too busy

kesibukan melanda jiwa . so, maaflah kalau blog nie tak ber'update' sebab ika memang sibuk sangat . kekangan masa . ouchh ! hahaha

SEPTEMBER


07.09.2013
Program Liga Futsal Belia Orang Asli

08.09.2013 - 13.09.2013
Program Transformasi Minda 
di Felda Residence Trolak, Sungkai, Perak

13.09.2013 - 17.09.2013
Kursus Asas Jabatan
di Pos Yum, Kuala Kangsar, Perak

23.09.2013
Exam Jabatan
di Putrajaya

28.09.2013 - 30.09.2013
nak berholiday kat Melaka . Insyaallah

entry pon kebanyakan ika buat yg scheduled . kalau nak harap ika taip entry tiap-tiap hari memang tak mampu la . mana nak keje lagi . nak taip entry lagi . haishhh . tu belum lagi kawen . dah kawen nanti, entah blog nie ada lagi ke tak . ehhh

Insyaallah, balik dari kursus nanti, ika akan luangkan masa untuk balas jejak korang pulak . ika minta maaf sangat kalau korang rasa ika tak pernah masuk blog korang sedangkan korang selalu masuk dan komen blog ika nie . sorry sangat :'(


Read More

the girls

last week . sebelum balik Ipoh . sempat jumpa Kak Ayue . heee . ika beli ticket on the spot . pukul 11 lebih gerak dari umah mak cik kat Hang Tuah pegi KL Sentral utk beli tiket ets balik Ipoh . sekali tiket sebelah pagi dan petang dah SOLD OUT ! seronoknyaaaaaa . so, nak tak nak kena amik tiket malam iaitu pukul 9 malam . ye, 9 MALAM . diulangi, 9 MALAM .

so, apa ika nak buat dari pukul 12 tengahari sampai 9 malam ? nak patah balik p umah mak cik dah malas sebab nak kena usung beg lagi . adehh . then, ika ajak kawan ika keluar . kitorang pegi tengok movie . Tanda Putera . oh ya, ika dah review pon . ngeeee . then , kawan ika balik lepas dah habis movie sebab dia kena keje esok nya . lagi pulak masa tu tengah hujan .

ika ada lagi dalam 4 jam untuk menunggu train ika . omoooo . boring sangat tau ! nak buat apa la kat KL Sentral tu . then, my beloved kakak sayang nie siap post kt fb tanya adik dia kat mana . apa lagi adik dia pon mulalah buat ayat touching dengan harapan kakak dia akan datang teman kat KL Sentral . hahahahaha ! 


sweet kan kitorang ? hahahahaha . setelah rundingan dibuat, berjaya jugak pujuk Kak Ayue datang KL Sentral temankan ika . hip hip hooreyyyy . seronok habaq hang ada orang nak teman . heee


Kak Ayue sampai je, kitorang pegi makan kat Kenny Rogers Roasters . my feveret ! lapaq sangat masa tu . dah la tengah hujan . lagilah rasa nak makan tu membuak-buak . makan je kat kenny tu, makan sikit dah kenyang . acting je lebih . hahaha ! thanks Kak Ayue keding sbb sudi habiskan makanan ika . ehhhh .

habis je makan kat situ, masih ada 1 jam lagi . masa berlalu agak lambat tapi takpe la sebab dah ade orang teman . weeee . takde la rasa boring sangat . kitorang pon apa lagi, mulalah nak camwhore sana sini . biasalah . isi masa lapang . peduli hape orang dok tengok pon ! hahaha . camne orang tak nak tengok, dok camwhore tengah-tengah alam kat KL Sentral tu . hahahahaahahaha !



camtulah bila kitorang jumpa . mulalah dengan perangai masing-masing . dengan Kak Ayue je ika tak malu . dengan orang lain, ika sangat pemaluuuuu . ehhh . btol lah :D

btw, thanks sangat Kak Ayue sebab sanggup meredah hujan untuk teman ika . kakak memang sweet sangat . hehehe . tunggu lah blog terbaru kitorang yang akan dipublish tak lama lagi . and do support us :)


Read More

Trick Art Museum, I-City

minggu lepas, ika ada kat Kuala Lumpur . so, disebabkan takde nak p jalan-jalan kat mana, ika dok je kat rumah mak cik kt Hang Tuah tu . then, kawan ajak keluar . mulanya kitorang tak tahu nak pegi mana . hahaha ! last-last decide pegi ict even dah banyak kali ika pegi ict . bertabah je lah .

sampai je kat ict, terus pegi masuk Trick Art Museum . oh ya ! ini kali kedua ika masuk Trick Art Museum nie . kali pertama ika masuk sini tahun lepas time museum nie baru je nak bukak . masa tu tak ramai orang pon tp time ika pegi kali kedua nie, fuyoooo ramainya orang ! 


