2nd year Ohsem Anniversary Aku cuma seorang kulikutif !!! Give away

last minute nak join giveaway abg remy . hohoho . mohon masih sempat :)


meh join ramai-ramai walaupun hari nie dah last tarikh dia . kahkah ! nasib baik sempat lagi . hewhew . pape pun blog abg remy dah berubah jugak la . heeeee


Read More

NEW :)

hari nie baru dapat update pasal pembaharuan dalam blog ika nie . sebenarnya blog nie masih dalam proses pengubahsuaian . ada lagi yang ika nak tambah dan tolak . hehehe .

so, ika nak ucapkan terima kasih banyak kat Bro Framestone sbb dah tukar url blog ika . dulu ika guna http://ikapukpuk.blogspot.com . ika dah mintak Bro Framestone tukar kepada domain ika sendiri . http://www.nooratikahramli.com .

sebenarnya ika tukar url blog nie bersebab . sebabnya ika dah masuk 3 tahun dah dalam dunia blog nie . 17 Mac nanti cukuplah 3 tahun ika berblog . so, nak sesuatu yang baru la kan . hewhew .

dan terima kasih jugak untuk Ayeem Ayam sebab buatkan ika template yang omooooo comel sangat aih . hahaha ! first ika tengok template nie kan Ayeem, ika rasa nak p bagitahu kat semua orang suruh bukak blog ika . motif sangat nak suruh orang lain tgk template baru yang comel . kahkah ! pape pon sorry ye Ayeem sebab banyak susahkan Ayeem . heeeee


dan tak lupa jugak untuk Shida Radzuan . hehehe . sebab dia banyak tolong ika pasal coding . ika selalu kacau Shida semata-mata nak tanya pasal coding . memang ika belajar Diploma Sains Komputer tapi bab-bab coding nie ika failed . hahaha

dan kredit jugak untuk Azhafizah . banyak tutorial & freebies ika amik daripada blog dia . ngeeee . freebies dia comel-comel semua . hewhew . 


moral : gigi rongoks pon comel ape :)
p/s :: mohon abam gendut tatap puas-puas gambar rongoks . kahkah !



Read More

Wordless Wednesday #31


two favourite colours :)


p/s : abaikan blog yang haru biru nie . belum siap sepenuhnya lagi .
Read More

blog under construction

blog ika sedang diubahsuai dan dibaikpulih . ika mintak maaf kalau ada error kat mana-mana bahagian blog nie . thanks for visit :)


nantikan wajah blog ika yang terbaru . ececece :P
Read More

hello Unit Ekonomi !

berakhir lah sudah episod sedih . jap ! dah berakhir ke ? errr . belum lagi rasanya . sedang menyesuaikan diri yang tak berapa sesuai lagi kat unit baru nie .

so, ika sekarang keje kat unit ekonomi pulak . bahagian keusahawanan dan sangatlah berkait rapat dengan pertanian . yang mana ika tahu sorang je perempuan yang keje kat bahagian pertanian . hewhew . maknanye di situ, ika takde geng . kahkah ! keje nak cari geng je . hahaha . bukan ape, segan maaaa keje dengan mostly lelaki . lain la ada kawan sama jantina .

baru je seminggu ika kat unit baru nie . setakat nie Alhamdulillah ok :)



saje nak tayang meja ika kat ofis sementara meja nie masih suci lagi . hahahaha . bersih je lagi sbb takde barang pon . keje ika pon mana ada lagi . sebab tu meja takde pape . hewhew .

makin ramai pulak ofismate yang tahu pasal blog nie . hadoii . segan den . camno nie . haiyaaaa . pape pun doakan yang terbaik untuk ika kat unit baru nie :)
Read More

BR1M 2.0

nak story tentang BR1M pulak . nak story la sbb ika dapat . ngeeee . saja je isi . mana tahu kan dapat . Alhamdulillah, ika dapat jugak . hehehe . tak sangka pulak dapat . itulah namanya rezeki . rezeki nuffnang dan jugak BR1M . Alhamdulillah :)



first time dapat BR1M nie . teruja ? teruja la kot . bhahaha . adik call cakap ika dapat BR1M tapi kena amik kat Kota Bharu . ika pulak kat Ipoh, Perak . erm erm je lah . call talian bebas tol tu dah bape kali tapi asyik busy je . sabo je lah .



