Program Transformasi Minda | Day 8 Part 3

entry bersambung . . .

lepas dah habis sukaneka, kitorang diarahkan untuk berkumpul di tepi sungai yang berdekatan . memang kitorang tak tahu untuk apa sebenarnya . takkan nak suruh kitorang mandi beramai-ramai kat sungai tu kan ? hahahaha .

so, lepas je sukaneka tu, kitorang tukar apa yang patut . then, terus berkumpul kat sungai . memandangkan kena pegi kat sungai, haruslah main air kan ? heee


setiap kumpulan diberikan satu plastik kosong . plastik tu kitorang kena jadikan dia stabil . buatlah camne sekalipon untuk bagi dia kukuh . memandangkan step seterusnya ialah memasukkan air ke dalam plastik tu .



oh ya . bukan senang nak masukkan air ke dalam plastik tu ye . disebabkan kitorang diberikan satu lagi plastik . yang mana plastik tu berlubang . bila dah berlubang tu, fahamlah bahawa plastik tu bocor ! hahaha . so, kitorang kena fikir camne cara nak penuhkan air dalam plastik yang pertama tadi dengan hanya menggunakan plastik kedua yang dah dipenuhi dengan lubang .




setiap kumpulan ada cara masing-masing untuk penuhkan air dalam plastik pertama tadi . yang penting, habis lencun . hahahaha ! turun naik main air sungai tu . sambil menyelam, sambil minum air . ehhh


so, cara sebenar untuk penuhkan air dalam plastik yang pertama tadi ialah dengan memasukkan jari korang yang comel-comel tu ke dalam lubang-lubang pada plastik kedua yang diberikan tu . so, jari tu akan tutup la lubang tu . dan korang boleh masukkan air dengan jayanya ke dalam plastik kedua tu untuk dimasukkan ke dalam plastik yang pertama sehingga penuh . faham ? hehehe

bersambung . . .


No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com