Novel 60 :: Bila Blogger Jadi Maid - Zati Mohd

review novel lagik . novel nie ika dah habis baca minggu lepas lagi tapi disebabkan masalah kemalasan melanda jiwa dan raga untuk update blog, terpaksa la ditangguhkan . so, hari nie meh la kita review novel nie :)

BILA BLOGGER JADI MAID - ZATI MOHD


SINOPSIS ::

Boleh ke si blogger jadi maid ? Bagi Risya, sikit pun tak menjadi masalah buatnya . Asalkan dia tidak goyang kaki di rumah itu sudah cukup baik . Rutin hariannya sebagai maid, tak adalah sesusah mana . Tapi yang buat susahnya, bila dia jumpa mamat poyo, Ash .

Ash yang sering mengusik membuatkan hubungannya dan Risya rapat . Bergurau dan bergelak ketawa sudah menjadi rencah dalam hidup mereka berdua . Tanpa diduga, Ash mahu Risya menjadi suri di hatinya saat Aimie, kekasih hatinya tidak hadir semasa majlis pernikahan mereka .

"Jadi, nak saya buat apa ?"

"Awak kahwinlah dengan saya ."

Jodoh sudah tertulis buat mereka . Dalam keadaan terpaksa, mereka disatukan . Mulalah episod baru dalam hidup Risya . Memandangkan tiada rasa cinta dalam diri Risya . Risya dan Ash telah membuat satu perjanjian bodoh . Perjanjian yang menentukan sama ada status suami isteri itu masih kekal ataupun tidak .

Dalam Risya mengharap perjanjian yang dicipta menjadi nyata, ada satu rasa hadir dalam dirinya buat Ash . Saat bahagia mula menyulam rasa, hadir Wafiy yang mencintai Risya dan muncul Aimie, kembali menagih cinta Ash .

Akan bahagiakah hubungan yang Risya dan Ash jalinkan ?

Perjanjian apa yang dimeterai Risya dan Ash ?

Berjayakah Wafiy dan Aimie menarik perhatian insan yang disukai ?

Mampukah Risya dan Ash mempertahankan rasa sayang yang mula berkembang dalam hati ?

Atau, antara mereka ada yang berpaling tadah ?

Bila blogger mampu jadi maid, adakah maid mampu menjadi seorang isteri ?


novel nie serius best ! ika mula baca pon sbb kakak ika yang recommend kan untuk ika . sbb dia cakap perangai si Risya tu sama cam ika . hahahaha . so, lagilah excited kan nak baca :D lagi pulak Ash tu sweet . heeee . so, tak rugi beli dan baca .




Read More

Program Semarak Kasih Kg Kerawat | Day 02

baru berkesempatan utk sambung story hari tu. hahaha . kalau nak tau cerita pada hari pertama, boleh klik SINI . so, meh nak sambung untuk hari kedua program semarak kasih kat Kampung Kerawat nie :)

marilah kita tgk gambooo . ngeee

program MDOA

untuk hari tu, kitorang bukak kiosk untuk pendaftaran pelajar orang asli untuk sambung belajar ke ipta . then, ada majlis Perasmian Program Semarak Kasih Kampung Kerawat yang dirasmikan oleh Pengarah JAKOA Negeri Perak & Kedah .





untuk hari kedua nie, still ada aktiviti facial, servis motor dan ditambah jugak dengan pertandingan gubahan  cm kat bawah nie ( ika lupa sebenarnye nama dia ) . hahaha .


then, ada jugak pertandingan Ratu Kampung . setiap kampung akan menghantar seorang wakil .


ada juga persembahan sewang :)


dan kat bawah nie adalah pemenang untuk Ratu Kampung dan jugak gubahan .



antara part yang paling disukai . cabutan bertuah . heeee




dan habis je majlis, ada satu lagi part ika suka . makan aiskrim ! hahahaha . banyak woooo aiskrim . macam2 perisa ada . tp disebabkan ika batuk, kurang la sikit makan aiskrim . wuwuwu


done untuk program kali nie . Alhamdulillah semuanya berjalan lancar . kredit gambar kat atas tu untuk Subhi dan En.Anuwar . ngeeee



Read More

Program Semarak Kasih Kg Kerawat | Day 01

last week ika join satu lagi program untuk masyarakat orang asli . kali nie kat Simpang Pulai pulak . nie first time ika join program masyarakat orang asli kat daerah nie .

Program Semarak Kasih
dan Perasmian Gelanggang Futsal
Kampung Orang Asli Kerawat, Simpang Pulai

so, majlis pada hari tu dimulakan dengan perasmian gelanggang futsal kat kampung tu . then, ada perlawanan futsal antara kampung yang berdekatan .



sementara diorang dok main futsal, ada banyak lagi aktiviti yang disediakan :)

facial :)

servis motor :)


acara sukaneka untuk kanak-kanak dan dewasa juga disediakan .





acara penyampaian hadiah :)


then, sebelah malam pulak ada pertandingan karaoke .

aunty, scha and aunty ijan :)

antara peserta karaoke malam tu . heeee




juri pada malam tu . hehehehe


majlis pada malam tu diakhiri dengan pertunjukan bunga api . ika x tengok pon . hahahaha . 


malas dah nak menaip . hahahaha . takyah la cari gambar ika sbb mmg takde pon . hihihi

bersambung ...




