Jodoh .

baru-baru nie ika ade balik bercuti kat rumah ika di Kota Bharu, Kelantan selama 5 hari . dalam 5 hari ika bercuti, topik utama ialah KAHWIN ! cuti 5 hari tu rasa cam panjang je . rasa cam ika cuti sebulan bila dah topik kahwin tu jadi agenda utama untuk dibincangkan . grrrr

kisahnya bila sepupu ika yg sama umur nie dah nak bertunang tak lama lagi . then, adik ika pon dah macam ade yang nak datang merisik . dan, kawan ika pon ramai yang start buat invitation utk kahwin kt fb . erm ! erm ! erm !


bila adik sendiri pon dh macam ada tanda-tanda nak kawen, takkan dia nak langkah bendul kot . hahahaha . kakak dia pon takde calon lagi . mohon adik ika bersabar dulu .

bukan ika nak marah bila orang tanya ika nak kawen bila cuma kadang2 tu agak terkilan la kan . cam la ika nie dah umur 30 lebih . baru 23 tahun . memang la bagus kalau kawen awal . tapi ika nak kawen awal camne kalau dah takde yang suka kat ika . eh ?


bukan senang kita nak terima seseorang dalam hidup kita nie . nak kawen bukan untuk sehari . kita nak hidup dengan dia seumur hidup kita . Insyaallah . jadi, ika nak buat pilihan dengan hati yang terbuka . bukan terima seseorang tu dalam keadaan terdesak .


so, ika nak ucapkan "Selamat Bertunang" buat sepupu ika yang tersayang . semoga dipanjangkan jodoh . cepat kawen ! heeee . dan jugak buat kawan-kawan ika yang invite kat fb utk majlis kawen korang . "Selamat Pengantin Baru" . kalau ika sempat, ika akan joinlah majlis korang tu . Insyaallah :)

Ya Allah, jangan izinkan aku jatuh cinta
andai masanya belum tiba .
Read More

wedges

ho ho ho ! rajin pulak update entry . hahahaha . kali nie nak share pasal wedges pulak . ika baru berjinak-jinak dengan wedges nie . bukan cheezy wedges tu . nie wedges kasut .

google :)

dulu, ika lebih suka pakai sandle atau pon selipar jepun ! bhahahaha . simple dan senang . dan nampak cam smart je bila pakai sandle . phewwww . dan lagilah nampak macho bila ramai cakap ika jalan cam samseng . eh ?

so, azam tahun 2013 nie, marilah kita berubah ke arah kebaikan . ke arah lebih ke"perempuan"an gituuu . ingat senang ke ika nak berubah cmnie . hehehehe .

langkah pertama ialah beli kasut wedges . ofkos la cun ! tapi kalau beli lepas tu tak pakai, takde guna jugak kan ? dan itulah ika . hahahaha . beli dh lama, tapi perap dalam kotak kasut dulu . 

google :)

so, ada satu hari tu ika try pakai wedges nie pegi ofis habaq hang . hahaha . konon nak jadi ayu lah kan hari tu kan . tak mahu jadi ika . pakai punya pakai, kemain susah nak jalan . seksa woooo . seriusly memang jadi ayu dan bukan ika dah . kahkah ! nasib baik ika dah bawak spare sandle dalam kete . bagus kan ? :P

tapi sekarang cam dah addicted pulak kat wedges nie . pegi kedai kasut je, mesti nak beli wedges nie . dh tak hirau kat sandle . bhahahha . penangan wedges nie kemain lagi .  ape pon, mohon doakan ika supaya ika berjaya berjalan dengan sopan dan santun . hahahaha
Read More

Meet the Blogger | 6

meet the blogger again ! blogger ni ika dah lama jumpa dan ika jumpa dia tiap-tiap hari bila ika pegi ofis . bhahahaha . sebab ika satu ofis dengan dia :P

meh kita berkenalan dengan blogger nie . nama dia Haida . ika panggil dia Kak Haida . Kak Haida nie baik tauuu . dia selalu bawak ika kuar jalan-jalan . heeeee .



ika satu ofis dengan Kak Haida nie dah lebih 4 bulan . dia orang pertama yang tegur ika kat ofis . hahahaha . dan dia jugak yang selalu buli ika . eh ? :P


dah banyak yang Kak Haida nie tolong ika . tolong itulah . tolong inilah . kalau boleh, tolong carikan jodoh jugak lah untuk ika nie Kak Haida ye . hahahaha
Read More

Novel 57 :: Hello, Mr. Perfect ! - Waniey Zakaria

sebelum balik Kota Bharu hari selasa lepas, sempat jugak ika habiskan baca satu novel . heee . novel nie dah lama ika beli tapi baru sempat nak baca . 

