Tanda Putera | Movie 63

baru-baru nie ika ada tengok wayang . sementara nak tunggu tren balik Ipoh, so kawan ika teman la ika p tengok wayang . mulanya nak tengok KL Zombi . tapi nak kena tunggu lama pulak . so, kitorang decide untuk tengok Tanda Putera :)

TANDA PUTERA


SINOPSIS ::

Filem Tanda Putera mengisahkan persahabatan akrab antara Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak dan timbalannya, Tun Dr Ismail yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan masing-masing bagi memulihkan keadaan negara ekoran peristiwa hitam 13 Mei 1969 . 

Tun Razak terpaksa menyimpan rahsia mengenai penyakit leukemia yang dihidapinya kerana tidak mahu keluarga tertekan dan bimbangkan keselamatan negara . Mereka berdua berkongsi doktor . Bilik bacaan di rumah Tun Dr Ismail menjadi klinik rahsia bagi rawatan mereka oleh Dr Macpherson, tanpa pengetahuan sesiapa termasuk kaum keluarga Tun Dr Ismail sendiri .

Mereka memiliki aura yang kuat . Kecekalan dan keazaman mereka telah menangkap imaginasi pelajar seperti Zarah, tenaga pengajar, Kara dan anak muda, Zaman . Tun Razak dan Tun Dr Ismail mencorakkan warna hidup warga hidup warga muda seperti pelajar dan tenaga pengajar di institusi pendidikan tinggi ketika itu serta mereka yang bertugas di pejabat .


seriously filem nie best . sebab dapat banyak input . dapat tahu apa yang berlaku masa dulu-dulu . dah la masa tu ika belum lahir lagi . so, eksaited sangat bila tengok filem nie . part bila Tun Abdul Razak tu sakit sangat menyedihkan . tak rugi tengok filem nie . heeee . 

happy watching !


3 comments:

  1. memang best cite nieyy . lagipon cite niey ade buad show kat kg kiera , hihi

    ReplyDelete
  2. Macam best tapi biasalah bile citer pasal kemerdekaan ni, macam tak bpe nak dapat sambutan je..huhu

    ReplyDelete
  3. Teringin juga nak tgk filem ni . Tapi dah nak balik Uni dah.. huhu

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com