Iftar di Hotel Seri Malaysia, Ipoh

minggu lepas ika ikut housemate ika p berbuka kat Hotel Seri Malaysia, Ipoh . first time ika p hotel tu . sebenarnya p teman housemate meeting . sekali dengan ika terjebak berbuka kat situ . sebab lepas berbuka tu, ika kena naik train ke Kuala Lumpur .



jom lah tengok apa yang sempat kitorang makan kat sana . 









betapa banyaknya . kan ? hahahaahah . btw, makanan yang disediakan memang sedap woooo . malam tu pergi Kuala Lumpur dengan perut yang kenyang . hehehe . Alhamdulillah rezeki dari Allah SWT :)
Read More

Wordless Wednesday #34


cendera dari hati :)
Read More

Suka Rasa | PROMOTE

nak promote satu lagik online page . kali nie bab makan pulak . ika dah 2 kali tempah dengan diorang nie . so, ika nak kongsikan pulak dengan korang especially yang tinggal di Kota Bharu, Kelantan .

kali nie ika promote Suka Rasa . Suka Rasa nie buat kek . macam-macam jenis kek ada . korang just inform je korang nak kek yang macam mana . Insyaallah owner dia akan buat . 


ika dah 2 kali tempah kek dengan Suka Rasa nie . kek utk birthday ika tahun lepas dan tahun nie . sangat berpuas hati . rasa sedap ! :)



so, kalau korang rasa nak tempah jugak untuk apa-apa event, just inform Kak Sue . tapi kena inform awal-awal . biasalah fully booking tu kan . hahahaha


dan owner dia, Kak Sue nie tersangatlah friendly ! heeee . oh ya, kalau korang nak tengok hasil Kak Sue yang lain-lain, korang boleh tengok kat fb Kak Sue . semua cantik ! :)


Read More

Novel 66 :: Suami Yang Kubenci - E-man Sufi

done baca seketul lagik novel . gigih ika baca novel yang nie . hahahaha . sampai tertido sambil pegang novel . ehhh

SUAMI YANG KUBENCI - E-MAN SUFI


SINOPSIS ::
Perkahwinan antara dia dan Uwais Ukasyah bagaikan duri yang mencucuk tangkai hatinya.Dia bencikan lelaki itu kerana baginya seorang penjual burger tidak layak untuk memilikinya sebagai seorang isteri. Kalaulah bekas tunangnya Tengku Muiz tidak menconteng arang pada maruah keluarganya. Pasti perkahwinan ini tidak akan terjadi. Ditelan juga rasa pahitnya pernikahan itu
Hannah Maryam, Nama secantik wajahnya. Namun sayangnya..cantik itu hanya pada wajah bukan pada hati!. Kebencian isterinya itu hanya disanggah dengan kesabaran. Dia sedar dia bukan putera raja mahupun jutawan ternama. Uwais Ukasyah berpegang pada kata hati..satu hari nanti dia akan pastikan dia bukan lagi suami yang dibenci. Penjual burger juga layak untuk dicintai!
Mampukah rumahtangga Hannah Maryam dan Uwais Ukasyah bertahan tanpa permulaan yang begitu indah? Kehadiran Fawaz pula menambahkan lagi kekeruhan rumahtangga yang berantakan.. lakonan demi lakonan dimainkan. Kemana hala tuju pernikahan mereka? atau mungkin perceraian jalan penyelesaian terbaik.

"Terima Uwais? Kau buat lawak ke apa ni? Malaslah aku nak cakap pasal dia…." Bila nama Uwais disebut, dia mula rasa kurang senang. Dia masih tidak boleh lupakan pergaduhan beberapa hari yang lalu. Pasal burger pun nak marah orang, macamlah sedap sangat burger dia tu....