sebenarnye, memang banyak novel dan buku yang ika beli tp tak baca lagi . ada yg still dalam plastik lagi . hahaaha

HELLO, MR. PERFECT ! - WANIEY ZAKARIA


SINOPSIS ::

Muhammad Arif Fikri dan Ainul Mardhiah saling mencintai dan merancang untuk berkahwin . Namun disebabkan kerana peraturan yang telah ditetapkan oleh keturunan keluarganya yang mementingkan aspek langkah bendul walaupun mereka adalah lelaki memaksa Arif mencari jalan penyelesaian . Selagi anak sulung tidak berkahwin, maka dia tak boleh berkahwin . Lebih memberatkan lagi apabila pihak keluarga Ainul hanya memberi masa selama enam bulan untuknya membuat keputusan .

Alongnya, Muhammad Izzul Islam terlampau mengejar kesempurnaan kepada pasangannya . Wajahnya kacak, tinggi dan menjadi tarikan ramai . Namun dia terlampau cerewet dan memerlukan pasangan yang juga sempurna sepertinya . Terlalu ramai gadis yang berdamping dengannya namun tiada seorang pun yang dapat bertahan dengan sikapnya walau sehari dua .

Tiada pilihan . Arif cuba mendapatkan calon isteri untuk Izzul . Imbuhan juga diberikan sebanyak RM 500,000.00 sebagai cagaran sekiranya gadis itu berkahwin dengan alongnya . Alya Adriana yang ketika itu terdesak kerana hutang keluarga dengan Along memaksa Alya menawarkan diri .

novel nie besttt ! heeee . tapi geram jugak ika kat Izzul tu . nak yang perfect sangat . macam la dia tu perfect . hahahaha .
Read More

Social Hub

nak share segala social hub yang ika join . bhahahaha . kemain banyak . bila ika online, yang nie wajib ika bukak . ngeee . boleh la add / follow / subscribe . hohohoho . tapi kalau fb tak digalakkan sangat add ika sbb ika jarang approve kalau ika tak kenal .


https://www.facebook.com/ikapukpuk

kat atas nie satu-satunye fb ika . dulu ika ada 2 fb . satu personal fb . satu lagik untuk non-personal . tapi yang non-personal tu ika dah deactivate atas sebab tertentu . heeee . dalam fb personal nie memang ada jugak blogger dalam friends list ika tapi blogger yang ika kenal, atau ika familiar dengan blog atau nama dia . kalau tak, ika takkan approve . 


https://twitter.com/cikrongoks

then, yang nie pulak twitter ika . tapi ika bukak twitter nie guna tweetdeck . ika banyak habiskan masa ika dengan bertweet . hahahaha . suka tweet . walaupun kadang-kadang rasa cam entah ape2 la yang ika tweet tu . 


http://ask.fm/cikrongoks

yang ask.fm nie ika dh buat lama tapi deactive . baru-baru nie ika activekan balik . saje gedik nak active kan benda nie sebab rasa cam best pulak jawab2 soalan nie . hehehe . kalau korang ade nak tanya apa2, boleh la tanya kat ask.fm nie . Insyaallah ika akan jawab :)


http://instagram.com/ikapukpuk

dis one ika suka . instagram ! suka amik gambar tapi malas nak upload . bila mood rajin dah datang, semua gambar rasa nak upload . hahahaha . ika nie malas nak online guna enset . bukan apa, enset ika samsung galaxy y . screen dia ciput je . bukan besar mana . tak puas nak tengok .


http://www.formspring.me/ikapukpuk

formspring.me . yang nie agak femes dulu . huhuhu . benda nie pon sama cam ask.fm tu . tempat untuk bertanya . hehehe . dulu ika aktif jugak kat formspring nie . zaman dok uitm dulu . sekarang dh kurang sikit . lagipon tak ramai rasenya yang ada benda nie .


https://plus.google.com/u/0/116328155483047885338/

G+ . yang nie mesti ramai yang dah ada kan ? hohoho . nnt follow la Cik Rongoks Ika :) ika biasa share entry je kat G+ nie . kadang-kadang ada jugak masuk community yang ada blogger lain invite tu . 


lifeishard2790@yahoo.com

yang nie ika wajib bukak . hehehehe . yahoo messenger :) kalau korang nak chat dengan ika, add la ye emel kat atas tu . hahahaha !

sebenarnya banyak lagi yang ika join tapi yang nie yang ika akif . aktif la kot . hahaha . yang ika selalu bukak . selalu check perkembangan dia . kadang-kadang ika bukan ada masa nak bukak semua benda . setakat check apa yang patut, pastu log out . tu je . hehehehehe .
Read More

Strawberi Cinta | Movie 45

yeay ! done tengok satu lagik movie . dah lama tak pegi tgk wayang sbb geng dah takde . wuwuwuwu .