Alhamdulillah semuanya dipermudahkan . dapat jugak merasa duit BR1M nie . terima kasih kerajaan Malaysia :)
Read More

terima kasih NUFFNANG !

hari nie nak story pasal nuffnang pulak . nuffnang nie tak asing lagi kan bagi blogger . just a simple entry untuk nuffnang . nak ucap terima kasih sebab cheque nuffnang dah sampai . Alhamdulillah, ika dah pon transferkan cheque tu ke dalam akaun bank . Alhamdulillah sekali lagi untuk rezeki yang melimpah ruah di bulan Februari nie :)


after 2 years ika perap nuffnang nie, akhirnya ika decide untuk cash out nuffnang pada akhir Disember tahun lepas . heeee . Alhamdulillah . rezeki jangan ditolak . musuh jangan dicari :)
Read More

Mengubah Destini Orang Asli

program untuk orang asli lagik :) . pada 15 Februari yang lepas, ika ada hadir ke program Mengubah Destini Orang Asli yang bertempat di UiTM Seri Iskandar, Perak . first time ika jejak kaki kat uitm nie . heeeee . so, meh la kita tengok pemandangan sekitar uitm .






sempat jugak ika nak amik gambar dengan banner. hahahaha . banner nie kemain banyak kat uitm tu . so, pilih je yg mana satu untuk amik gambar . kenangan kan ? bila pulak lepas nie ada program cmtu . hewhew

meh tengok gambar sekitar perasmian majlis nie yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia :)

nie chentong . ika xtau btol tak ika eja.hahaha



dan gambar sekitar majlis tersebut . gambar kitorang je yg banyak . hahahaha . semua pakat nak pegang benda kat bawah nie . hehehe . ika pon rembat yang orang lain punye . kahkahkah !




sebelum start program, kitorang sempat pegi mekap sbb ada satu booth yg orang asli bukak . booth untuk kecantikan . so, kakak-kakak ika nie pakat dok tunggu giliran nak mekap kecuali ika sebab ika tak penah mekap . takut nak mekap . wkwkwk . so, ika buat benda kat pipi tu je . lekat butterfly . then, diorang warna la sikit kat badan rama-rama tu . heeee



first time ika tgk PM secara live . heeee . kat bawah nie pulak adalah sewang . sewang tu tarian . kat kampung orang asli memang femes sewang nie .



gambar paling ika suka kat bawah nie . hehehehe . 



gambar dalam kete pon hade . hahaha . sempat lagi kan ? saje nak test kamera depan kat fon kak izan . hewhew . gambar time nak balik dari program . even penat tapi semangat nak amik gambar tu harus hade :P

p/s :: gambar yang takde watermark ika tu, kredit tu Subhi :)
Read More

babai Unit Kewangan :'(

hampir 6 bulan ika bekerja kat Unit Kewangan di JAKOA Negeri Perak & Kedah . kiranya bila lapor diri kat JAKOA Perak nie, ika memang ditempatkan buat sementara waktu kat unit kewangan nie dan bila-bila masa sahaja ika akan diarahkan untuk bertukar . 

ika faham dan ika akur sbb ika adalah S dan bukannya W . bila S nie, keje dia lain daripada W . keje S nie sosial . so, itulah sebenarnya tugas hakiki ika . tapi ika sempat rasa macam mana keje W selama hampir 6 bulan . itupun dikira sebagai pengalaman kan ? :)


so, minggu lepas ika dah dapat surat pertukaran . ika diarahkan untuk bertukar daripada Unit Kewangan ke Unit Pembangunan . tapi still kat tempat yang sama, bangunan yang sama . hahahaha . cuma Unit Pembangunan nie kat tingkat atas sekali . ika kena melangkah satu tingkat lagi la nampaknya :P

apa pun, bila diarahkan tu, haruslah kita mengikut . tambah pulak ika baru je keje tak sampai setahun pon lagi . lagipun itu semua pengalaman sepanjang bekerja . banyak lagi yang akan ika tempuh pada masa depan .

