jalan-jalan with Amani :)

baru-baru nie ika ada balik Kota Bharu setelah sekian lama tak balik sana . hahhaa . kejam pulak rasa . last ika balik masa raya puasa yang lepas . erm . lama kan ? bukan tak nak balik . . tiap kali plan nak balik je, mesti ade keje kena buat . mesti ada kursus yang ika kena attend . so, selalu postpone nak balik T_T

Alhamdulillah, dapat jugak balik baru-baru nie . 5 hari . lama la tu kan ? hahahhaa . itu pon jenuh nak apply cuti . wuwuwuwu . dapat la jugak lepaskan segala kerinduan yang bermaharajalela di jiwa dan raga nie .

kebetulan masa ika balik baru-baru nie, baru je lepas banjir . tapi still lagi hujan cuma takde lebat yang boleh menyebabkan banjir .


so, kakak ika pon bawak la ika p jejalan kat bandar Kota Bharu . punyalah lama kan ika tak balik . banyak la yang berubah dalam beberapa bulan tu . ehhhh . kitorang saje je nak p tengok tempat yang terkena banjir . hehehehe





Alhamdulillah, sepanjang 5 hari ika balik kampung, cuaca elok . panas terik . cuma ada sehari je yang hujan dari pagi sampai ke malam . hari-hari lain semuanya panas terik . Alhamdulillah . tunggu bulan 1 nie pulak ika kena balik untuk wedding seseorang . blerghhhh . hahahaha ! ^^


Read More

Tudung Bawal Kangaroo by Gad1es_H1jau Shoppe | PROMOTE

nak promote satu lagi online shop untuk korang . kali nie online shop yang jual tudung bawal pulak . disebabkan ika memang suka pakai tudung bawal berbanding shawl, jadi ika memang akan cari tudung bawal yang harga dia sangat berpatutan .

sebelum nie ika memang suka pakai shawl . tapi bila dah keje tak menentu nie, dah takde semangat nak pakai shawl bagai . hahaha . balik semula kepada tudung bawal yang mudah, simple dan murah :)

ika beli tudung bawal nie kat Gad1es_H1jau Shoppe . seriously memang sangat murah . lagi banyak korang beli, lagi murah .


kat atas tu antara tudung bawal kangaroo yang dah berjaya ika beli . heeee . nampak macam sikit kan ? semua sekali ika beli 7 helai . seriously memang berbaloi sebab kain dia best dan sangat lembut . selesa sangat bila pakai :)


haaaa . tu gambar ika pakai tudung bawal kangaroo . abaikan muka yang serabai tu . hahahaha . kalau korang nak jugak camni, boleh la ke Instagram Kak Mieyaa .


kat ig lagi banyak pilihan warna yang korang boleh buat . Insyaallah :)


Read More

Rayban Inspired Sunglasses by Petitestaz | PROMOTE

nak promote satu online shop . sebenarnya ika memang suka beli barang kat Petitestaz nie sbb owner dia friendly . sangat friendly hokeyyy . heee


so, baru-baru nie ika ada beli satu cermin mata hitam . kebetulan masa tu ika memang tengah cari cermin mata nie . so, Petitestaz pulak baru je upload gambar Rayban Inspired Sunglasses nie kat instagram . laju je ika beli . hahahaha



ika pilih warna hitam . kalau korang nak tengok yang lain, boleh ke Blog, FB dan Instagram Petitestaz nie :)







tu antara warna yang ada . banyak pilihan kan ? so, apa lagi . grab one ! hehehehe . harga sangat berpatutan :)


Read More

Padang Besar, Perlis

habis je majlis penutup bersama LGM, kitorang bergerak ke Padang Besar, Perlis . perjalanan kitorang kalau tak salah ika dalam 2 jam lebih dari Kuala Nerang tu . jauh la jugak . sempat tidoq kot dalam bas tu . ehhh !

yang nie pon first time ika pegi . so, tahap keterujaan tu agak tinggi . hahahahaha . dalam perjalanan nak ke sana pon dah dok fikir, Padang Besar tu tempat dia camne . best ke ? luas ke ? murah ke barang kat sana ? haih la ika ...


gambar dari google ^^


Alhamdulillah . masa sampai kat Padang Besar tu hujan tak lebat . cuma renyai-renyai sekali sekala . kitorang kat sana almost 2 hours . ika rasa tempat nie lebih kurang kat Pasar Siti Khadijah kot kalau kat Kelantan ataupon Rantau Panjang . camtu lah .



apa yang ika beli kat sana ? macam biasa lah . keychain dan jugak fridge magnet . itulah benda yang wajib beli . heeee . dan ada jugak kenangan ika kat sana tauuuu . ika dapat monyet nie haaa .


hahahaha ! ada orang bagi kat ika . baik kan orang tu ? hahahha . mula-mula tu memang ika nak beli sendiri . jenuh nak cari monyet nie sebab ada yang ada anak tapi tak berbulu pulak . nasib baik jumpa jugak lastly . warna merah . dan ada la bulu sikit2 . baru lah rasa gebu2 gitu . hahahaha ! tibe2 ada orang lain yang bayarkan . heeee . terima kasih banyak ye bro ! lain kali belanja lagik . wkwkwkwkw .


