I-City Kinta River Front

jom kita jalan-jalan lagik ! kali nie ika nak kenalkan satu lagi tempat menarik di Ipoh, Perak . yeahhh ! dah hampir setahun ika dok Ipoh nie, baru berkesempatan p tempat nie . bukan kat Shah Alam je ade I-City . kat Ipoh pon ade . hahaha !

kalau korang nak tengok I-City kat Ipoh nie, korang boleh pegi ke Hotel Kinta River Front . ict nie betul-betul depan hotel tu . cantik ! first time pegi, punyelah teruja . hahaha . siap ada jambatan bagai kat sana .








cantik kan ? ok . jangan jeles tau . kahkahkah ! 




Read More

Program Anak Angkat di Pos Kuala Mu | Day 2

untuk tidak melengahkan masa . ececece . dah macam emcee pulak . sementara ade mood nak update blog nie, marilah kita update sampai lebam biji mata . ehhh . so, entry nie bersambung dari entry yang nie ye adik kakak abam semua :)

untuk hari kedua nie lah sebenarnya program . so, hari kedua nie banyak aktiviti yang diadakan . malas nak story panjang berjela . tengok gambar jelah ye .



kelas dewasa :)


rawatan gigi :)


tugas ika pada hari tu ialah buat persiapan di Pusat Pentadbiran RPS Legap . persiapan sementara menunggu tetamu datang . nie adalah pertama kali ika join program besar camni . sebab itulah ika kaku .



chentong :)

persembahan chentong nie memang femes dalam masyarakat orang asli .ika pon suka tengok diorang main ketuk-ketuk buluh tu . hehehe . satu lagi nama dia sewang . sewang tu tarian . yang tu pon syok ! :)



kat bawah nie ialah taklimat mengenai air terawat .




ok . itu je yang ika nak share . punyelah pemalas ika nie ohoiiii ! hahahaha . mood blogging dah ke lautan dalam . harap mak long :)



Read More

Wordless Wednesday #32

setelah 4 bulan tak buat entry wordless wednesday .


kahkahkah !

Read More

Program Anak Angkat di Pos Kuala Mu | Day 1

ok . baru nak update . huhuhu . sibuk betul mak jemah nie -_- . ekceli nie nak update program kat Perkampungan Orang Asli Kuala Mu . kalau sebelum nie ika just tunjukkan perkampungan tu . so, kali nie ika pegi untuk persiapan program pulak .


gambar kat atas tu time kitorang terpaksa berhenti jap sbb masalah dengan kete . biasalah naik bukit, turun bukit nie . huhuhu . so, macam biasa . bila ade program kat kampung orang asli, kitorang akan bermalam di sana . syok ooo . sejuk je . heeee

program nie melibatkan ATM dan jugak JAKOA . so, kitorang punye keje ialah menyiapkan perpustakaan desa di kampung tu . perpustakaan desa untuk masyarakat kampung . dari pagi sampai ke malam dok siapkan . heeee


kat bawah nie pemandangan perkampungan orang asli menjelang malam . cantik ! :)



sebelah malam pulak, kitorang sambung bekerja . ada yang dok siapkan perpustakaan desa . ada yang terlibat dengan pertandingan karaoke .



ika berada di tempat pertandingan karaoke . heeeee . bukan pertandingan karaoke je ye tapi diselitkan jugak dengan cabutan bertuah untuk penduduk kampung . ika nie dok je kat tempat karaoke tapi tak karaoke pon . hahahaha








sambil nyanyi, sambil dapat hadiah . cun kan ? huhuhu . diorang nie memang suka karaoke . ika pon suka dengar diorang nyanyi . best ! ^^


bersambung . . .



Read More

Fafafo Craft and Design | PROMOTE

yeay ! yeay ! nak promote satu lagi online shop yang ika gunakan perkhidmatannya . kalau tak try, takde la ika promote sbb ika tak tahu kan camne dia punye servis . hehehe . so, kali nie nak promote Fafafo Craft and Design pulak .


so, kat Fafafo Craft and Design nie, ika tempah dengan diorang Button Badge untuk blog ika nie . ade yang dah tahu . ada yang belum tahu . jom tengok button badge blog ika .


cun kan ? hahahaha . suka sangat dengan hasilnya . ika buat simple je sbb takmau la crowded sangat kat BB tu . so, dapatlah hasil camtu . thanks Fafafo Craft and Design .

kat Fafafo CND nie korang boleh tempah macam-macam . servis diorang pon bagus . even kadang-kadang ika kesian kat akak tu sebab dok layan karenah ika nie . hahahaha !