Read More

Novel 59 :: Kampung Girl - Umi Kalsom

done baca novel kat bawah nie . hohoho . sebenarnya novel nie dah lama ika beli . dah tersadai lama kat rak buku . kesian pulak tengok dia . hahahaha . 


KAMPUNG GIRL - UMI KALSOM


SINOPSIS ::

Perkahwinan diaturkan oleh keluarga ? Ashraf langsung tidak menyangka ! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin . Ainnur ! Si budak kampung itu ?! Tidak mungkin .

"Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu . . . mummy jangan paksa Ash !" - Ashraf Khairi

"Ain akan kahwin dengan abang Ash !" - Ainnur

Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata .

Bergaduh mulut ? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata . Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan .

"Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami ?" - Ashraf Khairi

Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah .

Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa . . kerana mulut ? Jerat terkena diri pemangsa . Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang 'menjahanamkan' diri Ashraf .

"Ash nak ajak dia beli cincin tunang ." - Ashraf Khairi

Lain yang dirancang, lain pula jadinya . Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur . Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada 'rahsia' yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf . Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga . Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya .

"And what have you been thinking, doing such thing to me ? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh . ." - Ashraf Khairi

Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab . Terkantoi Ainnur dengan helahnya . Kesudahannya . . Adakah Ashraf makin membenci ? Adakah Ainnur menjauhkan diri ? Tidak akan bertemukah dua hati ini ? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci ?

perghhhhhh ! novel nie best sangat habaq hang . rugi pulak tak baca awal2 . heeeee . nnt nak baca sekali lagi la . heheheheh




Read More

banner blog

nak exchange banner ? tak exchange pon takpe . kalau korang nak ika letak banner korang dalam blog ika nie, nanti bagi link saje . boleh ika masukkan kat SINI :)

kalau korang nak masukkan banner ika kat blog korang, boleh amik kat sidebar sebelah nie atau pun kat bawah nie .




senang sikit bila ada banner nie, senang ika nak blogwalking memandangkan dashboard blog selalu buat hal . hohoho .




Read More

Novel 58 :: Setia Hujung Nyawa - Fatin Nabila

baru sempat nak review novel nie . novel yang ika beli masa drama dia masih ditayangkan kat tv . hehehe . dah baca lama tapi baru nak review . hahaha

SETIA HUJUNG NYAWA - FATIN NABILA


SINOPSIS ::

Pengantin perempuan lari ? Zain Hakimi panasaran . Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya . Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut . Gadis itu segera dilamar .

Heliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu . Juga demi menyelamatkan maruah keluarga, Ersalina terpaksa rela . Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya . Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit .

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri . Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya lalu kasihnya melimpah di hati . Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung . Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu . 

Kepedihan ini amat dalam lukanya . Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain . Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah . Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah . Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi . Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa .


citer nie best la jugak . tapi jalan citer dia dgn drama  takde la sama sangat . hehe . tapi still best :) 

oh ye, masa ika nak dapatkan novel nie, punyalah susah . ika p cari kat Popular Bookstore . sampai sana, abang yang jaga tu cakap dah habis . kalau nak jugak, kena tunggu stok baru la dalam 2, 3 hari . tapi abg tu baik hati sangat, dia bagi yang dia punya dulu . ngeeee
Read More

Meet the Blogger | 11

masa kat Kuala Lumpur minggu lepas, ika jumpe 2 orang blogger . sorang ika dah perkenalkan . so, nak perkenalkan yang sorang lagi nie . hehehe .

nama dia nana . nak panggil baby pon boleh . kan nana ? hahaha . nak kenal nana, boleh tumbuk laju-laju header kat bawah nie :)



nana nie sporting tahu . dia layan ika nie cam dah lama kenal . syok kan ? kitorang janji nak jumpa kat Berjaya Times Square . balik dari jumpa Kak Azi, ika solat jap, then jalan kaki dari LRT Hang Tuah p BTS nie . jalan kaki habaq hang ! hahaha .

sampai kat sana, kawan ika dah tunggu sbb ika dgn kawan ada hal peribadi nak diuruskan . ececece . so, while waiting nana, ika dengan kawan p pusing2 dalam BTS tu dulu .

jumpa je nana, kitorang terus ajak p makan . perut lapar maaaa . padahal baru je lepas makan dengan Kak Azi . tapi ape boleh buat, perut hasruslah dimanjakan . ewahhhh . so, kitorang p makan kat Vivo American Pizza & Panini . first time ika makan kat situ . hehehe . sangat sedap ok makanan dia ! rasa nak p lagik la :)

lepas je perut kenyang, senang hati, tapi hati ika masih tak tenang maaaa sbb tak jumpa lagik hadiah untuk bestfren ika . then, kitorang pusing sekali lagik BTS tu cari hadiah untuk kawan baik ik tu . Alhamdulillah, at last jumpa jugak . hehehe

thanks nana untuk hari yang menggembirakan . oyeahhh . nanti kita kuar jalan2 lagi tau . lepas nie ika pulak belanja . hehehe :)