SINOPSIS ::

Filem Strawberi Cinta mengisahkan perjalanan seorang pelancong Jepun bernama Ichigo (Yana Shamsudin) yang datang melawat Malaysia bersama rombongan pelancong senegaranya yang lain melalui sebuah pakej pelancongan Strawberi Vanilla Travel & Tours dan bertemu dengan Hakimi (Pierre Andre) seorang pemandu pelancong .

Apabila berada di Malaysia, dia berasa tertarik dengan kepelbagaian budaya serta agama penduduk Malaysia dan berasa kagum dengan keharmonian yang dikecapi Malaysia selama ini . Pada masa yang sama, Ichigo mengupah penyiasat untuk mencari ibu kandungnya .

Apabila Ichigo melihat beberapa tempat yang dilawatinya, dia segera teringat kenangan bersama ibunya dahulu . Hakimie sebagai pemandu pelancong dapat mengesan bahawa tujuan Ichigo lain dengan pelancong-pelancong yang pernah dia jumpa . Ichigo pula merahsiakan tentang tujuannya yang sebenar di Malaysia . Sehinggalah satu kejadian yang menimpa Ichigo dan di situlah segalanya terbongkar .


bagi ika citer nie best . suka dengan Yana Shamsudin cakap dalam bahasa Jepun . comellll . heeeee . jalan cerita pon okey . takde la ika boring . dan, part yang sedih bila dia jumpa mak dia . seriusly sedih . 
Read More

happy 29th birthday !

just a simple entry untuk my big bro :)


happy birthday ika ucapkan buat abang ika yang kedua . maksudnya, abang ngah la tuh . hahahaha ! 18 Januari, birthday dia . dah umur 29 tahun dah abang ika nie . anak pon dah 3 orang . 

sebagai seorang adik yang sweet, ika doakan semoga abang ika dimurahkan rezeki . semoga sihat-sihat selalu . semoga cepat kaya . kahkahkah ! ok dah :P


see ! abang ika pakai baju kaler pink . hahahaha . sweet kan abang ika . sama cam adik dia . eh ?
Read More

33 Pesan Nabi

ika nak share dengan korang satu buku yang best untuk dibaca . sebelum nie ika biasa review novel je kan . kali nie ika nak review buku yang lain daripada novel . heeee

2 hari lepas ika ikut ofismate p kedai buku . mulanya memang tak nak beli buku apa-apa sebab novel kat rumah tu berlambak lagi tak baca . entah bila la nak bacanya . hewhew .

then, bila dah pusing-pusing satu bookstore tu, terpandanglah satu buku nie . dan buku nie sangat menarik minat ika .


komik Hadis Bukhari-Muslim '33 Pesan Nabi' : Jaga Mata, Jaga Telinga, Jaga Mulut :)

bagi ika, buku nie sangat menarik untuk dibaca . sebab dia buat dalam versi komik . cam ika sendiri, kalau yang ayat panjang-panjang nie, ika malas sikit nak baca . cam ika baca novel jugaklah . amik masa lama nak habiskan satu novel .

so, bila dah ade version komik nie, ika pon tertarik la untuk beli dan baca . kartun dia pon comel-comel . heeeee . isi dia sangat mudah untuk kita faham . buku nie tak mahal pon . so, jom kita pakat beli buku nie . hikhik
Read More

Meet the Blogger | 5

13-01-13 yang lepas, ika berpeluang jumpe sorang lagi blogger . jap ! lawa jugak kan tarikh tu . hahahahaha . ok dah :P 

ika jumpa blogger Yui kat Jaya Jusco Kinta . ofkos la kan jumpe kat Perak . ngeeee . meh kita terjah blog dia ramai-ramai . ngeeee 

http://nusha1706.blogspot.com/

sebenarnya ika beli 2 helai tudung kat Yui nie . ika berkenan kat shawl half moon . dah puas ika cari . tapi harga kemain lagi . above RM 70++ . so, ika kena bersabar kalau nak beli jugak . survey punya survey, dan ika pon tanya yui . Alhamdulillah, yui jual shawl tu . harga berpatutan . so, ika grab la 2 helai . hahahaha .