Fafafo CND nie ada buat button badge, personalised Yasin, banner, sticker, packaging & stationery dan banyak lagi lah . nak tahu lebih lanjut ? klik SINI :)





Read More

Selamat Hari Bapa !

pagi-pagi ika bukak instagram . semua dok post gambar ayah masing-masing . hukhuk . tiba-tiba je rasa nak nangis bila tengok gambar ayah orang lain . teringat kat papa ika . rindu nye kat papa .


selamat hari bapa buat semua ayah, papa, abi, abah, daddy dan semua-semua lah . dan Al Fatihah buat arwah papa ika . semoga papa tenang di sana . thanks for being a great papa for me . love u damn much papa :'( 


25 Oktober 1959 - 29 Mei 2010



Read More

Awan Dania The Movie ! | Movie 57

review movie lagik . oh ya ! ika layan movie melayu je . movie omputih nie layan jugak tapi tak tahu sangat perkembangannya . sebab tu selalu dok review movie melayu je . ngeeee

AWAN DANIA THE MOVIE


SINOPSIS ::

Awan Dania The Movie bermula dengan pencarian krew kabin terbaik . Semua pramugari dan pramugara mahu diiktiraf. Senarai 12 krew kabin terpilih telah diumumkan untuk bersaing merebut gelaran 'terbaik', termasuk Dania dan Tania.

Tania pernah menggondol anugerah tersebut, dan beliau juga begitu popular di kalangan krew kabin dan penumpang. Dania mengetahui Tania mempergunakan Remy, seorang juruterbang untuk memenangi anugerah tersebut serta untuk mendapatkan perhatian orang ramai.

Dania mula membuat perancangan untuk memberitahu tentang niat jahat Tania kepada Remy. Remy pernah menyukai Dania satu ketika dahulu tetapi ditolak oleh Dania kerana Dania memilih kariernya sebagai pramugari. Dania menyamar menjadi penumpang pesawat yang dinaiki Tania.

Dania menggunakan rambut palsu 'Afro' selain kaca mata hitam bagi menyembunyikan wajah asalnya. Dania mulai mengintip Tania kerana ingin melihat cara Tania bekerja serta melayan penumpang. Apabila tiba di sebuah pulau di Malaysia, Dania mengekori pergerakan Tania. Perang bermula di antara Dania dan Tania apabila Tania menyedari dirinya diekori oleh Dania.

Tania semakin galak dengan cubaan untuk menarik perhatian Remy di samping cuba membuatkan Remy membenci Dania. Sementara Dania cuba menarik perhatian Remy untuk kembali mendapatkan cinta Remy.

Dania meminta Benjy menyamar menjadi kekasihnya semata-mata untuk membuatkan Remy cemburu. Sebaliknya, perkara lain pula yang berlaku membuatkan peperangan Dania dan Tania semakin kritikal.


kredit here :)

trailer :)

disebabkan ika suka dengan Scha, ika eksaited nak tengok movie nie . ehhh . suka tengok scha yang cantik tu . movie nie bagi ika biasa je kot . tapi kelakar pulak bila tengok Tania gaduh dengan Dania . betul la kan . dengan kawan baik sendiri pon kita boleh gaduh hanya kerana satu perkara :)

so, happy watching korang !





Read More

Ecopark, Taman Botani

jom kita kenal satu lagi tempat best lagik menarik kat Perak . hehehe . kali nie kita menuju ke Ecopark, Taman Botani . Ecopark nie salah satu tempat yang cantik kat Ipoh . ramai orang shoot gambar wedding kat sini .



tempat nie jugak sangat sesuai untuk korang yang suka membakar lemak tu . sesuai untuk yang suka berjoging dan jugak beriadah . ika pon first time menjejakkan kaki ke Ecopark tu . itupun sebab teman housemate ika p bakar lemak . lalalala

disebabkan teman housemate joging, ika pon bawak la bekalan untuk melantak . takmau la bakar lemak ika nie . sayang ! hahaha . siap bawak mekdi p joging . lalalala . orang lain joging, ika makan ! oyeahhhh

siap bawak towel konon nak joging :P


haaaaa . . nak lagi syok kat sini ? ada lagi . kat sini ada ikan demuk-demuk ! hahahaha . kat sini korang boleh bagi makan kat ikan-ikan dalam kolam nie . tengok la ikan kat sini saiz dia camne . kalau dah tiap-tiap hari orang dok bagi makan . ishishish .

jangan risau sebab kat sini ada orang jual makanan untuk ikan tu kalau la kan korang tak bawak makanan untuk ikan ke hape . so, beli sahaja . murah kot .






lepas dah habis bagi makan kat ikan-ikan demuk tu, meh la kita berjoging dan ber'exercise' . jauh  lagi nak pusing satu ecopark nie . so, boleh tahan nak berjalan la korang semua . berjalan sambil menikmati keindahan sambil makan kopok . ehhh




kat Ecopark nie jugak ada la peralatan untuk korang guna bila nak exercise . cam model kat atas nie tengah buat . kahkahkah ! tapi tak boleh blah model tu pakai seluar jeans p joging . hahahaha




dan tak lupa jugak ada taman permainan kat sini . sesuai untuk kanak-kanak macam kami berdua kat atas tu . ehhh . sampai kanak-kanak pon takut nak main bila tengok kami . hahaha


hampir sejam kitorang ada kat Ecopark tu . banyak la jugak lemak ika yang berjaya di'nyah'kan . tapi macam takde efek pon ika rasa . ehhh . tapi ika memang syorkan tempat nie untuk korang berdating . ehhh . bukan ! ika syorkan tempat nie untuk korang berjoging dan jugak beriadah dengan family korang . sambil joging sambil tengok pengantin berphotoshoot . sepanjang ika kat sana, lebih kurang 6 pasangan pengantin dok photoshoot . hehehe




Read More

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com