutup kepada lalu lintas kereta api, jambatan yang bersebelahan masih dibuka kepada umum untuk motosikal dan pejalan kaki . credit [LINK]



ika saje singgah sebab ada baca kat banner besar gedabak yang ada majlis kat jambatan nie sebenarnya . tapi majlis tu keesokkan harinya . so, kitorang pon usya la dulu kan . hehehe . masa ika sampai tu, memang orang dah ramai . semua pakat dok buat photoshoot atas jambatan tu . ye lah . dah tempat tu lawa, konfem la ramai orang . hahahaha .

kitorang dok kejap je kat situ . makin lama, makin ramai pulak orang . ehhh . dengan model, pengantin, family dan ramai lagilah kan . so, kitorang terus gerak balik . weeeee :)


2 comments:

  1. haha.. okei baru tahu nama nya victoria bridge.. sebab sebelum ni kami panggil jambatan karai.. tu pun x sebut karai, kami sebut kaghei.. (pronounce bhsa perak)

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com