dah lama sangat tak pakai shawl . skrg pon lagi suka pakai tudung bawal . shawl yang ika beli tu nanti la ika pakai . one day . time ada event boleh la kot pakai . segan nak pakai pegi ofis . hahahaha


lain kali time amik gambar, jangan gatal nak bergerak . hahaha . pesan kat diri sendiri :P . gambar ika dah jadi blur . tu la, bergerak lagi . tak reti nak dok diam :)

maceh yui ye jalan-jalan dan makan-makan dengan ika . hehehehe . jumpe kat gathering BP pulak . weeeee

kat bawah nie gambar tudung yang ika beli tu . kalau korang nak tengok banyak lagi barang yang Yui jual, klik SINI :)




next blogger ? siapa pulak ye :)
Read More

pinky casing samsung galaxy y

minggu lepas ika ikut housemate ika p gerbang malam . sape yang tinggal kat Ipoh, Perak mesti tahu gerbang malam nie kat mana . hahahaha . gerbang malam nie cm pasar malam la . tiap-tiap hari kot . ika pon xsure .

kat gerbang malam nie macam-macam ada dan yang paling penting, harga yang sangat berpatutan . hiksss . so, ika pon usha la casing baru untuk enset ika tu memandangkan casing lama sudah rosak . cari punye cari jumpa lah casing yang cute nie . hiksss



oh ye, ika pakai enset samsung galaxy y ye . bukan enset mahal ye adik-adik semua . ika sebenarnya cari casing yang plastik tu sebab nanti senang nak masuk dalam poket seluar . kalau yang getah cam susah sikit .

tapi semua itu berubah tatkala ika melihat casing pinky baby bear yang comey nie . tergugat ika . hahahaha . terus beli walaupon benda tu getah . dh hilang terus semangat nak beli yang plastik . yg nie konfem la tak boleh masuk poket . kemain gemuk . hahahaha

bertambah lagi koleksi barang berwarna pink :)
Read More

stok

dah masuk 4 bulan ika keje kat Jabatan Kemajuan Orang Asli, Ipoh nie . so, dah mula membiasakan diri walaupun still tak dapat sesuaikan diri dengan certain benda . hiks .

kat ofis nie masing-masing ada meja sendiri . semua pakat dok hias meja kan ikut keselesaan masing-masing . ika tak hias sangat sebab nanti ika kena pindah tempat . so, takmau la hias bagai nak rak . hahahaha . ape yang ika suka dengan meja ika nie adalah . . .
















































































































































makanan ! hahaha . inilah keje ika kat ofis . makan ! makan ! dan makan ! ohhhhhh sedapnye . ngeeeee


Read More

Novel 56 :: Sha & Shah - Sha Ibrahim

dah 2 bulan tak baca novel . so, hari nie nak review novel . baru berjaya habiskan seketul novel walaupun sangat sibuk pindah rumah . ngeeeee . 

SHA & SHAH - SHA IBRAHIM


SINOPSIS ::

Sahabat sejati, BFF. Itulah istilah yang paling sesuai untuk menyatakan hubungan yang terjalin antara Farisha a.k.a Sha dan Fariz Ameerul Shah a.k.a Shah. Sejak kecil mereka bersahabat baik. Sentiasa kelihatan bersama sehinggalah Shah mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajarannya ke luar negara meninggalkan Sha yang sekadar mahu menuntut di dalam negara sahaja.

Kepulangan Shah ke tanah air setelah menamatkan pelajarannya dikejutkan dengan satu berita yang selama ini tidak pernah terlintas di benak fikiran dua sahabat ini. Mereka telah ‘dijodohkan’. Perkara yang membuatkan Sha dan Shah ‘blur’ buat seketika. Namun, dalam hal ini Shah yang paling kalut. Walaupun dia menolak perancangan yang tidak masuk akal itu, mummynya tetap mengugutnya untuk menjodohkan dia dengan gadis lain. Sedangkan Sha, mama dan papanya langsung tidak memaksa sekiranya perancangan mereka mendapat tentangan.

Disebabkan tidak mahu berkahwin dengan gadis yang tidak dikenali dan dianggap tidak sesuai dengan dirinya, Shah membuat perancangan gila! Mengajak Sha bersetuju sahaja dengan perancangan yang telah ditetapkan ibu-bapa mereka sebelumnya. Itu sahaja jalan yang paling selamat. Berkahwin dengan sahabat baik sendiri. Pada mulanya rancangannya itu mendapat tentangan hebat daripada Sha yang menganggap keputusan Shah tidak boleh diterima akal. Namun disebabkan rasa simpati terhadap sahabat baiknya itu, Sha akhirnya bersetuju. Tetapi benarkah hanya wujud perasaan simpati di dalam hati Sha ketika itu? 

