Trip to Pulau Pangkor | Part 6

bersambung dari Part 5 :)

oh ye . ini part last ye entry kat Pulau Pangkor . cheq dah penat nak menaip . hahahaha . so, entry kali nie sepanjang perjalanan balik ke Lumut . oh tak sabar rasanya nk balik dari Pulau Pangkor . hehehe .

time nak balik nie, kitorang decide untuk berdiri kat tempat yang boleh nampak pemandangan sepanjang feri nie bergerak balik ke jeti Lumut . even masa tu kemain ramai warga asing baq hang . rase macam dah dok kat obersea pulak dengan orang yang berlainan warganegara nie . dan seriously rasa tak selamat pon ada tapi lantak korang la . ini negara kami, bukan negara kamu . hahaha




disebabkan kami eksaited nak balik, makanya kami bergambar sakan . sebab ika pon entah bila lagi kan akan jejak ke Pulau Pangkor nie . kalau diberi pilihan, ika nak pergi pulau lain la pulak . takkan nak pergi pulau yang sama je . nak travel banyak lagi tempat . ngeeeee



sementara tunggu feri bergerak, amik la gambar dengan sepenuh hati dan perasaan anda ye wahai kawan-kawan . hahaha . lantaklah orang tengok ke, hape ke . janji ada jugak kenangan kat Pulau Pangkor yang omey nie . heeee


us :)



babai Pulau Pangkor yang ohsem . hope to see u again . hehehe . seriously banyak kenangan suka dan duka sepanjang kat Pulau Pangkor nie even hanya 1 hari 1 malam je kot . lain kali nak datang dengan orang lain la pulak . dengan family :)





Read More

Trip to Pulau Pangkor | Part 5

bersambung dari Part 4 :)

selepas berpenat lelah bersnorkeling, bermandi-manda, kitorang keluar makan malam . memandangkan banyak gerai dibuka pada waktu malam kat depan tempat kitorang stay tu, so, memudahkan kitorang untuk cari makan . hehehe

disebabkan kakak-kakak nie dah pernah datang ke Pulau Pangkor, makanya diorang tahu la kan kat mana makanan yang best-best dan ika pulak sebagai adik yang menurut perintah, ikut jelah kakak-kakak nie bawak pegi mana . hahaha


ika yang pemalu gitewww . hikss


dan menu kitorang pada malam tu ialah char kuey tiew . oh sedapnyeeeee . hehehe . tapi sayang, lupa pulak nak amik gambar disebabkan faktor kelaparan yang membuak-buak ketika itu . makanya, gambar diambil selepas memakankan makanan itu :)


lepas makan, apa lagi nak buat kan ? kita balik tidoooo lah . hahaha . esoknya dah nak balik dari Pulau Pangkor tapi belum balik Ipoh . ke manakan kami selepas nie ? tungguuuu . .




Read More

Trip to Pulau Pangkor | Part 4

bersambung dari Part 3 :)

balik dari snorkeling, kitorang sambung pulak bermandi-mandian di pantai teluk nipah sementara hari belum gelap . huhuhu . kat sini pon ika tak join kakak-kakak kesayangan mandi sebab dah hilang mood . kaki tercedera . ececece .



suka dok tengok kakak-kakak ika mandi manda . nak join tapi malas sbb kaki dh tercedera . kalau kena air pantai yang masin tu lagilah la pedihnya tak tertahan . lagipon ika tak sapu ubat pon lagi . balik snorkeling, terus teman kakak-kakak p mandi manda kat pantai nie :)


kakak-kakak ika nie sempat lagi kutip remis nie time diorang dok mandi kat pantai tu . hahahaha . gigih betol . 



sambil menunggu kakak-kakak mandi manda, ika dok bersantai kat buai sambil menikmati keindahan alam semulajadi, sambil skodeng mat salleh berjemur, sambil menangis tersedu-sedan mengenangkan nasib diri . ehhhh ! hahahaha


mata pon dah mengantuk nie . tunggu jelah next entry ye .

bersambung . . .







Read More

Trip to Pulau Pangkor | Part 3

bersambung dari Part 2 :)

balik dari makan, kitorang rehat dulu secukupnya . then, sebelah petang kitorang buat aktiviti snorkeling . oyeahhh . kemain eksaited baq hang . first time nak snorkeling . menggelabah jiwa dan raga pon ade . ngeee

so, kitorang dibawa ke satu tempat yang memang dikhaskan untuk bersnorkeling . mula-mula tu ika turun jugak la dalam air tu sebab nak merasa snorkeling la konon-kononnya . seriously ika memang failed bab-bab berenang nie . bukan tak reti berenang . tapi takut masuk dalam air lama-lama . kahkahkah !

then, kita boleh bagi ikan makan . so, kakak-kakak kesayangan ika nie dok bagi la makanan tu kat ikan . kemain banyak ikan datang makan baq hang . yang ika nie pulak kemain terkejut, menggelupar dalam air tu sampai berdekah-dekah keluar ayaq mata nie . ika takut bila ikan tu datang dekat-dekat T_T



disebabkan ayaq mata dah tak dapat dibendung lagi, terpaksa la ku membawa diri ini ke tepian . cuak dekat ikan punya pasal . orang lain eksaited dapat bagi ikan makan . ika pulak menangis tengok ikan datang dekat . sadis betul . wuwuwu . so, bagilah peluang kat kakak berdua tu berenang-renang ala ikan duyung gitewww . adikmu ini cukuplah berada di pinggiran . hikss

naik je dok kat atas batu tepi tu, kemain terkejut tengok kaki ika berdarah ! dah la cuak ikan tu tak habis lagi . nie ditambah pulak dengan cuak darah kat kaki . mama ! nak balik . wuwuwu

mungkin disebabkan eksaited jumpa ikan dalam air td menyebabkan kaki ika berdarah . tak sabaq pulak rasa nak balik bila kaki dah berluka itu . ohoiii




kat atas nie gambar sekitar kawasan kitorang bersnorkeling . cantik kan ? syok je dok sini . angin sepoi-sepoi bahasa . ewahhhh . kat bawah nie pulak hornbill . oh ye . burung nie tak sombong . pegi dekat pon dia tak lari . dia bagi peluang amik gambar dia puas-puas . buat kenangan . hahahaha


malas dah nak menaip setelah kaki terluka . hahaha .

bersambung . . .



