Muzium Padi, Kedah :)

alang-alang dah ada kat Kedah, family kawan baik ika datang amik kat tempat ika stay time lawatan ke Kuala Nerang tu . curi-curi keluar . hahahaha ! memandangkan ada masa free sikit, so, keluar la kan . kejamnya . ehhhh


so, family diorang bawak ika ke Muzium Padi . first time ! sebenarnya ika taktahu pon ada muzium nie . bila dah nampak signboard tu, rasa teruja nak masuk . nak tengok apa kat dalam tu . yeahhhh !

memandangkan pegi time orang tengah cuti sekolah, makanya faham-faham je lah bila ramai orang . hahahaha ! time nie ika masuk kena bayar rm5 .

so, tempat pertama yang kitorang singgah kat dalam muzium tu ialah Gunung Keriang . kat situ ada platform yang akan bergerak mengelilingi satu lukisan besar yang kalau korang tengok nampak cam real ! sangat cantik . lukisan yang menunjukkan kawasan perkampungan di sekitar Gunung Keriang .



tapi platform tu memang slowwww sangat geraknya . hahahaha ! taktahu la kenapa . sebab ramai sangat orang kat atas tu ataupon sebab memang dia slow camtu sejak dari dulu lagi . ika rasa lagi cepat ika berjalan keliling platform tu daripada ika tunggu . hahahaha . tapi memang ramai sangat pon kat atas tu -_-

dah puas mengelilingi Gunung Keriang, ewahhhh . kitorang jalan-jalan pulak kat dalam muzium tu . tengok apa yang patut . heeee


kecantikan :)

makanan :)

sesungguhnya memang banyak tempat untuk diterokai kat dalam muzium tu . sampai penat kaki nie nak berjalan . hahaha . 






oh ya . kat dalam nie ada kedai cenderahati untuk korang beli la apa yang patut sebagai tanda kenangan di Muzium Padi . ika sempat beli keychain dgn fridge magnet je . habis je beli, kedai tutup . hahahaha !



dan sesungguhnya memang sangat seronok masuk Muzium Padi nie . dan sungguh rasa nak pegi lagi . ehhh !


bye Muzium Padi :')


2 comments:

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com