"Lawak apa pulak, kan elok kalau kau mula berfikir pasal masa depan kau dengan dia? Korangkan dah jadi suami isteri...."
"Masa depan? Aku ada masa depan ke dengan lelaki macam tu? Kerja pun jual burger... masa depan apa yang dia boleh bagi kat aku, Maira?"
"Astaghfirullah.... Mengucap Hannah, tak baik kau cakap macam tu…!"
"Kau nak aku cakap macam mana lagi, Maira? Kau nak aku bersyukur dapat suami macam tu? Kau faham tak yang aku tak boleh terima cara hidup dia tu? Dia tu low class, kau tahu tak?"

seriously novel nie memang best ! first time ika baca novel sampai tergelak-gelak . hahahaha . kelakar sangat perangai si Hannah dgn Uwais tu bila bergaduh . tapi still sweet ! heeeee . walaupun pada mulanya Hannah tak suka kat Uwais tapi itulah kan . berkat kesabaran Uwais, akhirnya Hannah dapat terima Uwais seadanya walaupun dia hanya penjual burger :)



Read More

Kad Raya 2013 | 2

Alhamdulillah, ika dah selamat mendapat kad raya kedua untuk tahun nie . ehhh . harap banyak lagi kad raya yang akan muncul . hahahaha . so, kali nie kad raya yang ika dapat nie daripada blogger Shida Radzuan .


thanks ye Shida sebab sudi bagi kad raya untuk ika . hehehehe . kalau ada kesempatan, Insyaallah kita akan jumpa . dekat je kan sebenarnya tapi masa tak mengizinkan . ececece . lagipun ika nie suka berjalan . merayap je keje ika nie . bukan lekat kat Ipoh tu . hahahaha . one day ye Shida :)


kad raya Shida pon dah selamat ika tampal kat meja ika di ofis nie . tak lama lagi makin meriah la meja ika nie . hehehe . btw, thanks again ye Shida :)

Salam Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin :)



Read More

DUT ! dah setahun la :)

26 Julai 2012 - 26 Julai 2013 . genap satu tahun usia perkenalan dengan kamu DUT . mungkin kamu tak tahu atau kamu tak ingat . tapi ika ingat . walaupun benda nie tak penting buat kamu DUT, tapi ika nak jugak pentingkan dia . ehhh .

ika nak ucapkan selamat ulangtahun perkahwinan perkenalan buat kamu DUT . terima kasih la sebab masih berkawan dengan ika sampai sekarang . walaupun dah macam-macam perangai yang tak senonoh pada ika nie ika dah tunjuk . tapi still lagi kan sampai sekarang berkawan .


ika doakan semoga DUT berjaya dengan apa yang DUT usahakan . ika harap DUT jaga diri baik-baik ye . jaga kesihatan . keje pon keje jugak tapi please la take care yourself . takmau la sweet-sweet kat sini . kang tak pasal-pasal ada yang muntah darah . just ingatan sebagai seorang sahabat kepada sahabatnya :)

ika jugak nak mintak maaf sbb ika kan banyak buat salah . ika terkasar bahasa tapi rasanya bukan TER . memang mengasarkan bahasa pon dengan kamu DUT . pape pon ika nak mintak maaf jugak . siapa tahu kan apa yang akan jadi masa depan . manalah tahu kot kita dah tak jumpa lepas nie . kot tiba-tiba ika TERbeli no fon baru . kot ika terDELETE fb ika . hahahaha !


btw DUT, love u . dan kalau lepas nie ika tak mesej, ika tak wechat, ika tak call, fahamlah bahawa ika memang sedang jauhkan diri . dari dulu sampai sekarang ika cuba dan ika harap satu hari ika berjaya jugak buat . heeee . wish me luck ye !

ika doakan DUT hidup bahagia dengan yang tersayang . Insyaallah . apa yang dah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku, ika mintak maaf . love u much . btw, Happy Birthday in advance DUT ! tunggu la hadiah dalam perjalanan ke sana .

