Galeri Arkeologi, Lembah Lenggong, Gerik

nak share satu tempat menarik untuk korang .weekend yang takde program jabatan, ika akan pegi berjalan-jalan untuk memenuhi waktu lapang . ewahhh . so, untuk minggu itu, ika ke Gerik pulak . banyak la jugak tempat menarik kat Gerik tu yang ika singgah . so, untuk entry kali nie, ika share dulu mengenai Galeri Arkeologi Lembah Lenggong, Gerik .

ika dan housemate gerak dari Tambun awal pagi . memandangkan perjalanan ke Gerik tu makan masa dalam 2 jam jugak la . disebabkan kitorang nie suka menyinggah, kenalah gerak awal . heeee .



dan ini adalah pertama kali ika ke muzium nie . hahahaha ! masa nak sampai tu kemain teruja . lagipon jalan masuk ke sana agak sunyi lah . terlintas jugak kat fikiran ika nie, betul ke ada muzium dalam nie ? ehhhh . so, meh la baca serba sedikit mengenai muzium nie .

Muzium Arkeologi Lenggong atau 'Muzium Arkeologi Kota Tampan' terletak di Kota Tampan berhampiran bandar Lenggong, Perak . Ia merupakan tapak prasejarah bertarikh 74,000 tahun dahulu .

Bandar Lenggong terletak sekitar 100 kilometer ke utara Ipoh melalui jalan Kuala Kangsar ke Gerik . Ia merupakan tapak penempatan aktiviti manusia tertua di Semenanjung Malaysia . Muzium Arkeologi Lenggong ini turut mempamerkan Orang Perak, penduduk Semenanjung Malaysia tertua dijumpai di dalam gua di kawasan yang dipamerkan di situ . Rangka ini bertarikh antara 10-11,000 tahun silam, merupakan manusia Zaman Batu, dari tempoh Paleolitik .

Muzium Arkeologi Lenggong terletak berhampiran dengan Hutan Lipur Lata Kekabu, hanya 2km di laluan yang sama . credit [LINK]



taktau pasaipa senyum cenggitu -_-


seriously banyak barang yang korang boleh tengok kat dalam nie walaupon bagi ika muzium nie takde luas sangat tapi padat dengan informasi :)



Perak Man

Orang Perak atau Perak Man merupakan rangka manusia tertua yang pernah dijumpai di Malaysia . Tulang rangka Perak Man telah dijumpai pada 1991 di dalam Gua Gunung Runtuh terletak di Bukit Kepala Gajah, di Lembah Lenggong, Hulu Perak pada ketinggian lebih kurang 105 meter dari paras laut .

Penemuan ini adalah hasil dari penyelidikan yang dibuat oleh Malaysian Archaelogical Research Centre, USM yang diketuai oleh Datuk Prof Zuraini Majid, dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia . Antara penemuan terpenting adalah rangka tulang Perak Man yang berumur antara 10,000 - 11,000 tahun .


Perak Man adalah rangka tulang manusia dari zaman batu era Palaeolithic hampir sempurna yang ditemui di Asia Tenggara dan merupakan tulang prasejarah yang mempunyai congenital deformity yang dikenali sebagai Brchymesophalangia . Perak Man telah dikebumikan dengan posisi "foetal", iaitu kedua kakinya berlipat ke arah dada dengan tangannya memegang beberapa jenis daging . Ia dikebumikan dengan beberapa peralatan batu dan beribu-ribu kerang sungai .
Melihat kepada kedudukan cara pengkebumiannya dan peralatan yang ditanam bersamanya, adalah dipercayai bahawa Orang Perak merupakan ahli penting bagi puaknya .

Perak Man adalah lelaki berumur 40-45 tahun dengan ketinggian 157cm, menjalani kehidupan sihat, memakan makanan berfiber dan berjalan dengan membongkok . Dia memiliki tangan kiri yang lemah ("atrophied") dan satu jari cacat .

Gua Teluk Kelawar terletak di Gunung Batu Kapur, Kepala Gajah . Gua ini telah membentuk beberapa tempat berteduh yang didiami oleh beberapa keluarga sejak 10,000 tahun dahulu seperti yang didapatu melalui penyelidikan yang dijalankan oleh Malaysia Archaeological Research Centre USM .

Perak Woman pula telah ditemui pada 2004 . Ia merupakan tulang berumur 8,000 tahun yang dijumpa di dalam Gua Teluk Kelawar di Lenggong . credit [LINK]

itulah serba sedikit mengenai Perak Man . Perak Man nie agak femes di Lenggong . ika pon baru tahu pasal Perak Man nie time p muzium nie . hehehe







lupa pulak nak bagitau . masuk dalam nie free sahaja . korang just tulis nama dalam buku rekod kedatangan kat kaunter depan sahaja . then, boleh la menjelajah masuk ke semua sudut dalam muzium tu . seriously best dan berbaloi .


4 comments:

  1. Nice sharing :) lepas baca entri ni banyak info pasal muzium ni saya dapat tahu termasuk la pasal Perak man rupanya dia ada IC :l

    Terlanjur di sini,jemput join giveaway sulung shafiq :) Giveaway Blogger SS

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe . itulah . ika pon terkejut . siap ada IC :))

      btw, thanks ye jemput ^^

      Delete
  2. perak men pon ade MyCard.... perhhhh

    Recent Post from MQ~Live : Romantiknya Monyet tu Naik Moto.

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com