di Unit Pembangunan pulak, ada unit-unit kecil . Unit Kesihatan, Unit Minda & Pendidikan, dan Unit Ekonomi . so, ika akan ditempatkan kat mana pulak ye ? :)

doakan yang terbaik untuk ika . babai 
Read More

Wawa Semput | Movie 48

minggu lepas ika ada tengok movie lagi . hehehe . keje tengok movie je . yelah . sebab sekarang mood nak baca novel tersangatlah malas . so, mood nak tengok movie pulak tersangatlah rajin . heeee

WAWA SEMPUT


SINOPSIS ::

Konflik cinta BOBBY dan WAWA daripada filem Adnan Sempit tidak berakhir begitu sahaja. Kini, ianya disambung kembali dalam filem penuh komedi dan aksi memaparkan Bobby dan Wawa yang terpaksa menghadapi ujian terbesar dalam hubungan mereka apabila Bobby menuduh Wawa tidak setia.

Nama Ismat menjadi penyebab segalanya. Wawa sudah naik muak dengan sikap Bobby yang suka merempit mengambil keputusan untuk berpisah dan pulang ke kampungnya. Bobby merayu berkali – kali dan meminta maaf namun tidak dilayan langsung oleh Wawa. 

ISMAT muncul dengan penuh bergaya dan menumpangkan Wawa pulang ke kampungnya. Bobby yang memang sudah tangkap cintan guling – guling dengan Wawa tekad untuk mendapatkan Wawa kembali. Ismat dan Wawa pulang ke kampung dan terkejut apabila melihat Bobby terlebih dahulu sudah sampai. 

Lama kelamaan, Wawa mulai naik semput dengan sikap Bobby dan Ismat yang tidak sudah bersaing untuk memikatnya. PAK KUDIN, ayah kepada Wawa lebih menyukai Ismat yang dirasakan mempunyai masa depan yang lebih cerah berbanding Bobby yang kaki rempit. 

Namun, Pak Kudin juga sedar yang Wawa masih sayangkan Bobby dan mengharapkan dia akan berubah. Kawan baik kepada Wawa, AYUNI jatuh cinta pandang pertama pada Ismat kerana wajah Ismat yang mirip dengan bekas kekasihnya cuba untuk merampas Ismat daripada Wawa namun Ismat tetap setia pada cintanya. 

Sesuatu harus dilakukan demi memisahkan Ismat dan Wawa. Ayuni dan Bobby berpakat! Apakah yang akan dilakukan oleh Ayuni dan Bobby? Masih adakah ruang untuk Bobby di hati Wawa?

trailer :)

full movie :)

bagi ika movie nie best . kelakar jugak . heeee . tapi dah agak la mesti dapat kat si Bobby tu . pape pon memang best :) . gaduh pon siap berpantun-pantun lagi . bhahahaha . Bobby pulak sanggup buat apa je untuk dapatkan semula Wawa . sweet ^__^
Read More

KLIA & Umrah

minggu lepas ika pegi Kuala Lumpur . pegi jumpa nenek ika kat sana . nenek ika pegi umrah . so, nenek ika naik flight dari Kota Bharu, Kelantan dan tiba di KLIA lebih kurang jam 9.00 malam lebih .

kat sana, ika dgn mak saudara dan sepupu2 ika tunggu nenek sementara nak tunggu flight nenek ke Kuwait jam 3.00 pagi . so, kami pon melepak la kat KLIA tu sampai pukul 1.00 pagi kot . 