Read More

Lawatan Orang Asli ke Kuala Nerang, Kedah | Part 3

bersambung . . .

nie adalah part terakhir . tak banyak gambar yang ika amik sepanjang program nie . mungkin sebab cuaca tak menentu . selalunya hujan la sepanjang program nie . bukan hujan lebat cuma hujan renyai yang berpanjangan .

so, untuk part yang terakhir nie, kitorang ada majlis penutup program bersama Lembaga Getah Malaysia . majlis nie bertempat di bangunan baru LGM . bangunan nie dah siap cuma belum siap sepenuhnya lagi . ehhhh . Insyaallah akan mula beroperasi Jan 2014


sebelum majlis penutup, sempat lagi amik gambar kenangan sepanjang program lawatan orang asli ke Kuala Nerang, Kedah nie . yeahhhh ! :)


then, diorang terlibat dengan majlis penutup . disebabkan bangunan nie masih baru . perabot pon banyak lagi yang tak sampai, jadi majlis dibuat secara ringkas sahaja . 


ucapan oleh pihak LGM :)

ucapan wakil urusetia :)

ucapan wakil peserta :)

dan last but not least, gambar kenangan peserta bersama pihak LGM :)


babai Kuala Nerang . terima kasih untuk semua yang terlibat . Alhamdulillah program berjalan dengan lancar :)


Read More

Lawatan Orang Asli ke Kuala Nerang, Kedah | Part 2

bersambung . .

kalau part 1, kitorang ke Stesen Pembangunan Komoditi . so, untuk part 2 pulak, kitorang ke Lembaga Getah Malaysia, Padang Terap . yang untuk part 2 nie ika share kan dlu tentang aktiviti kitorang kat dalam ladang getah ye . untuk masuk ke dalam ladang tu, kitorang kena naik lori cam kat bawah nie .

perjalanan untuk sampai ke ladang tu lebih kurang 3km . then, bas memang tak boleh nak masuk . makanya, terpaksalah naik lori nie untuk masuk ke dalam . jalan dia agak mencabar dan yang penting, dikelilingi oleh pokok getah . hahahaha !


dan bila sampai je kat atas sana tu mulalah teruja . sebab kawasan dia luas sangat . penuh dengan pokok getah . dan masa kitorang pegi tu musim hujan . sejukkkkk sangat . dah rasa macam kat Cameron Highlands -_-

pejabat RRIM :)



di sana, kitorang diberikan taklimat mengenai pokok getah oleh pegawai dari Lembaga Getah Malaysia .




lepas dah habis dengar taklimat, kitorang dibawa ke satu tempat tanaman getah . kat sana kitorang diberikan taklimat pula mengenai cara-cara dan etika semasa proses penanaman dan penjagaan pokok getah :)





memang best join aktiviti camnie . walaupun hujan, namuk tetap ku redah . hahahaha ! nak buat camne kan . dah musim hujan time tu . pasrah je lah . lagi pulak itu semua kan pengalaman :)

bersambung . . .


Read More

Muzium Padi, Kedah :)

alang-alang dah ada kat Kedah, family kawan baik ika datang amik kat tempat ika stay time lawatan ke Kuala Nerang tu . curi-curi keluar . hahahaha ! memandangkan ada masa free sikit, so, keluar la kan . kejamnya . ehhhh


so, family diorang bawak ika ke Muzium Padi . first time ! sebenarnya ika taktahu pon ada muzium nie . bila dah nampak signboard tu, rasa teruja nak masuk . nak tengok apa kat dalam tu . yeahhhh !

memandangkan pegi time orang tengah cuti sekolah, makanya faham-faham je lah bila ramai orang . hahahaha ! time nie ika masuk kena bayar rm5 .

so, tempat pertama yang kitorang singgah kat dalam muzium tu ialah Gunung Keriang . kat situ ada platform yang akan bergerak mengelilingi satu lukisan besar yang kalau korang tengok nampak cam real ! sangat cantik . lukisan yang menunjukkan kawasan perkampungan di sekitar Gunung Keriang .



tapi platform tu memang slowwww sangat geraknya . hahahaha ! taktahu la kenapa . sebab ramai sangat orang kat atas tu ataupon sebab memang dia slow camtu sejak dari dulu lagi . ika rasa lagi cepat ika berjalan keliling platform tu daripada ika tunggu . hahahaha . tapi memang ramai sangat pon kat atas tu -_-

dah puas mengelilingi Gunung Keriang, ewahhhh . kitorang jalan-jalan pulak kat dalam muzium tu . tengok apa yang patut . heeee


kecantikan :)

makanan :)

sesungguhnya memang banyak tempat untuk diterokai kat dalam muzium tu . sampai penat kaki nie nak berjalan . hahaha . 






oh ya . kat dalam nie ada kedai cenderahati untuk korang beli la apa yang patut sebagai tanda kenangan di Muzium Padi . ika sempat beli keychain dgn fridge magnet je . habis je beli, kedai tutup . hahahaha !



dan sesungguhnya memang sangat seronok masuk Muzium Padi nie . dan sungguh rasa nak pegi lagi . ehhh !


bye Muzium Padi :')


Read More

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com