saja je pegi masuk trick art nie sebab ika rasa diorang mesti ada tambah gambar 3D yang baru . so, apa lagi, masukkk je lah . nak masuk Trick Art Museum nie kena bayar ye . 10hengget . heeee . macam-macam ada kat dalam tu . dont worry sayang . it worth ! *kot . hahahaha

antara gambar yang ika sempat amik memandangkan ramai orang . so, nak bergambar pon, haruslah ikut turn . ewahhh










lepas dah puas pusing dalam Trick Art Museum, kawan ika ajak masuk rumah hantu . seriously ika tak pernah masuk rumah hantu . House of Horror . baru bukak rasanya . malam tu ada promotion . beli 1 tiket, free lagi 1 tiket . satu tiket kalau tak salah ika harga dia 30hengget . 

mulanya mmg taknak masuk sebab dah dapat agak apa yang jadi bila ika masuk rumah hantu . tapi bertabah je lah . orang tolong bayar, kita masuk je lah . wuwuwuwu


u know what ? ika kat entrance saje pon dah 10 minit . menggigil habaq hang ! hahaha . kuangsam punye hantu dalam rumah hantu tu . hahahaha . part yang buat ika takut bila orang dalam tu baling tangan dgn kaki yang dah patah dengan berdarah-darah tu . memang ika tahu benda tu palsu tapi seriously menakutkan .

last dia punya staf yang teman . hahahaha ! terima kasih daun keladi lah ye . lain kali takmau masuk dah rumah hantu . blerghhhh . mencik . tak suka . otw balik KL pon, dalam kete dok menggigil . nasib baik kawan ika tu pandai pulak dia menyembang sbb taknak bagi ika dok ingat hantu tu . hahahaha ! 


*next mission, wax museum . heeee
Read More

Majlis Lambaian Kasih Pengarah JAKOA Negeri Perak dan Kedah

minggu lepas *kot . ika pon dah lupa . ngeee . ika terlibat dengan Majlis Lambaian Kasih Kakitangan JAKOA Negeri Perak dan Kedah . majlis nie sebenarnya untuk our beloved pengarah . start on September, pengarah kitorang ditukarkan ke HQ pulak . 


so, majlis diadakan di Restoren Pakeeza, Ipoh . majlis kali nie ika rasa lain sangat . yes ! sangat berlainan dari majlis yang ika pernah hadir . mungkin sebab motif utama majlis nie adalah untuk lambaian kasih staf kat sini kepada pengarah .

suasana majlis pada hari tu diiringi dengan air mata staf-staf yang turut hadirkan diri dan jugak pengarah kami sendiri . its touching ! even ika baru je setahun bekerja dengan jabatan nie, tapi seriously sedih bila dapat tahu pengarah ditukarkan . baru nak biasakan diri dengan pengarah, tengok dah tukar pengarah lain .




time dengar ucapan daripada pengarah, berderu-deru air mata yang keluar . ehh . bukan ika tapi officemate ika . lalala . ika pon nangis jugak tapi sempat cover line . hahahaha ! bukan apa kang kalau ika nangis, bukan nangis je nnt, terus meraung . ehhhh

kak milah dgn gambar pengarah , ngeee



nie gambar daripada fon ika . so, tak banyak . gambar pengarah pon takde . tak sempat nak mencelah nak amik gambar . heeee . orang lain dok sibuk nak amik gambar . malas nak menyibuk sekali . pape pon, untuk pengarah ika, "cool la boss, kitorang tetap bersama boss" . hehehehehe . 


Read More

ika dan bendang

baru-baru nie ika ada ikut kakak satu rumah nie pegi rumah pak cik . pak cik actually our neighbour kat kuarters tu . tapi weekend tu pak cik ajak kitorang pegi kampung dia . so, ika pon ikut lah kakak berdua tu pegi rumah pak cik dgn mak cik kat kampung . lagi pulak itu adalah pertama kali ika ke sana . 

agak teruja bila diorang dok bercerita pasal sawah padi . just imagine yang dapat lah feeling macam dalam cerita tu . dok main kat sawah padi . ewahhh . nak buat camne . orang tak penah masuk sawah padi . hahahaha !

then, bila sampai kat kampung tu, bukan musim padi tu di ape entah . ika pon tak tahu . so, kering kontang la gamaknya kawasan tu . jadilah bendang :)





itulah gambar kawasan rumah pak cik . seee . takdak padi kan ? sedihnya ika hari tu . takde rezeki nak feeling gegirl kat sawah padi tu sambil main lintah . ehhh . 



itulah budak perempuan yang baru nak kenal bendang . kesiannya kat dia . takde rezeki nak tengok sawah padi . tengok bendang pon dah kemain eksaited sampai sanggup berpanas . tengok sawah padi nnt, camne la gamaknye ye ? hahahaha



