Hutan Lipur Lata Kekabu, Lenggong, Gerik

destinasi kedua ika di Gerik . lepas balik dari melawat Muzium Arkeologi, kitorang singgah jap di Pesta Makanan Tradisional Lenggong . yang tu ika tak buat entry sbb takde gambar pon yang ika amik kat sana . punyalah ramai orang . wuwuwuwu .

so, balik dari pesta makanan, kitorang bergerak ke Hutan Lipur Lata Kekabu . kat sini saja lah singgah sebab ika pon tak penah masuk dalam tu . singgah kejap je . alang-alang dah ada kat Gerik .


meh la baca serba sedikit mengenai Lata Kekabu nie .

Hutan Lipur Lata Kekabu merupakan taman rekreasi dalam kawasan Tasik Chenderoh . Jalan ke Hutan Lipur Lata Kekabu terletak kurang dari satu kilometer dari jalan utama Kuala Kangsar ke Lenggong, Perak . Papan tanda taman rekreasi ini jelas terpampang di papan tanda di jalan utama . Dengan melalui jalan yang berturap, pengunjung akan sampai ke tempat meletak kereta yang luas .


Dari situ, laluan pejalan kaki akan membawa pengunjung ke pintu masuk . Terdapat peta disediakan yang menunjukkan kawasan air terjun dan kawasan sekitarnya . Terdapat kemudahan awam yang kemas dan terjaga di taman ini . Kawasan berkelah, chalet kayu, tempat rehat berbumbung disediakan . Bilik persalinan dan tandas juga ada . Terdapat juga beberapa gerai jualan yang menawarkan minuman dan makanan pada pengunjung . Laluan pejalan kaki yang berturap konkrit dibina bagi memudahkan pengunjung berjalan antara pokok di kawasan ini .



Di penghujung tempat berkelah, air terjun setinggi 4 meter mencurah ke dalam kolam perkelahan . Terdapat jambatan gantung disediakan bagi pengunjung yang ingin menjelajah hutan di sebelah ulu .

Hutan Lipur Lata Kekabu terletak di Banjaran Bintang, dan diselaputi hutan hujan tropika, sungai yang bengkang-bengkok dan air terjun setinggi 50 meter . Ia terletak 10 kilometer dari bandar Lengging dan 25 kilometer dari Kuala Kangsar . Hutan Lipur Lata Kekabu berada di bawah penyelenggaraan Jabatan Perhutanan Perak . Kebanyakan pokok diletak tanda nama bagi memudahkan pengunjung mengenali jenis-jenis pokok yang terdapat di sini .




Laluan ini berakhir di air terjun Lata Kekabu selepas mengekori beberapa selekoh sungai . Dengan laluan mendaki yang agak landai dan mudah dilalui, kolam berdinding di bawah air terjun memudahkan pengunjung berenang .

Hutan Lipur Lata Kekabu terletak berhampiran dengan Muzium Arkeologi Lenggong, hanya 2 kilometer di laluan yang sama . credit [LINK]



time ika pegi tu orang tak ramai . tapi tu yang ika nampak kat bahagian bawah la . kat bahagian air terjun yang lain tu tak nampak pulak . tapi kenderaan banyak la jugak walaupun kawasan nie dah agak suram sebenarnya . dan seriously memang ada peniaga kat dalam tu ye . heeee

tengok air yang mengalir tu syok jee . teringin nak mandi tapi disebabkan tak bawak pakaian untuk mandi dan sebab niat sebenar nak pegi jalan-jalan je . hahahahah . ok . daaaaa :P


6 comments:

  1. Assalamualaikum, saya blogwalking kat sini, jemput datang ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...heee . thanks sudi blogwalking ke blog ika :))

      Delete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com