Sanggupkan dia korbankan masa depan sendiri dengan mengahwini lelaki yang dia tidak cintai? Shah pula, waktu itu hanya satu benda sahaja yang bermain dalam kepalanya. Dia tidak mahu hidupnya terikat sekiranya dia berkahwin dengan perempuan yang tidak faham akan kehendak dan perangainya yang suka sangat berkawan dengan kaum Hawa.

Bagaimanakah kehidupan mereka setelah berumah tangga? Adakah mereka hidup sama seperti pasanganpasangan yang sudah berkahwin? Adakah Sha mampu bertahan dengan sikap suami sendiri yang suka sangat timbulkan gosip liar dengan wanita lain di luar? Shah pula tegakah dia menduakan isteri yang merangkap sahabat baiknya sendiri? SHA DAN SHAH kisah PERSAHABATAN dalam PERKAHWINAN…


andai jodoh ini tidak berpanjangan...
izinkan aku terus menjadi sahabatmu...

novel nie best ! hehehehe . suka kat Shah yang sweet dan romantik tu . bhahahaha . sayang betul dia kat Sha . untung la dapat asben cmtu . nak jugak sorang camtu . ngeeee .



Read More

Pocket Calendar dari Dunia Sebenar Shida

nak update lagi . hehehe . disebabkan kebelakangan nie terlampau sibuk, skrg baru bleh rehat kejap . so, meh la kita update laju-laju . hehehehe . kali nie ika nak review blog Dunia Sebenar Shida sbb ika dapat pocket calendar dari Shida .

sebenarnya ika dapat dah lama . tapi ika peram entry nie dulu . hahahaha . sekarang baru nak update .


http://www.duniashida.com

meh tengok pocket calendar yang ika dapat . ngeeee .




maceh Shida bagi ika pocket calendar nie . ika gantung kat meja ofis ika . hehehehe . hope one day dapat jumpa Shida . ngeee
Read More

Majlis Perhimpunan Awal Tahun JAKOA 2013

07 Januari 2013 yang lepas, ika join Majlis Perhimpunan Awal Tahun jabatan tempat ika keje, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) . disebabkan nie adalah kali pertama ika bekerja dengan kerajaan, so haruslah ika join majlis nie . nak jugak tahu kan camne majlis perhimpunan awal tahun . ngeee

majlis hari tu kitorang buat kat Hotel Kinta Riverfront, Ipoh . first time jugak ika jejak kaki kat hotel tu . bhahahaha . kat bawah nie group koir JAKOA . ngeee . ika takde . ika jadi penonton sahaja . hiksss





jom tengok aksi ika . hahahaha 

SEBELUM

SELEPAS

muka tak senonoh btol yang sebelum tu . hahahahaha . ika mengantuk sebenarnya time tu tp degil nak pegi jugak . lagipun ika punye keje dah setel dah sikit . tinggal nak susun semula dan print apa yang patut . so, join lah perhimpunan nie .


Alhamdulillah, dah masuk 4 bulan lebih ika keje dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli . banyak benda yang ika belajar sepanjang ika kerja nie . seronok :)
Read More

Kursus Induksi Khusus Siri 1 | Day 05

hari terakhir berkursus . sangat excited . hahahaha . eksaited la sebab nnt dah boleh balik rumah . weeee . so, hari last nie kitorang ada majlis penutup . haruslah ada persembahan daripada setiap kumpulan . 

credit pics to Jariah & Faza Land :)

the emcee :)


special guest :)



the fasilitators :)


dan persembahan daripada group ika . kitorang buat dikir barat yang dah tak berapa nak dikir . hahahaha . persiapan last minute . mula2 kitorang nak buat benda lain . last, kitorang decide buat dikir barat . tapi bukan dalam versi kelate la . dlm versi bahasa orang asli :)


jom tengok ahli kumpulan yang lain .








gambar yang kat  bawah nie masa proses penyingkiran . hahahaha . dah macam akademi fantasia . yang nie masa nak pilih group terbaik la . group ika tak menang pon . hehehe .


dan group terbaik jatuh kepada kumpulan Serigala Asal . masa diorang buat persembahan, ika tak dapat tengok pon sebab tengah buat preparation untuk persembahan kumpulan ika . so, sabar je lah . intai dari belakang je . hahahaha



dan kat atas nie pulak, sambutan befday secara mengejut . hehehehe . btw, happy befday korang . mesti cuak kan masa kena kejutan befday tu ? hahahahah .

begitu banyak memori yang tersimpan di sini . seronok . suka . duka . semua ada . hope dapat jumpa lagi kat kursus seterusnya . heeeee
Read More

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com