Travelog IKAPUKPUK & AYUEJEAN

hari nie nak share dengan korang blog baru kitorang . kitorang ? kitorang tu ialah ika dengan blogger AyueJean . ramai yang kenal kak Ayue nie . heeee . blog nie dah lama buat . tapi disebabkan masing-masing sibuk, so tak terpublish la . kena curi-curi masa la untuk promote sikit blog baru nie .

blog nie kitorang buat sebab both of us ada hobi yang sama ! MAKAN dan TRAVEL ! hahaha . kitorang suka jalan-jalan . melancong ke sana . melencong ke sini . ehhh . dan tak lupa jugak, kitorang nie sebenarnya kuat makan . walaupun tengokla badan kak Ayue camtu, korang jangan ingat kitorang nie bukan kaki makan . ngeeee . *kak ayue pulak yang kena . hahaha

maka, terhasillah Travelog IKAPUKPUK & AYUEJEAN nie . Insyaallah kitorang akan cuba untuk kongsikan dengan korang antara tempat menarik yang best untuk korang pegi jalan-jalan . kitorang jugak akan share tempat-tempat makan yang mabeles . dan jugak Insyaallah kitorang akan review hotel/homestay yang best untuk menginap :)

so, here we go . . .



a big thanks buat blogger Aimi sebab comelkan blog kitorang . heeee . dengan tema kaler pepel . simple dan comey . takde la kak ika nie serabut nak tengok . thanks you so much dik ! :)

so, do support our new blog . heeee :)


Read More

Pantai Batu Buruk :)

next destination sepanjang ada kat Terengganu ialah Pantai Batu Buruk . destinasi terakhir kami . tu je yang mampu pegi . itupun dah penatttt . hahaha !


otw nak pegi pantai tu, sempat lagi ika amik gambar kat atas tu . gigih kauuuu ! hahaha . kebetulan masa tu jalan tengah jammed . so, apa lagi kan . snapppp je lah kau jemah ! :)


apa yang best kat pantai nie ialah ada kuda berhias nie . teruja habaq hang ! kalau nak rasa cam princess tu boleh naik . hahaha . nak jugak naik haritu sebenarnya . tapi sebab tengah menunggu seseorang, so, tak jadi la nak naik .




pantai pon cantik . tenang je . lagipun masa tu orang tak ramai sangat . heeee . kitorang pegi dengan bas . then, time balik tu ika tak balik dengan diorang sebab umi ika datang amik kat pantai . heeee . bukan umi ika sebenarnya . umi kepada kawan ika . anaknya tengah keje . umi dia pulak yang datang jumpa ika . hahaha . punyalah umi nak sangat jumpa ika . even terpaksa curi masa . yelah . masing-masing sibuk . Alhamdulillah sempat jugak jumpa umi :)


pape pon . Terengganu yang penuh dengan kenangan . heeee . thanks umi sebab bawak ika pegi makan . pegi jalan-jalan walaupun kejap je kan sempat jumpa . Insyaallah nanti ika pegi Terengganu lagi :)

seriously macam nak pegi lagi ke Terengganu . hahaha ! banyak lagi tempat nak pegi . yang paling nak pegi, Taman Tamadun Islam ! heeeee . Insyaallah :)


Read More

Masjid Kristal :)

lepas dah balik dari Pasar Payang, kitorang pegi pulak ke Masjid Kristal . alang-alang dah ada kat Terengganu . nie pon mesti ika ke Masjid Kristal . sebelum nie tengok je orang lain pegi . heee

dari jauh tengok Masjid Kristal nie pon dah senyum lebar . heeee . cantik ! :)










haruslah masuk ke dalam masjid kan :)





masjid yang cantik . tenang sangat :)


Read More

Pasar Payang, Kuala Terengganu

alang-alang dah ada kat Terengganu, so apa lagi kan . apa salahnya kita jalan-jalan kat Pasar Payang . lagi pulak jarak antara Pasar Payang dengan Felda Residence Kuala Terengganu, tempat kami menginap tu takde la jauh sangat :)

dan ika pon belum pernah sampai ke Pasar Payang sebelum nie . kiranya tu first time la . heeee . so, meh la kita tengok apa yang ada kat Pasar Payang .

