Kursus Bunga dan Lukisan Lateks | Day 1

balik dari exam jabatan kat KKLW, Putrajaya, ika kena menghadiri satu lagi kursus . yeahhh ! masuk je ofis lepas balik berkhemah, sudah tersedia surat untuk pegi kursus . hahaha . baru je habis kursus, kursus lain sudah menanti . tapi jangan mengeluh puk . itu semua pengalaman :)

so, ika berkursus pada 25 - 27 September di Seri Iskandar, Perak . nasib baik dekat je . hahaha ! walaupun dekat, kitorang tido kat hotel ye . heeee



so, untuk hari pertama, kitorang belajar buat kelopak bunga dengan menggunakan lateks yang dah pon siap dibancuh . gambar kat bawah nie adalah lateks yang ika dah tuangkan dalam bekas tu . so, kena tunggu dia kering . then, baru boleh guna untuk buat hiasan .



yang kat bawah nie pulak kitorang belajar buat tempat alas cawan ataupun gelas . kiranya korang kena decorate sendiri la nak corak camne . yang nie corak ika hentam sajolah . hahaha !



dan kat bawah nie kitorang belajar membuat lukisan lateks . senang je sebenarnya memandangkan lateks tu dah siap dibancuh . hahaha ! so, korang tuang la warna yang korang nak guna tu dalam bekas kaca . then, pakai la lidi or guna jari pon boleh . ehhh . korang buat la corak yang korang suka :)


last part untuk hari terakhir ialah belajar buat bunga dengan menggunakan lateks yang dah kering . lateks tu nanti kita guna untuk buat kelopak bunga .






antara bunga yang ika buat . yang cantik je . yang buruk segan nak tunjuk kat korang . maaflah tangan tak berseni . ngeeee

bersambung . . .

4 comments:

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com