TH Hotel, Pulau Pinang

entry kali nie nak pomot sikit hotel yang ika menginap baru-baru nie masa kat Penang . disebabkan pergi sana untuk program bersama masyarakat orang asli, so memang semua dah diuruskan oleh urusetia kami .

so, kat sana ika menginap di TH Hotel, Bayan Lepas, Pulau Pinang . first time p sana, terus sesat . hahaha ! tapi kira ok lah sebab sesat beramai-ramai . ewahhhh



meh la ika review sikit bilik yang ika dok sepanjang ika kat sana .







apa yang ika boleh bagitahu korang, seriously bilik kat sana best ! selesa sangat . dan yang paling best ialah luas ! siap boleh golek-golek lagi kat tengah tu . hahahaha! dan makanan pon sangat sedap ! Alhamdulillah :)



Read More

hello Penang !

baru dapat update tentang Pulau Pinang . heeee . baru-baru nie ika terlibat dengan program untuk masyarakat orang asli . so, program tu diadakan di Bayan Lepas, Pulau Pinang . ika sangat eksaited sebab first time ika sampai ke Pulau Pinang . first time ! :)


tahap keterujaan yang melampau . hahaha ! nasib la p sana dengan abang-abang ofis nie . diorang tahu ika first time p Pulau Pinang . so, bila dah ada kat jambatan Pulau Pinang tu, diorang perlahankanlah kete tu . bagi can ika amik gambar . hahaha . budak baru nak kenal Pulau Pinang camtu lah . lalalala


then, bila sampai Pulau Pinang, abang-abang ofis nie bawak ika p makan cendol dan jugak laksa Penang . sedapppppp baq hang . tambah pulak yang laksa tu . seriously sangat lah sedap . bab cendol nie ika kurang sikit . tp cendol tu pon sedap . hahahaha

nanti lah ika update entry program ika kat penang tu nanti ye :)



Read More

happy 26th birthday kakak !

happy birthday buat kakak ika tersayang, Kak Ain . today is your birthday kakak ! :)


nie lah kakak ika . nama dia Noor Ain yang bermaksud cahaya mata . haaaa . dalam gambar tu, 2 orang cahaya mata kakak ika . weeee . 

kakak ika yang nie adalah kakak yang paling rapat dengan ika . kakak yang sentiasa ada bila adik dia sedih . kakak yang sentiasa ada bila adik dia kemain happy . kakak yang sekepala dengan ika . kakak yang sangat faham ika . love u lah kak ain sayang .

terima kasih banyak-banyak kak ain sebab sanggup dengar adikmu ini dok membebel . marahkan orang lain tapi kak ain yang jadi mangsa . hahahaha . nasib la kakak faham adik nie . siap tanya, "nak kak ain buat qah happy lagi ke ? " weeee . that's my kakak kesayangan :)


happy birthday yang ke 26 tahun buat Kak Ain . semoga sentiasa mendapat rahmat dari Allah swt . semoga Kak Ain happy selalu di samping suami, anak-anak dan our family ! :)



Read More

Lunch di Pak Hailam Kopitiam, Silibin

entry kali nie pasal jalan-jalan cari makan . yeayy ! dah lama tak update entry jalan-jalan cari makan nie . so, kali nie ika p makan kat Pak Hailam Kopitiam, Silibin, Ipoh, Perak . oh ya ! nie first time ika makan kat situ . itupon Kak Haida yang bawak . heeeee


apa yang special kat sini, korang hanya perlu tulis makanan dan minuman yang korang nak tu kat kertas yang dah disediakan pon . then, korang tekan button CALL cam kat bawah nie . huhuhu . nanti ada la pelayan yang akan datang amik kertas tu . huhuhu


antara makanan yang telah pon kitorang 'ngap' hari tu . hahaha !




ika makan nasi goreng ye hari tu . haaaa . dalam gambar kat atas nie . disebabkan terlampau lapar, makanya nasi adalah pilihan terbaik ! hehehe . Alhamdulillah, nasib baik la nasi tu sedap baq hang . huhuhu



overall, makanan kat sana sedap la jugak . harga pon berpatutan dan yang penting HALAL :)




Read More

Wordless Wednesday #35


saja nak tayang gambar kiteeee masa demok . ehhhh
Read More

AR Warna Warni | PROMOTE

hari nie ika merajinkan diri untuk promote satu lagi blogshop untuk korang . blogshop kali nie tentang quilling . tahu tak quilling tu ape ? quilling tu yang pakai kertas tu, then korang buat macam-macam bentuk la guna kertas tu . ehhh . betol ke tak ek ? hahhaha



so, meh tengok antara hasil dari AR Warna Warni :)






so, amacam ? cun tak ? huhuhu . kalau korang rasa nak order jugak, boleh la klik AR Warna Warni . kat page AR Warna Warni lagi banyak yang korang boleh tengok antara hasil keje owner .



