perginya Atok tersayang :'(

pada 3 Syawal 1434H / 10 Ogos 2013, family ika dikejutkan dengan pemergian Atok kesayangan kami semua kira-kira jam 9 malam . pulangnya Atok menghadap penciptaNya pada hari raya ke 3 . Atok ika nie merupakan ayah kepada arwah papa ika .

sebelum nie ika ade minta jasa baik korang untuk doakan kesihatan Atok ika . dan Alhamdulillah, berkat doa korang, Atok ika dapat pulang ke rumah . keadaan Atuk pon beransur pulih . Atok ika nie tinggal kat Kuantan, Pahang . so, kat sana, family sebelah arwah papa ika la yang ada dengan Atok ika . diorang yang jaga semuanya .


sebelum raya, ika sempat pulang ke Kuantan . dapatlah jugak ika jenguk Atok ika . ika masih ingat, 3 Ogos 2013 kali terakhir ika tengok Atok ika . kali terakhir ika sembang dengan Atok ika . yes ! dia masih ingat ika walaupun ika jarang balik Kuantan . walaupun penglihatan dia sudah makin kabur . 

kali terakhir kami bersembang, Atok ika tanya ika, "rasanya atok nie dah tak lama ke ?" . ika terkedu dengan soalan tu . serius ika memang tak tahu apa jawapan paling baik ika dapat bagi masa tu . dengan keadaan Atok ika yang sangat cengkung . Ya Allah, sungguh menyedihkan bila tengok Atok dalam keadaan camtu . sbb ika tahu Atok ika seorang yang kuat walaupun umur dia dah cecah 70 tahun .

seminggu selepas ika jumpa Atok, Atok pergi meninggalkan kami semua . rasa baru saje bersembang dengan Atok . baru je lepas salam tangan Atok . ika pulak dalam perjalanan pulang ke Ipoh, Perak malam tu . tiada apa yang mampu ika buat melainkan sedekahkan Al Fatihah buat Atok . ika doakan semoga Atok tenang di sana . doa ika sentiasa mengiringi arwah Atok dan arwah papa . 

ika rindu nak sembang dengan Atok :'(




10 comments:

  1. Innalillah... Salam Takziah. Semoga roh arwah atuk ika ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.. Amin

    ReplyDelete
  2. salam ika...salam takziah dari akak..tu ari perasan kat insta..tapi xsempat nak ucap takziah kat ika..sabar ye ika

    ReplyDelete
  3. al-fatihah...semoga arwah dikalangan orang-orang yang beriman....aminn...

    ReplyDelete
  4. Salam ika, saya amat bersimpati atas pemergian datuk ika.

    Al-Fatihah untuk ika sekeluarga

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com