anak patung :)

periuk :)

keychain :)

barangan antik :)


makanan :)

batik :)

seriously banyak benda yang ada kat Pasar Payang nie . and seriously korang akan penat jalan dalam nie . hahaha . itupun kalau korang pusing satu Pasar Payang tu . hahahaha !

apa yang ika beli ? ika beli cenderahati untuk ofismate je . itulah benda wajib kot kalau pegi mana-mana tempat . mesti beli at least keychain ataupun FM untuk diorang :)

lepas balik dari Pasar Payang nie, kitorang ke destinasi seterusnya . ke manakah ? tunggu la next entry . hahaha ^^


Read More

Kursus Pengurusan Kewangan

kursus lagi . hahaha . ika tak tahu la nie kursus ke berapa yang ika join untuk tahun nie . macam dah banyak . ehhh . dah nama kita ada, pergi je lah kursus tu . kan ? :D

kursus kali nie diadakan di Felda Residence Kuala Terengganu . nie first time ika pegi ke felda residence yang nie . kalau negeri Terengganu, ika dah banyak kali pegi tapi tak penah la sampai ke bandarnya . hahaha

jom tengok dewan kami kursus :)





seriously selesa la dalam dewan tu cuma mak aihhh sejuk sangat kot dalam dewan tu -_- . dalam dewan tu pon korang still boleh tengok pemandangan yang superb cantik ! :)



so, berkampunglah kami di Kuala Terengganu selama 4 hari 3 malam :) 



Read More

Road to Kuala Terengganu :)

nak update pasal kursus lagi . kali nie Kursus Pengurusan Kewangan yang bertempat di Felda Residence Kuala Terengganu . so, kursus nie start pada 18 - 21 Oktober 2013 . lama kan ? 4 hari ika ada kat sana . 

so, kitorang gerak dari Ipoh dalam pukul 8 pagi lebih memandangkan perjalanan yang sangatlah jauh . kena masuk Kelantan dulu . then, baru jumpa Terengganu . perghhh ! ika kalau balik Kelantan pon dah 7-8 jam kalau naik bas . 

dalam perjalanan tu, sempatlah kitorang singgah makan tengahari kat Bukit Bunga, Jeli . hahaha . mesti ramai yang dah tahu kat Bukit Bunga ada ape kan . tempat untuk korang shopping ! hahahaha


sambil makan sambil cuci mata . berjaya la jugak rembat seketul dua anak patung . ngeeee . kitorang sampai di Felda Residence Kuala Terengganu dalam pukul 4.30 petang camtu la . tu pon sebab ada something yang come up tiba-tiba . so, tak dapat nak elak :'(




malam tu dok dalam bilik je disebabkan kelas start esok . badan pon dah letih sangat . seharian dalam kete . dari pagi sampai ke petang . need some good rest .

apa yang ika boleh kongsi dengan korang tentang Felda Residence Kuala Terengganu nie ialah hotel nie berdekatan dengan sungai . so, kalau korang dapat bilik yang sebelah sungai tu syok la sbb boleh tgk view sungai yang cantik dari dalam bilik :)




tapi seriously sejuk wooo . kitorang tido dalam bilik pon tak pasang aircond . tapi still tido siap balut-balut badan dengan selimut . hahaha . tu pon still rasa sejuk -_-

mari kita berkursus ! hahaha


Read More

Majlis Sambutan Hari Inovasi KKLW 2013

10 Oktober yang lepas, kitorang terlibat dengan Majlis Sambutan Hari Inovasi KKLW yang diadakan di TH Hotel & Convention Centre, Alor Setar, Kedah . so, pagi-pagi tu kitorang check out dan terus pegi ke TH Hotel memandangkan majlis tu mula awal .

majlis sambutan nie dihadiri oleh semua agensi yang berada di bawah KKLW termasuk lah jabatan tempat ika keje iaitu Jabatan Kemajuan Orang Asli :)


check out dari hotel bersama #PinkPo kesayangan . hahahahaa ! mana je ika pegi mesti ika bawak dia . kalau korang ada dalam friend list ika kat facebook dan instagram, mesti korang akan perasan benda nie . hahahaha !



persembahan koir daripada KEDA :)

yang kat atas tu gambar dari enset cikai ika . nak tengok banyak lagi gambar, boleh la tengok kt SINI :) kredit to KKLW . hehehe






Ketua Pengarah JAKOA Malaysia :)

itu saje lah kot yang ika nak kongsi :)


Read More

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com