Khidmat Cemerlang 2013 | Terima Kasih JAKOA Perak & Kedah !

24 Januari 2014 . ika terlibat dengan Majlis Perhimpunan Awal Tahun dan Amanat Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia . so, memang tiap-tiap tahun akan ada majlis perhimpunan awal tahun nie . so, tahun nie majlis diadakan di Gerik, Perak . nun jauh di sana . wuwuwuwu .

ika nie malas la nak pegi . sebab jauh dan banyak lagi baucer elaun yang ika tak setelkan . nak kena re-check balik benda tu . tapi tiba-tiba ada pulak nama ika dalam senarai staf yang terlibat untuk ke sana T_T



dalam pada berat hati nak pegi, kemain lagi bergaya sakan . hahahaha . itupon gigih bawak surat nak bagi kat daerah . semangat bekerja habaq hang . ehhh :P

tempat pendaftaran :)

feveret photo of the day ! ^^

girls generation :P

pesen mengumpat dulu sementara tunggu vip . kahkahkah !

oh ya ! majlis haritu dirasmikan oleh Ketua Pengarah JAKOA Malaysia . 

Ketua Pengarah JAKOA :)

Pengarah JAKOA Negeri Perak & Kedah :)

ucapan alu-aluan oleh Dato' KP :)

seperti biasalah keje budak pukpuk nie bila kena dengar taklimat, mulalah dia buat macam-macam pesen muka . hahahahaha ! ingat dia tahan ke nak dengar . dengar tu memang la dengar tapi tak boleh nak concentrate . mata tak kuat . wuwuwuwu


and guess what i've got ?? hahahahaha . pekerja cemerlang untuk tahun 2013 ! hahahahaahaha . sebenarnya memang tak sangka langsung dapat benda nie . kadang fikir macam tak logik pon hadooo . iyolah . den baru kejo 1 tahun lebih kot . rasa bersalah pon hado sebab macam ramai lagi yang lebih layak .

tapi itulah namanya rezeki . Allah SWT dah tetapkan rezeki masing-masing . apa yang kita boleh buat ialah bersyukur :) syukur dengan segala nikmat yang telah diberikan . Alhamdulillah ^^



untuk majlis pada haritu, ada 8 staf jabatan yang dapat . 3 daripada ibu negeri sendiri . dan lagik 5 adalah daerah memandangkan jabatan ika kt Perak nie ada 5 daerah kesemuanya . pape pon ika ucapkan tahniah buat semua yang mendapat anugerah pada haritu . heeeee :)


ika nak ucapkan berbanyak terima kasih buat yang memilih ika . buat yang menghargai . terima kasih banyak-banyak . masih banyak yang perlu ika pelajari . masih banyak yang perlu ika kutip pengalaman . terima kasih !




mungkin ika tak layak pada sesetengah orang tapi itu rezeki masing-masing . ika masih belajar benda baru . ika masih di level beginner . masih memerlukan tunjuk ajar daripada staf-staf lain :)

pape pon, terima kasih sekali lagi buat Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Perak & Kedah :)


4 comments:

  1. Anda nak mencari kerja sambilan yang boleh dilakukan dirumah?
    Anda kemungkinan ada kemahiran untuk menjadi online freelancer.
    Pelajari cara bagaimana untuk brekerja sebagai online freelancer di rumah secara sambilan.
    Sila layari laman dibawah untuk maklumat lanjut.

    https://www.jobdirumah.com/{51712}

    ReplyDelete
  2. tahniah kaka... disebabkan terlalu cemerlang ada org nk tarik dia :(

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com