Kisah Paling Gangster | Movie 66

baru-baru nie ika p tengok wayang dengan kawan . setelah sekian lama tak pegi tengok wayang . hahahaha ! akhirnya ada jugak kesempatan untuk tengok wayang dengan kawan . so, kitorang pilih untuk tengok movie Kisah Paling Gangster .

KISAH PALING GANGSTER


SINOPSIS ::

Remy (Shaheizy Sam) bekerja sebagai seorang paramedik yang pendiam, pemalu dengan perempuan dan sentiasa dibuli oleh rakan sekerjanya . Pada masa yang sama, seperti ramai pemuda lain, dia juga kesempitan wang . Pendek kata, Remy seorang loser .

Sehinggalah Remy selamatkan nyawa seorang ketua kongsi gelap bernama Megat . Sebagai balasan, Megat menawarkan peluang kepada Remy untuk menganggotai kumpulannya, tetapi Remy menolak . Namun setelah diugut, Remy akhirnya terpaksa menurut . 

Kalau dulu Remy seorang loser, kini dia bangkit semula sebagai seorang gangster . Lantas terjerumus ke dalam sebuah dunia gelap, tanpa jalan keluar .


bagi ika la .. citer nie best . sebab ada part kelakar . ada part yang sedih sangat bila kawan baik dia meninggal . pastu kasih sayang seorang anak yang berusaha untuk beli tiket kapal terbang untuk mak dia pegi jalan-jalan ke Paris . hahaha ! sweeeeeet sangat . ada part yang kongsi gelap tu mmg perlu la kan . nama pon kisah paling gangster . pape pon, terbaik ! :)


4 comments:

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com