Read More

Majlis Aidilfitri JAKOA Negeri Perak dan Kedah

minggu lepas jabatan ika adakan majlis aidilfitri . macam tahun lepas la . so, tahun nie majlis jamuan hari raya nie diadakan di daerah Batang Padang pulak . semua berkumpul kat sana . heeee .

so, sebelah pagi kitorang kena buat persiapan untuk pertandingan gerai daerah yang tercantik . masing-masing sibuk dok touch up gerai ikut unit masing-masing . best wooo :)

unit ekonomi . unit ika :)

unit kewangan :)


unit pembangunan :)



unit pentadbiran :)



kehadiran boss ^^

gerai unit kesihatan :)

gerai unit minda :)

jom la tengok gerai unit ekonomi . unit ika . hahaha . walaupun gerai unit ika tak semeriah gerai unit lain . biasalah bila dah semua nye lelaki . yang bunga nya ika sorang je kat unit tu . heeee . gerai unit ika sediakan makanan chapati yang gebu habaq hang ! mabeles ! :)



itu je gambar gerai unit ika . hahaha ! yang selebihnya korang tengok la sendiri . malas nak menaip sebenarnya . lalalalaa


our Ketua Pengarah :)

jamuan hari tu, tak makan sangat pon . sempat rembat buah je kat gerai unit pembangunan sebab takde selera nak makan . seriously :'( walaupun hari tu kan kemain mewah dengan makanan tapi dont know why kenapa sangat takde selera . tapi sempat lah jugak 3 ketul aiskrim . wkwkwkw :3


lantaklah budak tu tengok perangai tak senonoh ika . hahaha ! sedap pulak aiskrim hari tu sampai 3 ketul p telan . errrr .


dan pemenang gerai paling cun ialah gerai unit kewangan yang sememangnya cun . seriously cun . heeee . pape pon jamuan raya hari tu best sebab bila dah habis program, hujan turun dengan lebat sekali . weeee . dan ika sempat main hujan sampai lencun walaupun lepas tu nak naik train balik Kuala Lumpur . hahahaaha !

Read More

Tanda Putera | Movie 63

baru-baru nie ika ada tengok wayang . sementara nak tunggu tren balik Ipoh, so kawan ika teman la ika p tengok wayang . mulanya nak tengok KL Zombi . tapi nak kena tunggu lama pulak . so, kitorang decide untuk tengok Tanda Putera :)

TANDA PUTERA


SINOPSIS ::

Filem Tanda Putera mengisahkan persahabatan akrab antara Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak dan timbalannya, Tun Dr Ismail yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan masing-masing bagi memulihkan keadaan negara ekoran peristiwa hitam 13 Mei 1969 . 

Tun Razak terpaksa menyimpan rahsia mengenai penyakit leukemia yang dihidapinya kerana tidak mahu keluarga tertekan dan bimbangkan keselamatan negara . Mereka berdua berkongsi doktor . Bilik bacaan di rumah Tun Dr Ismail menjadi klinik rahsia bagi rawatan mereka oleh Dr Macpherson, tanpa pengetahuan sesiapa termasuk kaum keluarga Tun Dr Ismail sendiri .

Mereka memiliki aura yang kuat . Kecekalan dan keazaman mereka telah menangkap imaginasi pelajar seperti Zarah, tenaga pengajar, Kara dan anak muda, Zaman . Tun Razak dan Tun Dr Ismail mencorakkan warna hidup warga hidup warga muda seperti pelajar dan tenaga pengajar di institusi pendidikan tinggi ketika itu serta mereka yang bertugas di pejabat .


seriously filem nie best . sebab dapat banyak input . dapat tahu apa yang berlaku masa dulu-dulu . dah la masa tu ika belum lahir lagi . so, eksaited sangat bila tengok filem nie . part bila Tun Abdul Razak tu sakit sangat menyedihkan . tak rugi tengok filem nie . heeee . 

happy watching !


Read More

Bayan Lepas, Pulau Pinang | Part 6

entry terakhir di Pulau Pinang . yeayyy ! finally . hahahaha . so, untuk hari terakhir di Pulau Pinang, kitorang ada majlis penutup Program Transformasi Minda Masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Tiang, Gerik .

so, untuk majlis tu, ika kena jadi emcee . dengan tabah hatinya ika jadi emcee . hahahah ! tengok gambar je lah ye . heeee


ucapan oleh Penghulu :)


ucapan oleh Timbalan Ketua Pengarah :)



wa yg pendek :'(



peserta lelaki :)

peserta perempuan :)

Alhamdulillah, majlis pada hari tu berjalan dengan lancar . dan emcee pon dengan rendah hati mintak maaf la sbb ada certain words yang salah sebut or apa-apa kan . wa gigil lu . hahahaha . terima kasih untuk semua yang menjayakan program kali ini :)



Read More

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com