Novel 70 :: Kisah Naz dan Khaalish - Hanina Abdullah

review novel again . heeee . novel ke 70 yang ika berjaya habiskan . hohohoho . kena kuat semangat nak habiskan satu novel nie . kalau sibuk sangat, memang takkan sempatnye nak habiskan baca novel nie . so, meh nak review novel nie pulak .

KISAH NAZ DAN KHAALISH - HANINA ABDULLAH


SINOPSIS ::

PERTUNANGAN empat tahun dulu memberi impak yang sangat besar dalam kehidupan Nazrahani Idora dan Zaim Khaalish. Walaupun Naz sudah bergelar status tunangan lelaki itu, namun dia tidak pernah bertemu muka dengannya. Khaalish pula tidak pernah ingin mengetahui tentang perempuan itu, yang difikirkannya hanyalah Ilsa.
Naz cuba melupakan peristiwa itu dengan membawa diri, merantau serata dunia. Namun kenapa Allah temukan dia semula dengan lelaki itu?
Dek jatuh hati dengan tunang ‘teknikal’nya, Zaim Khaalish sanggup terbang ke merata pelosok alam untuk menjejak si dia.
“Encik Zaim Khaalish, awak jangan nak merepek. Tunang amende? Empat tahun tak ambil pusing, jumpa di Bali pun awak tak kenal saya, you dare to say that we are still engaged?”
“Empat tahun ke lapan tahun, saya tak peduli. Technically, we are still engaged.”
“Technically? Technically?!”
Semenjak itu, entah kenapa, Khaalish asyik mencari dan terus menjejaki Naz. Di mana saja Naz berada, dia pasti akan ada di situ. Naz pula, mulut saja kata tak suka, tapi sebenarnya hati suka kerana kehadiran Khaalish di sisi selalu mengubat rasa sunyi dan rindu…
Reham: “Huh, pengecut! Nutter! Apa erti hidup jika kita takut nak kejar kebahagiaan? Kalaupun gagal, sekurang-kurangnya awak sudah mencuba dan boleh reda dengan ketentuan Tuhan. Kebahagiaan datang mengetuk di pintu awak, tapi awak yang takut hendak buka.”
Nazrahani Idora: “Reham, awak tak tahu, empat tahun lalu, teruk saya cuba bangun semula, bina keyakinan diri, bina hidup yang baru, di mana tak ada lagi lelaki yang boleh buat saya rasa tak ada nilai diri. Kalau saya cuba sekali lagi dengan dia, dan... dan... gagal…  Saya rasa saya takkan mampu bangun sekali lagi.”


not bad la novel nie . sebelum nie penulis Hanina Abdullah penah buat novel Projek Memikat Suami . novel tu ika dah baca . so, eksaited la jugak nak baca karya penulis nie . bagi ika, novel nie boleh tahan la . tapi novel Projek Memikat Suami tu lagi best .

kadang2 bila ika baca novel nie, ika konfius Naz tu laki ke pompuan . hahaha . sebab nama dia kot . sebab tu ika kena baca slow-slow . kena hayati betul-betul . hehehe . tapi still best sbb betapa kuatnya semangat Naz tu . kalau ika, konfem dah menangis sakan . hahahaha ! :D


6 comments:

  1. owh, peminat novel jgak erk..:) sepupu aritu borong 3 novel. habuan nak khatam bila dh hbis spm..hehe

    ReplyDelete
  2. nampak jalan cerita macam best ika...

    ReplyDelete
  3. suka baca novel cinta yer . saya lak suka tgk drama cinta versi korea ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hobi . hahaha . sangat suka baca novel . korea nie ika kurang sikit . heeee

      Delete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com