* kena guna nama DUT sbb takde sape tahu sape DUT tu . hahaha




Read More

Nuzul Al-Quran

17 Ramadhan 1434H . hari nie Nuzul Al Quran . disebabkan ika bekerja di Ipoh, Perak, maka hari nie ika bercuti . heeee . dan tatkala ini ika sedang berada di Kuala Lumpur . ececece . so, jom kita baca apa yang dimaksudkan dengan Nuzul Al Quran .


Peristiwa Nuzul Al Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab Al Quran yang ada pada kita hari ini . Peristiwa Nuzul Al Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke 41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW . Perkataan 'Nuzul' bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah . Bila disebut bahawa Al Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia Al Quran .

'Al Quran ' bererti bacaan atau himpunan . Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya . Kalimah Al Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata 'Al Quran mukjizat akhir zaman' atau 'Al Quran yang mempunyai mukjizat' . Malah inilah sebenarnya kelebihan Al Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam Al Quran . Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam Al Quran . 

Firman Allah :
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan) . (Al-An’am : 38)
Al Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia . Segala isi kandungan Al Quran itu benar . Al Quran juga dikenali sebagai Al Nur bererti cahaya yang menerangi, Al Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan Al Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan .

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat Al Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al 'Alaq .

Maksudnya :
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (Al-‘Alaq : 1-5)

credit HERE :)

Salam Nuzul Al Quran buat semua .



Read More

Minart Creative Solution | PROMOTE

kali nie ika nak promote satu lagi page kat fb . disebabkan ownernya sendiri yang mintak tolong ika promotekan, so, ika berbesar hati untuk tolong dia . lagi pulak dia baru nak berkecimpung . *kot . hahahaha . sebenarnya owner dia ialah senior ika time ika study kat UiTM Machang, Kelantan . sekarang dia dah habis degree . then, buat satu service base on apa yang dia belajar . cool kan ? :)




ika akan ceritakan serba sedikit tentang page nie untuk memudahkan dan bagi korang faham la diorang nie sebenarnya buat ape and service ape :)


Location : Tb-8, Blok F8,
Taman Melati Kawasan 8,
53100 Setapak,
Kuala Lumpur.

Email : minartcreative@gmail.com


Minart Creative Solution menyediakan perkhidmatan yang mana kebanyakan dalam Multimedia la . sebab owner dia belajar multimedia . heeeee . so, antara service yang diorang sediakan ialah :


  • Website Design/System
  • Flash Design
  • Graphic Design (Business Card/Banner/Leaflet & etc)
  • Photography/Videography
dan sekarang, sempena Hari Raya yang bakal tiba, diorang ada buat promosi untuk tempahan kad raya CUSTOM MADE ! so, kalau korang berminat untuk tempah, korang boleh  direct contact kat diorang nie ye :)


bukan setakat kad raya yang korang boleh tempah, banyak lagi kan ? sampul duit raya, kalendar dan jugak paper bag pon korang boleh tempah . kalau bukan untuk raya, tempah untuk apa-apa event masa hadapan nanti pon boleh . Insyaallah, diorang akan sediakan service yang terbaik untuk korang :)



Read More

Iftar JAKOA Negeri Perak dan Kedah

minggu lepas ika join Iftar JAKOA Negeri Perak dan Kedah . tu nama jabatan tempat ika keje . hahaha . sbb ade yang tak tahu apa itu JAKOA . JAKOA tu Jabatan Kemajuan Orang Asli . heee

baru-baru nie ada Iftar untuk staf-staf JAKOA Negeri Perak dan Kedah . so, ika pon joinlah sekaki . lagi pulak kedua-dua kakak housemate ika pon join . malas nak dok rumah sorang-sorang . errr . so, Iftar kali nie diadakan di Impiana Hotel, Ipoh . 

meh la tengok beberapa ketul gambar masa iftar tu . serius tak banyak . sbb sibuk dok makan . sibuk jadi babysitter . heeee


kitorang diberikan gelang nie untuk masuk kat tempat iftar tu . macam nak g theme park kan ? hahhahaha . nie semua bagi mengelakkan kot la ade orang tipu kan . orang lain bayar, dia pulak sedap-sedap p makan free . 



