Bencinta | Movie 65

setelah sekian lama tak tengok movie . so, minggu lepas sempat lah curi-curi masa tengok movie nie . tengok online je . hahaha . movie yang tengah femes . walaupun ika memang tertinggal kat belakang la pasal movie nie . bertabah la sebab keje berlambak T_T

BENCINTA


SINOPSIS :

“Bencinta’ berkisarkan mengenai Fathia (Nora Danish), seorang gadis cantik yang bekerja dengan Liya (Uqasha Senrose) dan Amin (Zalif Sidek) di sebuah kafe milik Jane (Angeline Tan). Mereka bertiga bekerja sebagai chef di sana.
Di kafe tersebut, Fathia telah bertemu dengan Faizal (Farid Kamil) yang pada mulanya seorang pelanggan yang datang di sana. Faizal merupakan seorang ahli perniagaan yang kacak dan kaya. Perkenalan Faizal dan Fathia di kafe tersebut membuahkan rasa cinta di antara mereka, lalu mereka menjalinkan hubungan sebagai sepasang kekasih.
Hubungan mereka seterusnya berakhir di jinjang pelamin. Fasa perkahwinan mereka begitu indah sekali. Faizal sangat menjaga Fathia dengan baik dan Fathia sangat sayangkan Faizal. Hasil ikatan perkahwinan mereka bertambah bahagia dengan kehadiran seorang cahaya mata bernama Tiara.
Namun begitu, langit tak selalunya cerah dalam perhubungan mereka. Faizal yang mulanya berkelakuan baik mula menunjukkan belang. Faizal mula melakukan keganasan terhadap Fathia. Tanpa belas kasihan, Faizal memukul Fathia tanpa alasan kukuh. Dalam diam, Faizal juga menjalinkan hubungan dengan perempuan lain dan curang terhadap Fathia.
Fathia mengambil kesempatan untuk lari dengan anaknya ke suatu tempat persembunyian. Di sana, mereka dibantu oleh Shah (Qi Razali), sahabat baik Fathia dari kecil. Kehadiran Shah dalam hidup Fathia dan Tiara memberikan sinar harapan dalam hidup mereka.



sebenarnya eksaited nak tengok movie nie . start on masa movie nie mula-mula keluar lagi sebab tengok dia punye preview tu macam best je . hehehe . so, lepas dah tengok, ika rasa puas hati la jugak sebab seriously movie nie lain la bagi ika . 

kalau ika sebagai seorang isteri dapat husband camtu, mahu dok teriak tiap2 hari . hahaha . mesti dah angkut baju semua p balik umah mama . seram hoiii dapat laki panas baran camtu . semoga dijauhkan la . btw, budak tu kiuttttt . hehehe


8 comments:

  1. kalau akak dpt laki camtu, mau gaduh hari2. silap hari bulan patah riuk dia akak buat..hahaha

    ReplyDelete
  2. kite belum berkesempatan nak tengok. hee

    ReplyDelete
  3. singgah sini n follow...

    citer dia cam sama ngan 1 citer omputeh tajuk enough kot klu tak salah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo..good sharing . baru tau jugak sebenarnya nie .

      Delete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com