Read More

Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit | Movie 50

last week ika tengok movie nie . tgk kat youtube je . hahaha . lepas tengok movie Kerat 14 tu, sambung pulak tgk movie nie :)

Hantu Kak Limah 2
Husin, Mon & Jin Pakai Toncit



SINOPSIS ::

Beberapa tahun yang lalu, selepas kejadian "Hantu Kak Limah Balik Rumah", Husin yang telah muflis akibat ditipu skim cepat kaya di Singapura telah kembali semula ke Kampung Pisang . 

Di Kampung Pisang, Husin berjumpa semula dengan geng lamanya dan juga Mon, kekasih lamanya sewaktu Kampung Pisang dilanda Zombi . Namun beberapa hari selepas itu, Kampung Pisang dilanda peristiwa-peristiwa aneh . Nampaknya sejarah 45 tahun dulu kembali semula . Kejadian kehilangan lelaki-lelaki teruna di kampung itu kembali menghantui .

Dalam kekecohan itu, Kak Limah yang sudah pulih sepenuhnya sibuk merancang rombongan ke Singapura dan mempelawa Husin menjadi pembantunya . Namun begitu, masalah semakin rumit apabila Husin sendiri hilang dari rumahnya . Rakan-rakannya Ucop, Wan Kaswi dan Nazari SMK gagal mengesan dimanakah Husin berada . Yang tinggal hanyalah mee maggi Singapura .



bagi ika citer nie biasa je kot . hahaha . hantu kak limah balik rumah lagi best bagi ika . tapi kalau korang yang belum tgk tu nak tgk movie nie, tengok la . hehehehe






Read More

Program Semarak Kasih Kg Air Bah | Day 02

bersambung dari Day 01 .

untuk hari kedua nie kitorang takde program sgt sbb majlis perasmian program semarak kasih bersama masyarakat orang asli kampung air bah nie pon dah dirasmikan semalam .


so, lepas sarapan pagi, kitorang mulakan aktiviti ziarah ke rumah masyarakat orang asli . bertanya tentang masalah diorang sambil beramah mesra . kan ? hehehe . sudah menjadi tugas kami untuk berjumpa diorang, bertanya kan kat diorang tentang kehidupan diorang, masalah yang diorang alami . 



so, kami dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil sbb kat sini ada kampung lain yang berdekatan . kenalah p ziarah jugak kan ? ziarah pon kenalah bawak buah tangan . tak gitu ? hahaha . rasa pelik pulak ziarah kali nie sbb dah bape bulan tinggal . so, nak start balik tu cam rasa lain je . ngeee

habis je ziarah, kitorang bertolak balik ke Ipoh :)
Read More

thanks Elie ! :)

a special entry untuk Elie . Elie nie salah seorang blogger yang ika kenal masa awal2 ika berblogging dulu . tp until now, kitorang masih belum bersua muka . hehehehe .

so, ika just nak ucapkan terima kasih buat Elie sbb hadiahkan ika cenderahati dari Korea . thanks sgt2 Elie :) nak tahu ika dapat ape ?



cantik kan ? heeee . nak tunggu ika p Korea entah bila la kan dapat pegi . dapat cenderahati pon dah happy sangat . hehehe . thanks again Elie :)





Read More

happy 3rd anniversary blog !

17 Mac 2013 :)

hari nie cukuplah 3 tahun ika dalam dunia blog nie . 3 tahun ? kejap je kan masa berlalu . pejam celik dah 3 tahun . dalam masa 3 tahun ika berblog, dah bermacam yang ika dapat . hehehe . pengalaman manis dan pahit :)


dah banyak perubahan blog yang ika buat . nama blog ika pon selalu je berubah . hehehe

 a girl name "PUK PUK"
 diari hati Si Rongoks
 pinky.simply.fantasy
 Kesah Cik Rongoks
 MR & MRS Rongoks
 NOOR ATIKAH RAMLI

header blog ika pon dah banyak kali berubah :)




dan pada 26 Februari yang lepas, ika dah tukarkan blogspot ke domain . Alhamdulillah . selepas 3 tahun, baru rasa nak berdomain . Insyaallah ika akan terus berblog walaupun sejak keje nie, agak terbatas sikit masa untuk berblog .

walau ape pon yang berubah, owner dia tetap orang yang sama . hehehe . nama ika, Noor Atikah Ramli . sbb tu ika pilih domain kat atas nie dan ika dah tukarkan nama blog ika kepada nama sebenarnya ika . but still korang boleh panggil ika nie Cik Rongoks ataupun pukpuk :)


terima kasih buat semua readers dan followers blog ika .

terima kasih buat semua yang sudi singgah dan komen di blog ika .

terima kasih buat yang sudi menyokong dan mengkritik blog ika :)





Read More

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com