yang kat atas nie pulak gambar anak salah sorang staff . nama dia Iffat Fayyadh . comel kan ? hahahaha . pakat dok berebut nak dukung budak comel nie . hehehehe . last-last cik ika kan temankan iffat tidoq . nasib baik cik ika nie tak join sekali tidoq . hahahaha


the musician . dari sebelum berbuka sampailah dah berbuka, diorang dok main alat musik tu . musik yg sebelum berbuka tu kemain tenang je . sayup-sayup je sampai nak terlentok . yang lepas berbuka tu, haaaaaa . baru up sikit . dah ade semangat sikit . hihihi

with my kakak :)


dan Alhamdulillah, dapat cenderahati dari Kelab Sukan dan Kebajikan . cantik kan dia punya balang tu . kaler pink ! hahahaha . seseungguhnya makanan malam tu sangat sedap . sungguh menyelerakan dan sungguh memenuhkan perutku . haishhhh . 

pape pon ika sangat seronok . tahun nie ika dapat banyak pengalaman baru . pengalaman iftar dengan masyarakat orang asli . pengalaman puasa jauh dari family . pengalaman berdikari . huks . dah besar rupanya ika nie . ehhh
Read More

get well soon Atok

baru-baru nie ika dapat berita daripada sepupu ika yang mengatakan atok ika dimasukkan ke wad . dah lebih seminggu atok ika kat wad di hospital kat Kuantan . ika nak balik sana pon jauh sangat . Ipoh - Kuantan . lagi pulak ika dah amik tiket balik raya nanti . ika akan ke Kuantan pada 2 Ogos nanti . ermm .

then, semalam kak long ika whatsapp gambar atok ika nie masa dia p melawat atok kat hospital . tersentap jugak lah bila tengok gambar atok nie . terus ingat kat arwah papa ika . erm .





ika nak minta jasa baik korang untuk doakan semoga atok ika kembali sihat cam dulu . ye . atok ika nie sebenarnya kuat walaupun dia dah tua . tapi still masih kuat . bila tengok dia terlantar kat katil hospital nie, sayu rasa hati . nak pulak bulan puasa nie . 

get well soon atok . tunggu ika balik sana ye . Insyaallah . love you atok :')


Read More

Wordless Wednesday #33


"memory"
Read More

Iftar KOA Awal, Kuala Kangsar

entry kali nie ika nak kongsi dengan korang kampung orang asli yang kedua ika join Iftar . minggu lepas ika ada join iftar di Kampung Orang Asli Awal, Kuala Kangsar . kampung nie first time ika pegi sebenanrnya . sbb banyak lagi kampung yang ika belum jejakkan kaki nie . heeee

so, ika berpeluang untuk menjejakkan kaki ke sana sempena Iftar bersama penduduk kampung tersebut . jom tengok gambar sekitar Iftar :)









credit gambar kat atas nie semua kat JAKOA Perak dan Kedah & Kak Misha . kampung nie tak ramai penduduk . tapi best sebab ada sungai :) jom tengok gambar makanan pulak . hahahaha . yang nie ofkos la dari kamer cikai ika . hiks






best . tambah satu lagi pengalaman baru . yeay ! next, kampung mana pulak ? :)



Read More

Novel 65 :: Usai... Aku Terima Nikahnya - Umie Nadzimah

kalau kelmarin, entry pasal tengok movie kat rumah . so, hari nie entry baca novel pulak . itulah yang jadi bila malas nak keluar jalan-jalan . tambah pulak bulan puasa nie . lebih baik dok kat rumah :) sambil goyang kaki kat rumah, dapat jugak ika habiskan seketul novel .

