Jalan-Jalan ke Kuala Kangsar | Istana Iskandariah

lepas dah jalan-jalan kat Persisiran Sayong, ika dengan housemate bergerak pulak ke Istana Iskandariah . nie memang first time ika jalan-jalan kat Kuala Kangsar . biasanya lalu je . hahaha ! dekat Istana Iskandariah nie kitorang tak masuk pon . dok depan pagar tu je . heeee


amik gambar kat depan tu pon jadilah kan ? hahahaha ! tak mampu haih nak masuk dalam . orang yang jaga tu pon tengok je lah perangai kitorang nie . nasib la tak kena marah :)



meh ika 'share'kan serba sedikit mengenai Istana Iskandariah nie . ika google je . hahaha . so, kredit kat SINI :)

Istana Iskandariah terletak di atas Bukit Chandan, di tepi kanan Sungai Perak, bersebelahan dengan Kampung Padang Kawad, Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak . Inilah istana rasmi tempat bersemayam Raja-Raja pemerintah yang ditabal sebagai Sultan Perak sejak tahun 1933 dahulu . Nama istana ini sempena nama Sultan Iskandar Shah yang bertanggungjawab terhadap pembinaannya dahulu .

Tapak asalnya merupakan tapak Istana Negara yang dirobohkan pada tahun 1933 . Senibina istana ini mengambil corak senibina Islam-India 'Saracenic' dengan campuran senibina Asia Barat . Motif pada gerbang tajam (pointed arch), hiasan minaret, kubah berbentuk bawang (onion shaped domes). Ia adalah hasil ilham pengalaman dan perjalanan arkitek dan jurutera British di Tanah Melayu . Senibina sedemikian terpancar juga pada Masjid Ubudiah, Stesen Keretapi Kuala Lumpur dan Bangunan Sultan Abdul Samad di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur .



tengok ! pegang pintu pagar pon kira ok lah . hahahaha ! 



yeayyyy ! selesai sudah jalan-jalan kat Istana Iskandariah . so, ke manakah destinasi seterusnya ? yeahh . tunggu next entry pulak ^^


No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com