Read More

Trip to Pulau Pangkor | Part 2

bersambung dari Part 1 :)

so, lepas dah check in bilik kitorang, masa untuk cari makanan . punyalah lapar . dari pagi tak makan lagi . sebelum bertolak ke Pulau Pangkor, sempat makan kuih je :'(

kitorang pilih kedai makan yang mengadap laut nan biru itu . ohhh seronoknya nak makan . angin sepoi-sepoi bahasa gitewwww . hahaha . sambil makan, sambil tengok orang mandi manda .



tengoklah betapa banyaknya makanan kitorang . hahaha . lapar punya pasal . lagipun nak kumpul tenaga sbb petang tu kitorang nak buat banyak aktiviti . ngeee





dan ika yang malu-malu kucim nak makan nasik . ehhh ? bukan malu tapi dok kutip kacang panjang dalam nasik tu . ahhh . stress pulak rase makan nasi goreng yang ada kacang panjang . hilang selera makan . errrr

bersambung . . .




Read More

HornBill Resort Teluk Nipah

entry kali nie nak review tempat kitorang bermalam masa kat Pulau Pangkor . bila sampai ke Pulau Pangkor, kitorang pilih untuk berjimba-jimba kat Teluk Nipah . so, kitorang stay kat Hornbill Resort . apa yang menarik ialah, resort nie mengadap pantai . ngeee

google :)

jom tengok bilik yang kitorang stay :)






yang nie cakap selesa, takde la selesa sangat tapi disebabkan dia mengadap pantai tu yang buat kitorang suka . bangun pagi-pagi boleh tengok pantai kat beranda tu . lagi pulak Hornbill nie dekat dengan kedai makan . dekat dengan kedai cenderahati .

time malam pulak, kat depan nie ada cam gerai-gerai makanan yang dibuka hanya pada waktu malam . tu yang best ! heeee . oh ya . harga dia pon tak mahal . sangat berpatutan :)





Read More

Trip to Pulau Pangkor | Part 1

entry berjimba-jimba lagi . sebelum nie kitorang ke Taiping . so, sekarang nak story pasal kitorang ke Pulau Pangkor pulak . oyeahhh ! first time ika pegi Pulau Pangkor . nasib baik ada yang sudi bawak . ececece . 

kitorang bertolak ke Pulau Pangkor dari Ipoh pagi Jumaat memandangkan Perak cuti Jumaat lepas . so, kitorang ada 3 hari untuk bercuti . hehehe . sebab tu kitorang pegi Pulau Pangkor . 


sementara tunggu feri itu bergerak disebabkan diorang penuhkan orang dalam feri dulu baru lah boleh jalan . ika rasa cam lama je dok dalam feri tu . lama menunggu . dalam 30 minit camtu la kot nak sampai ke Pulau Pangkor . dalam pukul 12 lebih kitorang selamat sampai ke Pulau Pangkor .



sementara tunggu nak sampai ke jeti Pulau Pangkor, takkan nak dok diam je kan dalam feri tu . ika nie mana boleh dok diam-diam . so, apa lagi . amik la gambar . ngeee

syok tengok pemandangan dari dalam feri tu . tengok laut . tengok ombak . syok oooo ! nasib baik ika tak mabuk laut . hahaha . kalau tak, sia-sia je p bercuti . errr




and, at last, sampai jugak ke Pulau Pangkor . selamat datang ye ika ke Pulau Pangkor . ehhh ! hahaha . sebenarnya masa sampai ke Pulau Pangkor nie, ika dah pancit . pancit sebab lapar sangat-sangat . takde mood nak makan sebelum bertolak tadi . erm erm erm . 


bersambung . . .






Read More

Pappa Mia, AEON Station 18

balik saje dari Program Semarak Kasih di Kampung Ulu Bekor, kitorang berjimba-jimba ke AEON Station 18, Ipoh . nie adalah kali kedua ika ke AEON Station 18 nie . hahaha . disebabkan dia agak jauh dari rumah ika . so, malas la kan . lagipun dekat dengan rumah ika ade AEON jugak . ngeeee

so, malam tu kitorang nak g cari powerbank sebenarnya tapi tak jumpa yang berkenan di hati . disebabkan AEON tu kemain besar gedabak, makanya kami lapar . makanya, kami kena cari kedai makan . makanya, kami pilih untuk makan di Pappa Mia . makanya, itu first time kami makan kat Restoren Pappa Mia .


so, menu kitorang malam tu ialah kuey tiew, nasi dan jugak mee kari . first time makan kat sini, semua makanan rasa nak try . hahaha . punyalah tamak .





nampak sangat menyerlerakan kan ? tapi bagi ika kurang sikit dia punya rasa . bagi ika la kan . bagi orang lain manalah ika tahu . ika punya makanan yang gambar last sekali tu . tapi takpe la . lain kali nak try makanan lain pulak . weeee




Read More

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com