Chennai Express | Movie 69

review movie again . weeee . movie nie dah lama tengok tapi baru ingat nak review . hahahaha . macam mana la boleh lupa kat movie nie . haishhhh . so, meh la kita tengok review nya :D

CHENNAI EXPRESS


SINOPSIS ::

Shah Rukh Khan (Rahul) , yang tinggal di Mumbai merancang bercuti ke Goa bersama kawan-kawannya terperangkap dalam kereta api dengan Deepika Padukone (Meenalochni atau Meenamma).
Neneknya suruh Rahul menenggelamkan abu datuknya di Rameshwaram tetapi Rahul bercadang menenggelamkannya di Goa. Bila neneknya turut menghantar Rahul ke stesen keretapi, maka Rahul terpaksa menukar rancangannya. Kawannya menunggu Rahul di stesen Kalyan untuk bertolak ke Goa.


Rahul tertinggal abu datuknya di dalam kereta api. Ini menyebabkan Rahul naik ke keretapi semula.Keretapi yang mula bergerak di platform menunjukkan Meenamma berlari mahu naik kereta api ditarik tangannya oleh Rahul.
Pada masa yang sama empat pemuda turut ditarik tangan oleh Rahul naik ke dalam keretapi tanpa mengetahui bahawa mereka berempat diupah ayah Meenama (Sathyaraj) menculik gadis itu yang enggan berkahwin dengan Tangabali (Nikitin Dheer).


Rahul terpaksa mengikut Meenamma ke kampungnya, Komban menemui ayahnya dan Meenamma mengakui bahawa Rahul adalah kekasihnya dan akan mengahwininya. Tangabali datang menemui Rahul dan mencabar Rahul berlawan dengannya. Jika Rahul menang, Meenamma adalah milik Rahul. Jika Tangabali menang, Meenamma menjadi miliknya.
Pada malam perlawanan itu, Rahul yang mabuk sempat melarikan diri dan diselamatkan anggota polis Sikh yang suruhnya tidur di dalam rumah. Rupa-rupanya dia tidur dalam bot nelayan yang mahu menyeludup minyak diesel di perairan Sri Langka-India.
Polis merin yang menangkap Rahul tanya Rahul adakah dia rakyat Sri Langka atau India. Dia pun jawab rakyat India. Tetapi oleh kerana tiada pasport, maka penduduk Komban yang boleh mengesahkan Rahul sebagai rakyat India.
Perkahwinan Tangabali dengan Meenamma sedang dijalankan ketika polis yang membawa Rahul tiba di rumah Azhagu ayah Meenamma.
Ini yang mengejutkan Rahul yang sampai semula di tempat tersebut. Rahul mengambil parang dan menjadikan Meenamma sebagai tebusannya. Mereka berjaya melarikan diri dari kuncu kuncu ayah Meenamma. Meenamma yang tidak mahu berkahwin dengan Tangabali memang suka dilarikan Rahul.


Mereka berdua lari ke sebuah kampung dan mereka menyamar sebagai suami isteri. Di sinilah Meenamma jatuh cinta kepada Rahul. Selepas Rahul menenggelamkan abu datuknya di Rameshwaram, Rahul membawa Meenamma ke rumah ayahnya. Di sinilah Rahul menentang Tangabali yang berakhir dengan kekalahan Tangabali.
Ayah Meenamma akhirnya merestui perkahwinan Rahul dari India Utara dengan Meenamma dari India Selatan.



Review ::

movie nie memang besttt . seriously best . heeee . sebab ada part yang sedih, ada part yang kelakar, ada part yang kita rasa cam geram . kelakar bila tengok Shah Rukh Khan yang tak tahu berbahasa Tamil . heeee . dan heroinnya seriously cunnnn woooo . jalan cerita yang menarik dan lagu-lagu dalam movie nie pon bestttt !


8 comments:

  1. best sgt! tapi nak tgk ni kena time anak2 dah tido, kalau x mmg akak xdpt nak fokus. tgk berulang kali pun xpe. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha . betol tu kak . nnt tak fokus :D

      Delete
  2. best sangat citer ni!!!! especially lokasi penggambaran dia memang subhanallah cantik yang teramat... terus rasa nak pergi rameshwaram tu hehehe

    ReplyDelete
  3. saya dah tengok movie ni..kelakar n best sgt.. :)

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com