Read More

setahun !

Alhamdulillah, hari nie genap sudah setahun ika bekerja di Jabatan Kemajuan Orang Asli :)


27.08.2012 - 27.08.2013




Alhamdulillah, masih lagi bertahan . heeeee . dan Insyaallah akan tetap bertahan . sepanjang setahun nie dah banyak ika lalui . banyak kenangan manis . syukur sangat . kenal ramai orang . dapat masuk perkampungan orang asli . seriously best :)


berbekalkan eye bag melampau, ku gagahkan kaki untuk terus bekerja . hahahaha ! :)



Read More

Jamuan Aidilfitri Bangunan Kerajaan Persekutuan Ipoh

minggu lepas, ofis ika ada terlibat dengan Jamuan Aidilfitri Bangunan Kerajaan Persekutuan . so banyak la jabatan lain yang terlibat yang mana jabatan tu adalah dalam bangunan yang sama dengan jabatan ika nie . ehhh ? faham dak ? sbb ika sendiri pon pening . hahahaha

antara jabatan yang terlibat, JAKOA, SPR, KKLW, Gemilang, dan LPPNK . so, nie semua yang pejabat kat Ipoh la . hehehe . so, memang tiap-tiap tahun ada jamuan hari raya . tahun nie tahun kedua ika join jamuan hari raya nie .

meh la tengok gambar . nie pon amik dari Kak Haida . hahahaha !







  

gelojohnya -_-



  

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar . dan sangatlah mengenyangkan . huhuhuhu . dapnye makan satayyyy :)




Read More

sebelum dan selepas

hari nie ika dapat souvenir daripada Kak Najibah . souvenir dari Pulau Langkawi . semalam dapat cekelat dari kakak-kakak satu rumah . mabeles . bertambah rongak gigi nie . hahahaha !


so, apa yang sebelum dan selepas ? meh tengok souvenir daripada Kak Najibah . ika dapat cekelat telur ! comey sangat :)

SEBELUM


SELEPAS

love it too much ! best sangat kan bila orang treat kita cam budak-budak . hahahaha ! btw, thanks Kak Najibah, Kak Milah dan Kak Izan . you're the best kakak . hiksssss :)




Read More

Chocolate by LuvLy Pinky Choco Wrapper | PROMOTE

kalau korang perasan, ika selalu promote satu blogshop nie . hehehe . LuvLy Pinky Choco Wrapper . kenape ye ? sbb ika selalu beli coklat dengan owner dia . hahahaha ! sbb lagi owner dia satu ofis dengan ika . sbb lagi senang la ika takyah nak bayar online bagai . kan ? 

so, kali nie ika order satu lagi coklat untuk bagi hadiah kat sorang blogger nie sempena birthday dia bulan Julai yang lepas . 




coklat nie ika hadiahkan pada Kak Lala . comelkan ? so, kalau korang nak hadiahkan coklat pada yang tersayang atau tak tersayang ke, boleh la p skodeng LuvLy Pinky Choco Wrapper . macam-macam pilihan korang boleh pilih :)



Read More

Iftar SMK Agama Tok Bachok

entry iftar bulan puasa yang lepas . baru nak update . hahaha ! tapi tak kesah lah . yang penting update . heeee . so, 2 hari sebelum raya, ika ada join iftar dengan budak-budak sekolah menengah ika dulu . mula-mula tak nak join sebab kurang sihat time tu . then, bila difikirkan balik, bila lagi kan nak jumpa kalau bukan time tu ? so, gagahkan juga lah p ke iftar tu .

malam tu kitorang berbuka puasa di Restoren Four Seasons, Jalan Sri Cemerlang, Kota Bharu, Kelantan . nasib baik la time tu ika dah ada kat Kelantan . hehehehe . disebabkan malas nak taip entry panjang-panjang, so tengok gambar je lah ye . hahahaha !



the girls . the boys ?



dan yang paling istimewa . . .


gambar kat atas nie adalah gambar kawan baik ika sepanjang ika bersekolah di SMK Agama Tok Bachok . ika dah lama sangat-sangat tak jumpa diorang . seriously . bila jumpa malam tu, rasanya hanya Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya . Alhamdulillah :)

Amni :)

Naqiah :)

Ain :)

Ainul :)

Zati :)

bila dah jumpa ramai-ramai camnie, barulah semua tahu yang ada yang bakal doktor, cikgu, peguam, engineer dan banyak lagi lah kan . happy sangat malam tu . terima kasih Ya Allah :)

Insyaallah ada masa nnt, kita akan jumpa lagi .



Read More

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com