aunty excited jumpa Aiman

baru-baru nie ika ada balik Kota Bharu, Kelantan untuk tengok anak saudara baru ika . heeee . eksaited sangat nak tengok Muhammad Aiman Harith nie .


Aunty dan Amani ;)

jom tengok gambar anak saudara ika yang baru nie . weeeee





seeeee ! Aiman senyum tengok aunty dia . hahahahahaha . kemain lagik aunty terkejut . makasih ya aiman sbb senyum kat aunty . kat orang lain tak senyum pon . lalalalala . 

nanti bila aunty free, aunty balik tengok aiman lagi tau . huhuhu . kekangan masa . kadang2 tak sempat pon nak call family . balik rumah, terus siap2kan barang2 untuk hari esok . penat . sangat penat . ermmm . tapi pape pon still kena luangkan masa untuk call family walaupun kejap ;)




Read More

Program Jelajah Kampung

adoi . sudah lama tak mengupdate blog nie . kesibukan melanda jiwa dan raga nie . hari nie je free . errr . free ke ? takda nye free . curi-curi update . hahaha . so, marilah kita update blog sepenuh hati dan perasaan . oyeahhhh .

sebenarnya nak share pasal program yang ika join . tapi program nie sebelum pru13 lagik . pape pon, nak story jugak . ngeee . ika ada terlibat dengan Program Jelajah Kampung . program nie dianjurkan oleh jabatan tempat ika keje :)


sempena program tersebut, pelbagai aktiviti yang menarik diadakan . so, kampung yang ika pergi ialah Kampung Orang Asli Pos Raya, Simpang Pulai . pertama kali ika jejakkan kaki ke kampung tersebut .



untuk hari tu, kitorang adakan Majlis Pelancaran Bekalan Elektik di Kampung Pos Raya . so, ramai sangat orang kampung yang hadir untuk memeriahkan majlis :)








Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar . bila dah lama tak update entry nie, rasa lain macam je . dah tu siap guna bahasa cam nak buat karangan nak hantar kat cikgu bahasa melayu -_- 

ika mintak maaf la sebab dah lama tak blogwalking ke blog korang . keje banyak maaa . keje ika nie bukan selalu dok ofis . banyak masuk kampung . banyak berjalan ke sana ke sini . erm . dah tak macam dulu . tiap2 hari dok hadap blog je .










Read More

Kedai Makan Upin Ipin

jalan-jalan cari makan lagi . oyeahhh . keje makan je ika nie . kalau boleh nak try makan kat semua kedai makan . hahahaha . so, kali nie ika p makan kat Kedai Makan Upin Ipin . even kedai makan nie orang cakap untuk budak-budak kan ? ika yang tak berapa nak budak dah nie pon p makan sana . peduli ape ika . janji kenyang . errr



sementara menunggu makanan tiba . ececece . sempat lagi ika amik gambar kat dalam kedai makan tu . comey sangat . penuh dengan gambar upin ipin . kalau nak beli barang upin ipin pon ada gak kat kedai makan nie . then, sambil makan, ada tayangan cerita upin ipin :)



jom tengok makanan ika . yeayy ! :)



nasi ayam upin ipin :)

setakat nie ika paling suka Nasi Ayam Upin Ipin . heeee . sedap ! sedap ! sedap ! hahaha . okbai :D








Read More

selamat datang Muhammad Aiman Harith :)

baru sempat update tentang anak saudara ika yang baru . ngeee . 04 Mei 2013 yang lepas, ika dapat anak saudara baru . Alhamdulillah . baby boy selamat dilahirkan oleh kak ngah ika :)

selamat datang Muhammad Aiman Harith bin Herry . baby boy nie seberat 2.7 kg . ringan je kan . heeee .



Aiman nie adik kepada Amani . anak saudara ika yang selalu ika dok cerita tu . so, Amani dah jadi kakak dah . heee . masa kakak ika bersalin nie, ika still kat Ipoh . kakak just hantar gambar kat whatsapp je . tengok dari jauh je lah ika . wuwuwuwu .

welcome to our family ye Aiman . semoga menjadi anak yang soleh . dan aunty harap Aiman akan membesar dengan sihat dan jadi adik yang baik untuk Amani . tak lupa, jadi anak saudara aunty yang awesome ! hahaha





Read More

Kiut Miut Kraf | PROMOTE

kali nie ika nak promote satu lagi blogshop yang mana ika sendiri pernah beli barang dengan diorang nie . so, blogshop kali ni ialah Kiut Miut Kraf :)



kat Kiut Miut Kraf nie ika tempah door signage . korang boleh baca entry KMK (Kiut Miut Kraf) kat SINI :) . jom tengok door signage yang ika order dan dah terima .