USAI... AKU TERIMA NIKAHNYA - UMIE NADZIMAH


SINOPSIS ::

Puteri Nur Aina, tidak pernah mengharapkan kehidupan indah di atas pernikahan terpaksanya dengan Iskandar hafiz. Baginya perkahwinan ini adalah penyelamat kepada dirinya yang derita dan dikongkong oleh keluarga angkatnya. Takdir telah menentukan mereka suami isteri telah jatuh cinta dan melalui fasa bahagia alam rumah tangga.
Namun, episod gembira cinta mereka tidak disenangi oleh beberapa pihak yang menyebabkan Iskandar Hafiz amat tertekan. Lalu keputusan yang diambilnya secara tidak sengaja telah menyebabkan Puteri Nur Aina sedih lagi terluka.
Dalam masa yang sama muncul sahabat baik Iskandar Hafiz, Megat Khalif yang telah jatuh cinta pada Puteri Nur Aina pada pandangan pertama lagi, dan sanggup berkorban apa sahaja demi melihat 'puterinya' tersenyum bahagia semula.
Dia tidak berputus asa menunggu sehingga Puteri Nur Aina dapat melupakan Iskandar Hafiz dan menerimanya dengan sepenuh hati. Malangnya, apabila Puteri Nur Aina mula menerimanya, Iskandar Hafiz kembali menagih kasih....
Puteri : "Hadirmu bagaikan seorang wira, menyelamatkan aku dari lembah sengsara, yang mengajar apa itu rasa cinta dan erti perasaan. Namun, yang seorang lagi cukup sempurna, setia mengubati lukaku, sentiasa ada saat aku memerlukan. Tanpamu aku lelah..."
Abang Is : "Kau bukannya yang pertama di hati, namun kaulah perempuan pertama aku nikahi, sehingga lidahku menjadi kelu untuk menyebut nama yang lain, menjadikan hanya dirimu perempuan terakhirku..."
Khalif : " Rasa cinta padamu tidak pernah pudar, walaupun nyawa bercerai dengan badan. Apa yang kuinginkan, hanyalah kebahagiaan dirimu, Puteriku...."
Apakah kesudahan kemelut kisah cinta mereka? Temui jawapan akhirnya dalam Usai.... Aku Terima Nikahnya

novel nie best ! ika tak tipu . kalau best ika cakaplah best . kalau tak, ika terus cakap tak best . hahaha . bila baca novel nie, ika akan berharap yang at last Puteri tu akan kahwin dengan Khalif . oh ya, novel nie pasal perebutan harta . so, Puteri terpaksa kahwin dengan Iskandar sbb mak Iskandar nakkan harta peninggalan yang ada pada Puteri .

tapi, itulah kan . Iskandar tu kesian pulak . tersepit kat tengah-tengah . antara mak, isteri dan awek . hahahaha . nasib baik ada Khalif yang baik hati . makin lama baca, makin eksaited nak tahu kesudahan . heeeee



Read More

Kad Raya 2013 | 1

kalau tahun lepas, ika dapat 25 keping kad raya, tahun nie merasa sekeping pon dah cukup bermakna . hahaha . mana taknya . tahun nie ika sibuk dengan keje ika . blog pon hanya menjengah bila ada kelapangan . biasanya ika akan buat entry auto post . serius . memang tak ada masa :'(

dan disebabkan itu jugak, tahun nie ika tak berkesempatan untuk buat kad raya versi Cik Rongoks yang kiut nie . ehh . hanya mampu tengok dari jauh je orang dok post entry kad raya . sbb tahap jeles yang melampau, nak jugak post entry kad raya nie . hahahaha

kad raya pertama yang ika dapat tahun nie dengan harapan ada lagi kad raya yang akan menyusul lepas nie . hehehee . kad raya daripada blogger Eqbal Zack .takkan tak kenal kot ? tahun lepas ika dah dapat . Alhamdulillah, tahun nie dapat lagi :)


thanks ye abg eq . ika dah tampal kat meja ika kad raya abg eq . tiap-tiap hari pandang kad raya abg eq . hahaha . Insyaallah tahun depan ika akan cuba melapangkan masa untuk mengeposkan kad raya . 

Salam Aidilfitri .
Maaf Zahir & Batin :)



Read More

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com