Gua Tempurung, Kampar, Perak

cuti 1 Januari yang lepas, housemate ika bawak ika jalan-jalan ke Gua Tempurung, Kampar, Perak . salah satu tempat yang ika nak sangat pegi dalam Perak nie . lepas dah setahun lebih dok Perak, baru dapat berjalan ke Gua Tempurung :)

so, kitorang bertolak sana dalam tengahari camtu la . panas habaq hang ! tapi apa pukpuk kesah . bila part berjalan-jalan, tak kesah hujan, panas atau pape je lah . belasah je lah . hahaha . janji dapat sampai ke tempat nak tuju ^^


nak masuk dalam Gua Tempurung nie, korang kena pilih la nak amik pakej yang mana satu sebab kalau ika tak silap, ada 4 pakej kesemuanya . so, untuk hari tu, ika amik pakej yang biasa saje sebab kitorang nak masuk jalan-jalan je kat dalam tu . lagi pulak ika berdua saje dengan housemate .



teruja kot bila nak masuk dalam nie . hahahaha ! seriously ramai la jugak buat sesi panjat memanjat dalam gua nie . ada yang ikut tour guide . macam ika, main hentam sajolah dalam tu . 



penat hoii nak panjat tangga dalam gua nie . ingat landai je . hahahaha ! sekali, amik kauuu ! panjat la ke sudah . punyalah nak masuk sangat kan dalam gua tu . hehehe . tinggi habaq hang nak kena panjat tangga tu --"




lastly, kitorang berhenti rehat kejap dekat Golden Flowstone nie . hehehe . kalau diikutkan, ada lagi kot yang kitorang kena panjat kat atas tu tapi memandangkan ika pon dah start semput, kitorang rehat, then turun semula .



naik dah satu hal . turun pon dah satu hal . hahaha ! ingat naik je yang penat ? turun pon penat maaaaa . tambah pulak untuk orang ada penyakit asthma nie . dah la inhaler tu pon tak bawak . berdoa jelah banyak-banyak dalam gua tu . wuwuwu




meh la baca sikit mengenai Gua Tempurung nie :)

Gua Tempurung ialah sebuah gua batu kapur yang terletak di Gopeng, Perak . Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa . Panjang gua ini mencapai 1.9 KM dan dioercayai telah wujud sejak 8000 SM lagi .

Gua Tempurung terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa, dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza . Selain itu, setiap kubah berbez dari segi suhu, aras air dan kandungan kapur dan marmar .

Gua Tempurung merupakan salah satu gua batu kapur terbesar di Semenanjung Malaysia . Gua Tempurung merupakan sebuah gua yang menjadi tumpuan pelancong yang merentasi satu kilometer dari Sungai Siput sehingga Kuala Dipang, dan terdiri daripada lima siling kubah yang berbentuk tempurung .

Gua Tempurung terletak di Gopeng, sekitar 24 KM selatan bandar Ipoh . Ia juga hanya 15 minit memandu dari Sungai Kampar yang juga merupakan tumpuan para pelancong untuk aktiviti berkayak atau berakit merentasi jeram . Dipertengahan gua ini terdapat satu stalagmit yang berbentuk gergasi .

Memandangkan gua ini menjadi tumpuan pelancong, kerajaan Negeri Perak telah memelihara dan memulihara kawasan gua ini supaya lebih menarik dan mesra pelancong . Gua ini kini dilengkapi lampu, tangga dan titi serta kemudahan awam lain turut disediakan . Bagi mereka yang suka aktiviti lasak, acara meredah sungai dalam gua turut diadakan .

Selain menyimpan khazanag alam, gua ini turut tertulis dalam sejarah Malaysia . Gua ini menjadi tempat persembunyian komunis pada masa dahulu daripada 1950 hingga 1960 . Manakala semenjak daripada tahun 1970, Gua Tempurung telah dijadikan lombong bijih .




kat atas nie pemandangan sekitar Gua Tempurung :)


ok . cukup setakat nie sahaja entry mengenai Gua Tempurung . jumpa di next entry pulak . daaaaa

2 comments:

  1. cikeyra tak pernah lagi sampai..huhuh T_T dapat baca pengalaman ika mcm best je kan...

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com