sangat comel ! mula-mula ika dapat pon teruja betol . hahaha . thanks ye Kiut Miut Kraf . selain daripada door signage, macam-macam lagi yang korang boleh order kat Kiut Miut Kraf . dan servis pon cepat dan hasil yang memuaskan . Insyaallah :)

so, apa lagi . jom shopping ! ^^




Read More

Oldtown White Coffee

entry jalan-jalan cari makan lagik . kali nie makan kat Oldtown White Coffee pulak . nie first time ika makan kat situ . so, jom kita tengok apa yang ika dengan kakak-kakak ika makan kat situ :)


seperti biasa, haruslah ada hasil tangkapan gambar makanan . so, jom tengok ! ^^

lemon tea iced :)

mirinda strawberry :)

asam laksa :)

dry curry egg noodle :)

curry mee :)

banyak kan makanan kami ? heeee . orang suka makan memang camnie . kalau nak ajak ika makan, jangan segan-segan ye . hahahaha . Insyaallah ika akan join kalau bab-bab makan . errr



not bad makanan kat sini . sedap :) lain kali boleh datang lagi . ngeeee




Read More

Novel 62 :: Biarkan YM Terus Berbicara - Hanni Ramsul

dah lama tak review novel . so, kali nie nak review seketul novel yang dah selamat ika baca . heeee

BIARKAN YM TERUS BERBICARA - HANNI RAMSUL


SINOPSIS ::

Biarkan YM Terus Berbicara, menyingkap kisah perkahwinan Tiya dan Encik Firdaus . Walaupun pasangan ini saling mencintai namun tetap ada perkara yang tanpa sedar telah menimbulkam konflik dalam perhubungan mereka .

Melihat hubungan akrab di antara Encik Firdaus dan teman baik suaminya itu, Mia, hati Tiya yang tidak pernah suram dengan rasa cemburu, terus sahaja menyimpan wasangka . Rasa tidak senang hati yang sering diungkap kepada suaminya, menimbulkan rasa kurang senang di pihak sang suami . Berasa dirinya sentiasa dicurigai, Encik Firdaus menasihati Tiya agar belajar untuk terus dipercayai . Demi menjaga ikatan perkahwinan mereka, Tiya mencuba sedaya upaya untuk sembunyikan semua rasa kurang senang serta rasa cemburunya .

Keadaan tembah memburuk apabila ibu Mia, Puan Sri Ainun muncul menjadi batu api yang meniup kekacauan dalam rumah tangga Tiya . Lantaran tidak mahu melihat anak gadisnya terus bersedih, dia nekad cuba memisahkan Tiya dan Encik Firdaus kerana hatinya yakin, Mia sedih dengan perkahwinan Encik Firdaus . 

Ditambah pula dengan kemesraan serta perhatian luar biasa Encik Firdaus kepada Mia, Tiya semakin makan hati . Setelah segala usahanya untuk cuba memenangi hati Encik Firdaus seakan gagal dan, Encik Firdaus pula mula menyalahkannya atas satu kejadian yang dalangnya ialah Puan Sri Ainun, Tiya nekad undur berundur .

Salah faham terhurai apabila pemergian Tiya mula membuka mata Encik Firdaus untuk mencari punca konflik . Semuanya ternyata cuma kebetulan . Hasutan ibu Mia dan alahan yang dialami oleh Encik Firdaus datang serentak ternyata hampir memisahkan mereka . Menyedari Encik Firdaus masih mencintainya sepenuh hati dan Mia masih berharap kepada Abang Kamal yang masih melayan perasaan kecewa, Tiya bangkit melakukan sesuatu . 

Hubungan Mia dan Abang Kamal cuba diwujudkan dengan pertolongan mak long, ibu Abang Kamal juga bantuan daripada Mia sendiri . Bermulalah rancangan demi rancangan yang diatur juga kisah Encik Firdaus yang disahkan mengalami Couvade Syndrome atau sympathetic pregnancy sepanjang Tiya mengandungkan anak sulung mereka .


seriously novel nie awesome ! sangat best . tak rugi baca . heeee . pengalaman seorang suami yang rasa sendiri macam mana keadaan seorang isteri bila mengandung . dia yang morning sicknes . dia yang alahan . dia yang loya-loya time wife dia pregnant . sampai wife dia nak bersalin pon, dia jugak yang rasa sakit tu . awesome kan ? :)



Read More

Pizza Hut again !

entry jalan-jalan cari makan . ngeeee . ginilah akibatnya kalau suka makan . tak kisah la orang nak cakap mental ke hape bila amik gambar makanan . yang penting, kita semua bahagia . errrr .

so, kali nie ika makan kat Pizza Hut lagi . cuma kali nie, ika tukar menu lain pulak . saje la kan . takkan nak makan menu yang sama je . so, apa salahnya kita try makanan lain pulak .

iced coffee float :)

favorite platter :)

pizza new orlean :)

yang favorite platter tu memang best ! seriously sedap . ika kurang bab2 pizza . so, try makan yang tu . haipppp . sedapppp . so, sangatlah tidak merugikan bila kita cuba makanan baru pulak . heeee


dan kami yang gembira bila kekenyangan . oyeahhh :D




Read More

Selamat Hari Guru



ika nak ucapkan Selamat Hari Guru terutama sekali semua cikgu yang pernah mengajar ika di :

 Pra SK Langgar, Kota Bharu, Kelantan
 SK Langgar, Kota Bharu, Kelantan
 SMK Agama Tok Bachok, Bachok, Kelantan
 SMK Sultan Ismail, Kota Bharu, Kelantan
 PLKN Kem Tasik Meranti, Wang Kelian, Perlis
 Kolej Matrikulasi Kedah, Changlun, Kedah
 UiTM Kelantan, Kampus Machang, Kelantan

Selamat Hari Guru buat semua guru-guru di Malaysia termasuk kak long ika . heeeee . jasamu dikenang :)




Read More

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com