nenek ika nie pertama kali nak pegi umrah . mulanya dia tak nak pegi . tak tahu nape . puas anak cucu dia pujuk . last-last pegi jugak . heeee . Insyaallah, 24 Feb nie nenek ika akan sampai balik ke Malaysia :)




hope lepas nie nenek ika akan menunaikan haji pulak . Insyaallah . nampaknya ika tak diberi kesempatan untuk jumpa nenek ika 24/2 nie kat KLIA . tak sempat . cuti pon dah takde . ika doakan dari jauh semoga nenek ika selamat sampai :)
Read More

Karnival Sukan Perpaduan Orang Asli | Day 7

hari terakhir di Kuantan, Pahang . kitorang bertolak balik ke Ipoh, Perak lebih kurang pukul 9.00 pagi . then sempat la berhenti kat Teluk Chempedak . alang-alang dah sampai Kuantan, singgah la kejap . ada yang beli cenderahati untuk dibawa pulang . ika memang tak turun la sbb ika pon selalu balik Kuantan . hehehe

otw nak balik, bas yang kitorang naik tu rosak . so, terpaksa la tunggu dia punya mechanic datang baiki . kitorang stuck dalam 2 jam jugak la kat Batang Kali . sampai kat kawasan tu dah petang . terpaksa la turun dari bas . wuwuwu




then, bertolak balik ke Ipoh semula lepas bas dh baiki . singgah makan kejap kat Batang Kali sebelum teruskan perjalanan . masing-masing dah lapar masa tunggu bas dibaiki . so, haruslah isi perut dulu . hewhew

kitorang sampai kat Ipoh dah hampir jam 12 malam . jenuh dok fikir . esoknya dah la kena masuk ofis . keje . wuwuwu . bertabah je lah . pukul 3 lebih baru boleh lelap . pukul 6 pagi dah nak kena bangun . gagahkan jugak la bangun . siap je solat, terus sambung tido . hahahaha ! tak tahan wooo . badan penat tak leh nk habaq . 


apa pun ika dah dapat satu pengalaman baru . seronoknya join aktiviti macam nie . takde la ika terperap je kat ofis . dapat jugak ika rasa suasana baru . suasana bila jabatan orang asli seluruh  Malaysia nie berkumpul . barulah ika dapat kenal staf jakoa dari negeri lain . 

dan, akhir sekali, tahniah buat semua pemain :)
Read More

Karnival Sukan Perpaduan Orang Asli | Day 6

bersambung dari hari 5 :)

untuk hari ke 6 nie, lepas je habis game bola jaring sebelah pagi, kitorang terus ke padang POLISAS untuk tengok perlawanan akhir bola sepak di antara JAKOA Perak & Kedah VS JAKOA Pahang .


pemain dan jugak jurulatih pasukan bola sepak JAKOA Negeri Perak dan Kedah :)

kat bawah nie pulak ialah antara penyokong yang hadir . termasuk ika . hahaha . even ika tak minat bola . tapi pegi jelah bagi sokongan moral . 




antara aksi di padang bola sepak . team perak pakai jersi kuning ye . hehehe




goolkeeper terbaik JAKOA Perak & Kedah :)

pada sebelah malam pulak, kitoang ada Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah Karnival Sukan Perpaduan Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia Kali ke 9 tahun 2013 . kitorang dihiburkan dengan pelbagai persembahan .





ketibaan tetamu kehormat .




antara kenangan pada malam tersebut :)












Badminton : NAIB JOHAN
Bola Jaring : KETIGA
Bola Tampar (L) : KETIGA
Bola Tampar (P) : NAIB JOHAN
Futsal : JOHAN
Bola Sepak : NAIB JOHAN
Menyumpit : KETIGA
Sepak Takraw : tak tahu no berapa . hahaha !

dan keseluruhannya, kontinjen JAKOA Negeri Perak & Kedah mendapat tempat kedua . Insyaallah karnival sukan perpaduan nie akan diadakan 2 tahun sekali . dan untuk next karnival, JAKOA Perak & Kedah akan jadi tuan rumah pulak :)


bersambung . . 
Read More

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com