Menara Condong, Teluk Intan, Perak

lepas balik dari kenduri kahwin orang asli, kitorang menuju ke Menara Condong, Teluk Intan . dah lama teringin nak pegi tengok menara nie . Alhamdulillah tercapai jugak . hehehehe . alang-alang dah dekat, kitorang pon pegi jelah :)

walaupun time kitorang pegi tu, matahari sedang memancar dengan jayanya . berpeluh-peluh kitorang . tapi layan je lah . lagipon bila lagi kan nak pegi sana . so, just enjoy .



jom kita baca serba sedikit mengenai Menara Condong nie :)

Menara Condong adalah sebuah menara jam yang terletak di Teluk Intan, Perak . Ia menjadi mercu tanda bagi bandar Teluk Intan sejak beberapa lama . Keunikan menara ini adalah ia menyerupai Menara Pisa, Itali . Menara ini dibina pada tahun 1885 . Ia memiliki ketinggian setinggi 85 kaki dan ada 110 anak tangga . Walaupun telah berusia lebih 100 tahun, ia masih berdiri kukuh .

Menara ini sebenarnya merupakan takungan air sebelum adanya tangki air di Changkat Jong . Bangunan tiga tingkat ini dilengkapi dengan jam besar . Kini menara ini tidak digunakan lagi dan hanya menjadi tarikan pelancong yang mengunjungi bandar Teluk Intan .

Di bahagian bawahnya dihiasi dengan landskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat untuk bersantai seisi keluarga . Kini bangunan purba itu mendapat julukan Menara Condong kedua di dunia selepas Pisa di Itali .


masa kitorang sampai kat sana, seriously takde orang . cuak jugak mula-mula tu . boleh ke masuk nie . hahaha . tapi dalam 10 minit camtu, barulah ramai orang yang masuk dalam tu . bila masuk time takdak orang, mulalah nak amik gambar macam-macam pesen . ehhh ! 



mula-mula nak masuk dalam Menara Condong nie, ika ingat kan ada banyak tingkat . mulalah fikir, larat ke ika nak panjat sampai tingkat atas sekali tu . sebab.. kalau korang tengok menara nie dari luar, seriously nampak macam banyak tingkat . hakikatnya 3 tingkat kot .  hahahaha



seronok jugak masuk dalam Menara Condong nie . tapi seriously ika rasa cam tak stabil bila kat dalam tu . mungkin faktor kecondongan . hahaha . rasa nak terbabas pon ada mula-mula tu . tapi bila dah mula berjalan sakan dalam tu, dah tak rasa sangat :)

and happy sebab dah dapat jejakkan kaki di Menara Condong .


8 comments:

  1. Cmbest je.
    Shark pn x smpai lg kt cni.

    ReplyDelete
  2. Ni la tempat kelahiran akak, teluk intan. pernah naik menara ni masa akak form 2. masa tu belum dibaik pulih lagi dan agak usang. kitorang naik sampai ke bahagian enjin jam tu. seronok wpun ngeri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah kak .. rasa jugak ngeri tapi bertabah je lah . hahahaha .

      Delete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com